BAB 22

11.5K 548 2
                                    

"Betul ni nak balik harini?" Soal ibu dan Irene menganguk. Tangan si ibu dicapai dan disalam.

"Lagipun Dionz banyak kerja dekat office dia itu yang kena balik. Nanti ada masa kami datang lagi." Tutur Irene dan dipeluk ibu nya sebelum dua pipi si ibu di cium.

"Abah" Dionz menyalam tangan abah mertua nya.

"Jaga anak abah baik baik." Dionz menganguk kepalanya.

"Kami minta diri dulu. Assalamualaikum ibu abah." Kata Dionz dan diatur langkah ke kereta. Irene melambaikan tangan nya sebelum masuk ke dalam kereta.

"Nanti datang lah sini selalu." Ujar ibu.

"In shaa Allah bu. Byee ibu abah." Dilambaikan tangan nya melalui tingkap dan kereta BMW milik Dionz keluar dari kawasan rumah tersebut.

Tangan kanan naik mengusap tengkuk yang terasa sengal.

"Kenapa sayang?" Tanya Dionz.

"Rasa lenguh ja. Setahu Rene semalam Rene tidur atas bantal tapi macam mana boleh tidur atas lengan abang?" Ditoleh ke arah suaminya.

"Mana lah abang tahu. Sayang yang ambil tangan abang semalam lah kot." Katanya dengan tenang padahal dia lah yang meletakkan kepala isterinya di lengan.

"Hm mungkin lagipun Rene tak sedar." Dionz menganguk saja.

"Sini abang tolong urut." Tangan kirinya naik mengurut perlahan tengkuk isteri nya.

"Abang dah sayangkan Irene?" Soalnya dan Dionz menoleh sekilas.

"Abang memang sayangkan Irene." Digosok kepala isterinya. Irene tersenyum nipis.

SETIBANYA di rumah, Dionz membawa bag ke dalam. Irene melabuhkan pungung nya di ruang tamu.

Dionz yang selesai meletakkan barang di dalam bilik segera turun ke ruang tamu. Bahu isterinya disentuh perlahan.

"ARGH!" Terkejut Irene dan dia bangun memandang wajah suaminya.

"abang rupanya. Terkejut Irene." Dionz mendekati isterinya.

"Sayang okeyh? Masih takut dengan abang?" Soalnya dan Irene menghela nafas nya dahulu.

"Okeyh, cuma terkejut sebab tiba tiba ada orang sentuh bahu. Irene ingatkan ada yang pecah masuk." Tuturnya dan Dionz menarik kepala tu ke dada nya.

"Tak ada apa lah sayang. Abang kan ada." Diusap kepala Irene dan dilabuhkan kucupan di dahi tu.

"Wangi nya" bersinar mata Irene dan disembamkan muka nya di dada tegap Dionz.

"Eh sayang abang mandi pun belum." Hairan dia bila Irene kata yang dia wangi.

"Wangi lahh hm"  Dionz tergelak kecil dan menunduk melihat isterinya.

"Sayang pergi naik mandi dulu." Arah Dionz namun Irene mengeleng tidak mahu.

"Taknak. Nak duduk dekat abang." Dia suka bau badan suaminya. Dionz mengaru kening dan dijarakkan sedikit badannya.

"Hm abang." memuncung bibir nya bila Dionz menjauhi.

"Take a shower first sayang!"Tegas suara Dionz.

"Or don't come near me." Ugut nya dan Irene hentak kaki tak puas hati.

"Oke fine! Taknak peluk abang dah." Merajuk Irene. Gadis tu berlalu pergi ke tingkat dua meninggalkan Dionz yang tercengang.

"Eh sayang! Abang suruh mandi ja bukan tak bagi peluk." Cemas Dionz bila si isteri merajuk. Macam mana kalau malam ni Irene tak nak peluk dirinya? Oh tidak bantal busuk ku.

"TAKNAK!" Jerit Irene di tingkat dua. Dionz menghela nafas perlahan. Kena pujuk pula lah ni.

DIA SUAMI PSYCHO [C]Where stories live. Discover now