BAB 16

13.6K 591 46
                                    

Dilabuhkan pungungnya di bangku yang berada berhadapan dengan sawah padi.

Angin di waktu pagi meniup lembut wajahnya. Terasa tenang melihat pemandangan kampung disini.

"Irene" suara lembut si ibu menyapa gegendang telinga. Laju kepala menoleh ke belakang.

"Jom ikut ibu hantar kuih dekat gerai makcik salmah." Irene segera bangun dan mengikuti langkah si ibu.

"Dionz tak ada telefon kamu ke Rene?" Tanya ibu. Irene menghela nafas perlahan.

"Ada bu tapi Rene tak angkat. Hati ni masih sakit." Mengendur suara nya. Ibu dan abah berkawan rapat dengan orang tua Dionz.

"Tak apa lah, Rene tinggal lah dengan ibu dan abah dulu. Pulihkan hati tu balik tapi jangan sampai simpan dendam dengan suami sendiri. Tak baik." Pesan ibu dan Irene menganguk faham.

"Baik lah bu." Mereka berdua tiba di gerai makcik salmah.

"Eh ni Irene kan?" Gadis tu tersenyum dan menganguk.

"Suami mana? Tak ikut balik?" Soal makcik Salmah sambil menyambut huluran ibu.

"Dia busy urus syarikat itulah yang tak balik sekali." Ibu membuka suara bagi pihak anak nya.

Irene melepaskan nafas lega bila ibu yang menjawab soalan tu. Bila dengar saja orang bertanya tentang suami hatinya menjadi sedih dan rapuh.

DIONZ mengemaskan rambut nya dan dicapai kunci kereta beserta bag pakaian.

Pintu kereta dibuka dan diboloskan dirinya. Bag tadi dilempar ke seat belakang dan mengundurkan kereta nya untuk keluar dari perkarangan rumah.

Stereng diketuk ketuk sambil mata focus terhadap pemanduan.

IRENE menyakar daun daun yang jatuh ke atas tanah. Bunyi enjin motosikal membuatkan dia menoleh..

"Abah." Didekati ke arah abah dan disambut huluran guni tu.

"Suruh ibu pesiang. Boleh makan petang ni." Irene membuka plastik guni beras tu terdapat tiga ikan keli.

"Power lah abah mancing. Irene masuk dulu." Diatur langkah masuk ke dalam rumah.

"Ibu, abah dapat ikan keli. Dia suruh ibu pesiang." Ibu menoleh ke belakang melihat Irene membawa guni.

"Jom tolong ibu pesiang ikan keli." Teruja Irene dan menganguk pantas.

MALAM itu Irene duduk di bangku berhadapan dengan sawah padi tu lagi. Angin malam lebih tenang untuknya. Mata dipejamkan untuk kosongkan fikiran.

Enjin kereta seseorang membuatkan mata nya kembali terbuka. Dia kenal bunyi kenderaan ni. Jantungnya berdetak laju.

Sebuah kereta BMW bewarna putih memasuki perkarangan rumah tersebut. Irene bangun dari duduknya dan berlari masuk ke dalam rumah.

Dia melangkah keluar dari kereta dan didekati ke arah orang tua Irene.

"Dasar menantu tak guna!" Abah menumbuk wajah Dionz. Terteleng wajah jejaka tu..

"Apa kamu nak lagi hah? Kamu dah buat anak abah menderita tau tak dan kamu boleh tunjuk muka dekat sini lagi?" Marah abah dan ibu mengusap belakang abah perlahan.

"Dionz tahu Dionz salah. Dionz datang sini sebab nak minta maaf dekat ibu dengan abah apa yang Dionz dah buat. Dionz nak isteri Dionz balik." Katanya sambil memegang pipi.

"Lepas kamu dah pukul dia kamu nak dia macam tu ja? Abah kecewa dengan kamu." Dionz memandang ke arah ibu pula.

"Sabar abang. Kita selesaikan dengan cara baik lagipun dah malam ni. Dionz ambil barang kamu masuk dalam. Kita settle pagi esok." Dionz menganguk kepalanya.

"Terima kasih bu."

IRENE melepaskan nafas perlahan. Sekarang dia kena tidur satu bilik dengan mamat tu.

Ditoleh ke arah belakang bila pintu dibuka. Sosok tubuh suaminya berada di depan muka pintu.

"Awak rehatlah dulu. Saya nak keluar." Baru saja Irene hendak keluar, Dionz memegang lengan tu.

"Masih marahkan aku?" Irene melepaskan tangan nya.

"Saya taknak bergaduh dengan awak." Ditolak tubuh tu ke tepi dan melangkah keluar.

"Ibu tak boleh ke Irene tidur luar ja." Rengeknya.

"Bahaya Irene lagipun tu kan suami Irene. Sampai bila nak bergaduh macam ni. Ubah dia jadi baik tapi dalam masa yang sama ubah diri kita juga. Tak kasihan ke dekat dia dari KL datang kedah entah makan ke tidak lagi." Hati Irene mula menjadi kasihan. Dihela nafas perlahan dan mengangguk.

DIA SUAMI PSYCHO [C]Where stories live. Discover now