BAB 27

10.2K 497 7
                                    

"Dionz bagitahu mama yang Irene demam. Dah lega ke belum?" Soal Mama dan Irene menganguk.

"Dah lega sikit tapi masih batuk." Jawab nya dan disuap nasi ke dalam mulut. Dionz mengesat mulut isterinya yang comot.

"Rajin rajin makan ubat batuk biar cepat sembuh." Dionz yang selesai membersihkan mulut isteri nya menoleh ke arah mama.

"Rajin apa nya ma. Kalau Dionz tak paksa mana mahu nya nak makan ubat. Jenuh kejar mengejar dalam rumah." Irene sengih menayangkan gigi putih nya. Tergeleng kepala Mama dan papa Dionz.

"Abang, Irene nak mandi kolam tu japgi boleh?" Mata bulat tu memandang tepat mata suaminya memohon keizinan.

"Boleh sayang." Digosok kepala isterinya. Gadis tu tersenyum senang.

DIONZ masuk ke dalam kolam tu dan diselitkan kedua tangannya di celah ketiak Irene.

"Dalam sikit kolam ni." Irene memegang tangan sasa suaminya.

"Huwaa best nyaa." Ditepuk air kolam tu sehingga memercik mengenai wajah Dionz.

"Apa ni sayang nak ajak gaduh ke?" Diusap wajahnya yang basah. Irene menjelirkan lidah nya tidak kesah.

"Nah ambik ni!" Ditepuk lagi air tu. Dionz menutup wajahnya dengan belakang tapak tangan.

"Amboi yang main kasar nampak. Sini kau" Ditepuk kembali air tersebut. Terpejam mata Irene.

"Eeee dahla tangan besar habis basah muka orang." Cemberut wajah tu. Dionz angkat bahu tidak kesah.

"Ketat lah baju ni. Arh sayang abang dinodai." Dionz sudah rimas dengan baju nya disebabkan basah tu menjadi melekat di tubuh badan sasa nya.

Irene sudah bantai ketawa di tepi kolam. Dionz yang sudah tidak tahan akhirnya membuka baju nya.

Irena yang ketawa tadi automatik terdiam melihat tubuh suaminya. Rambut yang basah dan bersixpack tu buatkan dia tidak dapat mengalihkan pandangan.

"I know I'm teasing." Terukir senyuman sinis di bibir merah tu sambil melangkah mendekati isterinya yang pandang dia tidak berkelip.

"Err mama panggil lah." Dia mahu melarikan diri tetapi Dionz lebih pantas mendakap tubuh tu dari arah belakang.

"Where do you want to go hm?" Bisiknya dan sesekali digigit lembut cuping telinga milik Irene.

Kedua lengan sasa nya erat memeluk pinggang ramping isterinya. Dagu dilabuhkan di bahu tersebut.

"Kita dekat kolam lah jangan lah."Kalau mama papa nampak malu lah dia nanti. Dionz tertawa perlahan dan dicium pipi gebu tu.

"Kenapa pula? Lagipun mana ada orang nampak kita dekat sini. Kalau mama papa nampak pun diorang tak kesah sayang."Tuturnya di tepi telinga Irene.

"Sayang tak boleh mandi lama lama nanti sejuk. Jom masuk dalam." Dicempung tubuh tu ke dalam dengan gaya bridal style.

"Hm abangg. Irene nak beli baju baru bolehh?" Dionz menunduk memandang nya.

"Anything for you my darling." Memerah nipis wajah Irene mendengar balasan si suami.

"Sayang pergilah tukar pakaian dulu." Irene menganguk saja. Sebaik Dionz menurunkan nya, dia segera mencapai pakaian nya untuk di bawa ke bilik air.

Kepala Dionz pantas menoleh ke arah telefon isterinya yang bergetar di atas rak. Di lihat di skrin tu.

Aeril
-sayang, masih ingat i? Jom keluar nak?

Menyerbu darah Dionz melihat mesej tersebut. Hati nya panas dan kedua tangannya terkepal erat.

Siapa jantan Aeril yang berani mengajak isteri nya keluar ini?!. Ditoleh ke arah pintu bilik air apabila isterinya sudah selesai.

"Abangggg irene dah wangi"Teruja wajah tu mendekati nya dan didakap erat tubuh tegap tu.

"Irene ada nak keluar mana mana ke yang manja ni?" Dionz mengunakan nada suara biasa agar isterinya tidak syak bahawa dia sedang menahan amarah.

"Tak da. Irene nak manja manja dengan abang jaa." Jawab nya dan Dionz menganguk.

"Tunggu sini. Nak mandi sekejap." Irene hanya menganguk saja dan dipandang tubuh tegap tu.

Telefon yang dicas tu di ambil dan duduk di birai katil. Butang tepi telefonnya ditekan dan muncul satu mesej yang mampu buatkan nafasnya bagaikan tersekat.

DIA SUAMI PSYCHO [C]Where stories live. Discover now