BAB 2

14.8K 697 15
                                    

Irene hanya berdiri diam dan menunduk di sebelah Dionz yang sedang makan. Dia tidak boleh makan selagi Dionz belum selesai.

Tangan kanan naik mengusap perut kerana lapar dari pagi tidak lagi menjamah makanan.

"Asal kau lapar?" Irene tersentak dan mengeleng kepalanya tanda tidak.

"Kau tak payah nak menipu aku lah!" Dihentak kuat meja tersebut sehingga Irene terhinjut bahu.

"T..tak irene tak lapar." Jawabnya takut. Dionz pandang sinis.

"Sini kau." Ditarik kasar lengan tu agar Irene duduk di peha nya. Nasi dikepal dan disumbat kasar dalam mulut tersebut.

"Hmph!" Irene menepis tangan jejaka tu dan mengesat bibir yang terasa sakit disebabkan ditonyoh kuat. Mengalir air mata nya.

"Tadi kau lapar bila aku bagi makanan kau taknak!" Jerkahnya dan isterinya hanya menunduk menangis.

Irene menyembamkan muka nya di dada tegap Dionz dengan badan mengigil takut.

Dionz menunduk memandang Irene di dada dan tangan kiri naik mengusap rambut tu perlahan.

"Sayang." Panggilnya lembut dan perlahan lahan kepala tu dianggkat memandang dirinya dengan wajah yang comot dengan air mata.

"Lapar?" Irene mengangguk. Dionz mengepal nasi dan lauk dan disuap perlahan ke mulut tu.

"Sedap?" Irene mengangguk kepala nya.

"Nak makan sendiri atau nak aku suap?" Soal Dionz dengan nada biasa.

"B..boleh ke Rene makan?" Soalnya takut.

"Pergilah ambil pinggan makan sekali." Irene bingkas bangun dari peha suaminya.

Dionz mahu mengesat nasi di tepi bibir isterinya namun gadis tu seakan takut terhadap dirinya.

Ibu jari mengesat nasi tepi bibir Irene dan gadis tu menunduk.

Irene mahu mengambil air nya namun Dionz pantas merampas. Dipandang wajah jejaka tu.

"Abang bagilah." Dionz ukir senyuman sinis.

"Ambil kalau kau boleh." Irene sudah lekat di kerongkong nya. Dia mahu mengambil air namun Dionz membawa jauh.

Dia bingkas bangun ke sinki dan terbatuk batuk sehingga dia muntah. Dionz pandang sinis dan melangkah pergi dari situ meninggal kan Irene di dapur.

DIA SUAMI PSYCHO [C]Where stories live. Discover now