55

144 30 24
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

.
.
.

Dengan Si Sulung di dalam dukungannya, derapan kakinya diatur perlahan menghampiri Tuan Min yang sedang duduk sendirian di ruangan menunggu berhadapan dengan wad yang menempatkan Haneul.

Sehinggalah langkahnya dihentikan hanya beberapa tapak dari bapa mentuanya itu. Walaupun lelaki tua itu langsung tidak mengendahkan dirinya di situ namun sepasang kakinya tetap utuh berdiri di situ.

"Kau nak apa lagi? Tak cukup aku belasah kau semalam?" Soal Tuan Min perlahan, menahan suaranya dari bergetar. Sepasang matanya yang sengaja mengelak dari menatap satu-satunya menantunya di hadapannya tika itu, mula terlihat memerah dan berkaca.

"Kalau kau rasa dengan cara kau bawa anak kau jumpa aku seperti sekarang akan lembutkan hati aku, baik kau pergi. Bawa budak tu sekali."

Terlalu perit, sehinggakan seulas bibir Taehyung spontan mengukirkan senyuman hambar. Wajah bapa mentuanya yang jelas dikuasai ego itu direnung kosong.

"Papa tak boleh terima dia sebab dia anak Taehyung?" Soal Taehyung perlahan dengan senyuman masih terukir di bibir. Luluh hatinya tika anak yang paling dinanti itu kini dibenci hanya kerana dia ayahnya.

Tuan Min hanya diam, terlalu ego sehinggakan menantu dan cucunya di depan mata langsung tidak dilihatnya walau dari ekor mata.

"Kalau Papa bencikan budak ni hanya kerana saya adalah ayah kepada budak ni, tak apa,.. Papa boleh anggap yang saya bukan ayah kepada dia.. Saya tak akan pernah tuntut dia sebagai darah daging saya,.. Papa boleh anggap yang tiada pertalian darah antara kami.. Asalkan Papa jangan bencikan dia sama seperti Papa bencikan saya sekarang.."

"Cuma saya minta,.. Jangan pisahkan Haneul dengan anak kami.. Ini anak Haneul, cucu Papa.. Bawalah dia pada Haneul.. Saya tak sanggup tengok Haneul putus harapan untuk terus hidup.." Di hujung lafaznya, air matanya tak dapat ditahan dari mengalir perlahan membasahi pipinya.

Sebak hatinya untuk menyerahkan Si Kecil di dalam dakapannya tika itu namun dia tahu, lebih berat derita yang ditanggung isterinya tika itu.

Rengekan Si Kecil di dalam dukungannya itu cuba diabaikan, menahan diri dari menatap wajah polos itu yang mula hendak menangis tika mana melihat dirinya menangis.

"Saya merayu pada Papa,.. Demi Haneul.."

Luluh hati lelakinya saat mendengar tangisan anak kecilnya itu yang mula jelas kedengaran. Dapat Taehyung rasakan tangan kecil itu menggenggam kuat bajunya. Bagaikan tahu, bakal terjadi perpisahan di antara mereka.

.
.
.

Tak sempat dia mengucup anak sulungnya itu buat kali yang terakhir, Si Kecil itu sudah dibawa kepada isterinya di dalam wad sana.

Till We Meet Again | kth [✓]Where stories live. Discover now