52

192 41 27
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

.
.
.

"Puan, keadaan Puan masih belum stabil ni."

"Saya nak jumpa suami saya, nurse. Tolonglah." Dengan tangisan, aku merayu.

Tubuh jururawat yang sejak tadi menghalang aku dari turun dari katil itu aku tolak menjauhi aku sebelum pantas aku menuruni katil.

"Puan! Puan!"

Tanpa mempedulikan doktor dan jururawat yang mula mengejar aku, langkah terus aku atur laju keluar dari wad itu.

Nafas dirasakan laju seiring dengan langkahku sehinggalah tubuh aku merempuh kuat susuk tubuh seseorang.

"Haneul!"

Papa.

"Apa kamu buat dekat luar ni, Haneul?!"

Kepala yang mula dirasakan berdenyut sakit cuba aku tahan namun penglihatanku mula terlihat kabur dan berpinar-pinar.

Dapat aku rasakan tangan Papa menahan bahuku dari membiarkan tubuh aku melurut jatuh ke lantai.

"Haneul nak jumpa Taehyung." Mendatar aku bersuara, kedua-dua tangannya aku tepis dari terus menghalang aku.

"Buat apa kamu nak jumpa dia?!"

"Dia suami Haneul!"

"Dia dah mati, Haneul!"

Tersentak aku saat suara Papa bergema kuat menyapa gegendang telingaku. Wajah Papa aku tatap lama, tidak percaya.

"Tak, Papa tipu.."

"Buat apa Papa nak tipu Haneul? Papa sendiri tengok Taehyung dengan anak-anak kamu dikebumikan dalam satu kubur yang sama.."

Hampir luruh jantung ini dirasakan saat mendengar setiap bait-bait kata yang terbit dari mulut Papa, cukup menyesakkan dada.

Betapa aku mengharapkan yang semua ini hanya mimpi buatku.

"Tak, tak mungkin.. Papa tipu.. Haneul dengar sendiri anak-anak Haneul menangis.."

"Mereka cuma bertahan tiga jam lepas kamu lahirkan mereka. Taehyung pergi sebaik saja selepas kamu selamat lahirkan anak-anak kamu.."

Perlahan-lahan aku mengundur, cuba menyeimbangkan tubuh yang mula merasa lemah dan tanpa sedar, tubuh dirasakan melayang sebelum pandanganku serta-merta menjadi gelap.

Sebelum mata ini tertutup rapat, dapat aku lihat bayangan Taehyung sedang mendukung dua bayi kecil kami sambil tersenyum.

Sepasang matanya yang terlihat bagaikan turut sama tersenyum menatap  penuh kasih sepasang cahaya mata kami itu sebelum dirinya menunduk, mengucup lembut pipi mereka silih berganti.

Till We Meet Again | kth [✓]Where stories live. Discover now