03

294 58 31
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

.
.
.

"Kau buat apa datang sini?"

"Temankan kaulah, sweetheart."

"I don't need you here."

"Aku lebih kenal kau dari diri kau sendiri and maybe I love you more than you love yourself. Dah diam."

Akhirnya aku hanya menurut tapi mata aku masih dengan tatapan tak puas hati.

"Macam mana kau tahu majlis ni dekat sini hari ni?"

"Kau kan pernah tunjuk wedding card dekat aku."

"Kau ingat even baca sepintas lalu je?"

"Well, gifted kan?" Balasnya seraya senyum kemenangan.

Maleh aku!

Tapi memang itulah kenyataan. Dia memang gifted. Sekali baca dah boleh hafal. Sebab tulah dia ditakdirkan untuk jadi peguam kut. Semua undang-undang dia ingat dalam otak.

Mood nak bergaduh dengan Taehyung terus hilang begitu saja tika aku melihat dia, melangkah ke atas altar di depan sana dengan suit lengkapnya, cukup segak.

Dia, bekas suamiku, Jung Jaehyun.

Bagaikan dejavu, terimbas kembali dirinya berdiri di posisi yang sama seperti itu tika majlis perkahwinan kami dulu. Menungguku sampai ke padanya dengan senyuman dan matanya yang berkaca.

Kini dapat aku lihat senyumannya kian melebar, sepasang matanya tampak bersinar.

Lambat-lambat aku menoleh, melihat ke arah yang sama renungan matanya tertumpu tika ini.

Ternyata kegembiraan yang terpancar di wajahnya tika ini kerana melihat wanita yang kini bertakhta di hatinya, penggantiku yang mungkin baginya lebih baik dariku.

Dulu, aku pernah di tempat itu..

Perlahan-lahan aku menunduk tika merasakan ada telapak tangan yang jauh lebih lebar dari telapak tanganku menggenggam lembut atas tanganku yang tanpa aku sedari, sedang menggenggam kuat bajuku.

Kepala aku angkatkan, berbalas tatapan mata dengannya, Kim Taehyung.

"Kau masih ada aku.."

Sebak tika suaranya cukup perlahan membisikkan kata itu padaku, cukup hanya aku dan dia yang tahu. Walau mata dirasakan mula berkaca-kaca tika menatapnya sekarang, aku tersenyum. Terlihat dia turut sama tersenyum untukku.

.
.
.

Sebelum balik, aku sendiri yang memilih untuk berjumpa dengan Jaehyun dan Haeri, ingin memberikan ucapan tahniah sebelum berpamitan pulang.

Dari jauh aku dah nampak sepasang pengantin baru itu sibuk bersalam-salaman dan berbalas tunduk hormat dengan para tetamu yang lain. Di sisi mereka turut ada sama keluarga pengantin perempuan dan juga sudah semestinya, keluarga bekas mentuaku.

Taehyung turut ada di sisi aku, muka selamba gila tak padan dengan status tetamu tak diundang.

Kini tibalah giliran aku dan Taehyung untuk berhadapan dengan mereka.

"Uncle! Kenal saya tak? Ha, tak apa, saya pun tak kenal uncle!" Selamba Taehyung beramah mesra dengan bekas bapak mentua aku dengan bapak Haeri. Ish, budak ni kan!

Awkward sebaik saja Taehyung selesai memeluk kedua-dua lelaki itu. Semua mata di depan aku tika ini tertumpu pada aku dan semestinya renungan paling tajam dimenangi oleh Puan Jung, bekas mak mentua aku.

Kini sepasang matanya tertumpu pada Taehyung sekilas.

"Dah ada pengganti?" Perlinya. Kalau tak diikutkan sekarang aku berada di majlis orang, mahu saja aku menjelingnya.

Anak dia pun bukan main laju cari pengganti, apa dia ingat aku ni terus jadi biarawati ke lepas anak dia ni pedajal aku?

"Haah, makcik. Saya memang dah lama tunggu anak makcik ni ceraikan Haneul. Tapi makcik jangan salahkan Haneul pula kata dia yang gatal cari lelaki lain. Saya yang gatal dengan dia. Kebetulan pula anak makcik ni pun gatal dengan perempuan lain, ngam lah."

Orang belakang aku dah tergelak dengar ayat Taehyung tapi yang dekat depan kami ni dah masam mencuka. Aku pula speechless tak tahu nak kata apa. Siap kau Taehyung. Memang aku smack down kau dekat parking lot nanti!

"Eloklah kalau betul kamu dengan dia, tak adalah kes menyibuk rumah tangga orang pula nanti."

Menyirap darah bila dengar perlian yang datangnya dari Puan Jung tu.

"Tapi hati-hatilah bila dah kahwin nanti, risau tak kesampaian impian mak,ayah kamu nakkan cucu. Maklumlah, mandul."

Sentap. Itu yang aku rasakan bila ayat terakhirnya itu menyapa tajam pendengaranku.

"Makcik yakin ke yang mandul sekarang ni bekas menantu makcik dan bukan anak makcik sendiri?" Tenang Taehyung bersuara tapi jelas, menahan sabar.

"Patutnya saya yang nasihatkan menantu baru makcik ni, hati-hati risau belum sampai setahun dah kena cerai sebab dapat mentua taksubkan keturunan. Kalau nak sangat baby, makcik jelah yang mengandung, beranak, minta dekat pakcik malam ni."

Ambil kau sebiji.

Orang belakang gelak balik dengar bidasan Taehyung. Kalau tak disebabkan situasi tegang sekarang, mungkin aku sekali ikut gelak guling-guling.

"Soal anak, keturunan biar tuhan yang tentukan, biar Dia yang bagi. Makcik tak payah buat kerja tuhan nak hukum siapa mandul, siapa tak. Entah-entah makcik ni pun ambil masa enam tahun, pergi berurut dengan bomoh kampung dulu baru dapat anak makcik ni. Jangan angkuh sangat makcik. Silap-silap saya dengan Haneul dah anak lima, anak makcik ni pula masih terkial-kial cari tukang urut."

Sempat mata aku kerlingkan pada Jaehyun. Hanya diam dengan muka merah padam menahan malu. Tak tahulah nak kesian atau apa.

"Terima kasih untuk undangan hari ni walaupun saya sebenarnya tak diundang tapi kira halal lah ek saya datang dengan Haneul. Oh untuk korang berdua, good luck. Semoga dua-dua suburlah hendaknya ya?"

Till We Meet Again | kth [✓]Where stories live. Discover now