22

184 44 25
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

.
.
.

Setahun sudah berlalu, setiap detik yang berlalu mencambahkan rasa cinta aku buatnya, Kim Taehyung, suamiku yang dulu hanya sekadar mengisi kekosongan hatiku sebagai seorang kawan namun kini melengkapi hidupku sebagai figura seorang suami dan sahabat buatku.

Demi aku, dia sanggup berpindah syarikat dan memulakan kariernya semula di syarikat yang baru. Sanggup menyimpan hasratnya jauh dalam dasar hatinya untuk memiliki cahaya mata demi menghormati keputusanku yang masih trauma, takut untuk menghadapi peritnya sebuah kehilangan untuk kesekian kali.

Terlalu banyak yang dia korbankan untuk aku buatkan aku sering mempersoalkan diri, layakkah aku memiliki seorang suami sepertinya? Yang ada di hati dan fikirannya hanyalah bagaimana untuk membahagiakan aku. Sedangkan aku..

"Ha, termenung lagi?"

Tersedar aku dari lamunan bila suara garau Taehyung menegurku. Terkebil-kebil aku melihat dia yang sedang sibuk melipat t-shirt dan tracksuit miliknya di hadapan aku. Punyalah jauh aku mengelamun sampai tak sedar yang kami sedang sibuk mengemas pakaian untuk dibawa hiking esok.

Memang itulah aktiviti hujung minggu kami. Hiking dan berkhemah di dalam hutan untuk satu malam. Hobi kami sejak zaman bujang lagi.

"Fikirkan apa?" Soalnya seraya menarik zip menutupi backpack miliknya seusai mengemas pakaiannya. Lama juga aku termenung sampai Taehyung siap packing dulu dari aku.

"Tak ada apalah." Balasku sambil tersenyum halus. Lantas aku menunduk bila Taehyung sudah mula keluarkan jurus membaca fikiran aku, merenung tepat sepasang anak mataku lama.

Terngadah kepala aku memandangnya tika dia mengesot menghampiri aku. Pakaian dan beg galas aku yang sejak tadi di depan aku ditolak tepi sebelum dia semakin menghampiri, membiarkan lutut kami saling berlaga. Tertawa aku bila kedua-dua tanganku ditarik lalu digenggam lembut, tandanya soal jawab bersama Inspektor Kim Taehyung bakal bermula.

"Jangan buat aku tertanya-tanya, tak tidur kau malam ni aku buat."

Tergelak lagi aku mendengar ugutannya. Tachod!

"Betul, saya okay. Jangan risaulah."

"Haneul sayang, aku bukan kenal kau semalam, aku bukan baru kahwin dengan kau siang tadi. Aku tahu luar dan dalam kau. Tak baik menipu suami. Buatnya kiamat esok, merangkak kau cari aku dekat akhirat nak minta maaf dengan aku."

Tersenyum dia bila sekali lagi berjaya mencuit hati aku. Inilah salah satu kelebihan kahwin dengan kawan baik sendiri, masuk air. Nak pula aku memang spesis mudah terhibur.

Till We Meet Again | kth [✓]Where stories live. Discover now