09

242 47 35
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

.
.
.

Sudah seminggu aku bergelar isterinya namun bagaikan ada jurang di antara kami yang buatkan hati kecil aku ini merasakan yang aku ini masih hanya sebatas kawan baiknya.

Dia yang sentiasa sibuk dengan kerjayanya. Setiap malam aku menunggu kepulangannya di sofa di ruang tamu sehingga terlelap. Pagi saja sedarnya aku dari mimpi, aku sudah berada di atas katil. Pastinya dia yang mendukung aku masuk ke dalam bilik tidur kami setiap kali aku tertidur saat menunggunya pulang.

Pagi pula tetap juga aku tidak dapat bersua muka dengannya kerana awal-awal pagi lagi dia sudah bersiap untuk keluar bekerja.

Dari dulu aku tahu dia memang sibuk dengan kerjanya tapi aku langsung tidak kisah untuk menunggunya meluangkan masa dengan aku. Tapi semenjak aku bergelar isterinya, rasa kecil hatilah pula. Macam ni rupanya rasa kena abai dengan suami.

Malam ini aku tekad, aku akan berjaga sehingga dia pulang ke rumah. Sementara menunggu dia pulang, aku berendam di dalam tub mandi yang dipenuhi dengan sabun. Mata aku pejamkan, membiarkan aroma lavender menyapa lembut deria bauku, cukup menenangkan.

Selesai berendam, dengan hanya bathrobe menutupi tubuh, langkah aku atur keluar dari bilik mandi, sebelah tangan sibuk mengelap rambut yang masih basah dengan tuala kecil. Laju saja aku berjalan menghampiri almari baju lalu pintunya aku buka, mencari sesuatu.

"Wanginya."

Terhinjut bahu aku, terkejut punya pasal tika terdengar suara garau itu menyapa aku dari belakang. Walaupun perlahan saja dia menegur tapi meremang satu badan aku.

Dia, suami aku. Kim Taehyung.

Lambat-lambat aku memalingkan tubuh aku dan ternyata dia sudah berdiri di belakang aku. Tersenyum dia tika mata kami saling bertaut.

Kemeja putih dan seluar slack masih tersarung di tubuhnya. Entah bila dia balik pun aku tak perasan, leka sangat berendam tadi.

"Sorry buat kau terkejut." Tuturnya perlahan dan aku hanya menggeleng.

"Dah lama ke balik?"

"Taklah, baru je. Tercari-cari juga mana kau tadi, selalu tunggu dekat sofa. Ingatkan dah tidur. Tunggu aku lagi?" Soalnya. Untuk seketika aku hanya diam sebelum lambat-lambat aku mengangguk.

Tersenyum dia. Jantung berdetak laju tika jari telunjuknya menyentuh lembut juntaian rambutku yang menutupi dahiku tika ini. Dapat aku lihat dia seperti menahan diri dari menyentuhku. Lantas dia menarik semula tangannya. Entah kenapa, aku rasa kecewa dengan kelakuannya saat ini.

Till We Meet Again | kth [✓]Where stories live. Discover now