38

185 39 40
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

.
.
.

[7 BULAN KEMUDIAN]

Sudah hampir lapan bulan Haneul hanya duduk di rumah keluarganya. Segala urusan syarikat kecilnya itu diserahkan pada rakan perniagaannya yang sama-sama membangunkan syarikat rekaan dalaman itu dulu.

Sekali setiap bulan dia harus ke hospital, melakukan pemeriksaan mata. Kata doktor peluang untuk dia melihat semula masih ada namun Haneul tak mahu mengharap lebih. Tengoklah, sehingga sekarang dia masih tak mampu kembali melihat.

Waktunya banyak dihabiskan bersama ibunya dan pembantu rumahnya, Ahjumma Jung jika Taehyung dan bapanya bekerja. Kadangkala saja dia akan melukis, itu pun masih kekok. Entah apa dia lukis pun dia sendiri tak tahu, hanya mengikut kata hati.

Taehyung pula selagi boleh dia akan pulang awal ke rumah. Seperti hari ini, sengaja dia pulang lebih awal dari kebiasaannya.

Masuk saja ke dalam rumah keluarga mentuanya itu, penuh tangannya membawa sekotak besar kek dan sejambak bunga mawar merah. Belum lagi dengan beg kerja dan blazer miliknya di tangan.

"Amboi, nak buat preparation untuk sambut birthday isteri tercinta ke?" Usik Puan Min seraya menghampiri menantunya itu. Tanpa disuruh, ringan saja tangannya mengambil kotak kek dan blazer milik Taehyung.

"Mama, jangan cakap kuat-kuat. Nanti birthday girl dengar." Bisik Taehyung buatkan tawa Puan Min tercetus.

"Tak baik tau kamu buat Haneul macam tu. Sedih dia ingatkan kamu tak ingat birthday dia."

Tersengih Taehyung. Memang itu plan dia. Buat-buat lupa birthday isteri sendiri tapi dia punya rencana sendiri. Ingin menyambut hari jadi isterinya itu bersama-sama malam ini, hanya berdua.

"Mama jangan risaulah. Malam ni, tahulah Taehyung nak pujuk anak mama tu macam mana. Ingat tau, nanti mama dengan papa jangan balik awal sangat."

Tersengih nakal Taehyung buatkan laju saja penyepit Puan Min singgah ke lengan Taehyung buatkan lelaki itu mengaduh sakit sebelum dia tergelak.

Malam ini sengaja Taehyung menghadiahkan pakej makan malam romantis dan mewah di hotel lima bintang buat kedua ibu bapa mentuanya itu.

Rasuahlah katakan biar dapat berdua dengan Haneul sekali sebagai hadiah istimewa buat ibu mentuanya itu sempena hari jadi isterinya.

"Haneul mana?" Soal Taehyung separa berbisik.

"Ada dekat bilik lukisan dia. Dari tengah hari lagi."

"Belum makan petang lagi?" Tanya Taehyung risau buatkan Puan Min tersenyum halus. Dia pula yang tersentuh, dapat dia rasakan betapa tulusnya lelaki di hadapannya itu mencintai satu-satunya anak perempuannya.

"Haneul dah makan dah tengah hari tadi. Tak apa, nanti malam suruh dia makan banyak-banyak. Kamu pun tahu dia kalau dah mula melukis, mana ingat dunia, makan apatah lagi."

Till We Meet Again | kth [✓]Where stories live. Discover now