23

189 48 18
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

.
.
.

"Dah ada isi ke?"

Disebabkan persoalan seperti ini, aku sering mengelak dari berjumpa dengan omma, menjadikan hubungan kami sendiri renggang. Dapat aku lihat Taehyung yang sejak tadi duduk di sebelah aku, mula kurang senang dengan persoalan omma. Belum sempat dia membuka mulut, aku bersuara dulu.

"Belum ada rezeki." Balasku dengan senyuman palsu. Muka cuba aku maniskan agar tak terlihat seperti aku berjauh hati dengan omma.

Macam mana hendak ada rezeki kalau sebelum ini aku sendiri yang mengajak Taehyung membuat perancangan keluarga? Aku sendiri yang menyekat rezeki itu datang bertandang pada kami hanya kerana aku takut merasakan semula sakitnya sebuah kehilangan. Sehinggalah dua bulan lepas, aku mula berubah fikiran dan aku kembali mengharap.

"Tak ada rezeki atau kamu berdua yang tak nak usaha?"

Sudah terbiasa dengan bebelan pedas omma, aku hanya buat tak hirau walaupun hati sendiri terluka. Appa pun sudah mula nampak serba-salah dengan kelakuan omma. Pandangan simpati diberikan buat aku dan Taehyung.

"Haneul dah check betul-betul? Dah lambat period ke belum?"

Mujurlah adik-adik Taehyung tak ikut serta duduk bersama kami di ruang tamu ini kalau tidak muka yang sememangnya dirasakan panas dan membahang tika ini pastinya terasa semakin tebal.

"Omma ingat nak mengandung ni macam nak dapat straight A's result exam ke? Usaha yang omma maksudkan tu macam baca buku, buat ulangkaji, buat soalan trial banyak-banyak terus dapat keputusan cemerlang? Ini soal zuriat omma, yang bukan cikgu sekolah tanda bagi keputusan atau yang kami boleh minta dan dapat ikut suka kami. Kalau dah tertulis rezeki kami nanti, nantilah."

"Sedangkan Taehyung sendiri tak pernah tanya isteri Taehyung dah lambat period atau belum, kenapa omma pula yang sibuk bertanyakan semua tu pada dia? Sebab Taehyung tahu, semua soalan tu akan buat dia tak tidur malam. Bukan sehari, dua. Seminggu pun belum tentu dia akan habis fikir semua soalan tu. Sudahlah omma, kesian Haneul.."

Dalam diam aku menunduk, bibir aku ketap perlahan, menahan sebak di dada mendengar kata-kata Taehyung. Mata dirasakan panas dan membahang namun air mata cuba aku kawal dari mengalir jatuh dari tubir mata.

"Omma tanya je, sebab omma peduli. Kalau itu pun buat kamu terasa, dahlah lepas ni omma dah tak akan tanya apa-apa dekat kamu berdua. Dah tak pedulilah apa nak jadi. Dah penat omma mengharap, hasil pun tak ada. Ikut suka kamu berdualah. Hidup jelah berdua sampai tua, lagi bahagia kan hidup macam tu?"

Till We Meet Again | kth [✓]Where stories live. Discover now