BAB 24

11K 519 19
                                    

"Abang, Irene nak pergi tandas kejap." Dionz hanya menganguk saja dan Irene mengatur langkah keluar dari office suaminya.

"Jadinya you lah isteri boss?" Irene yang baru keluar dari tandas segera menoleh ke arah punca suara.

"Ya kenapa?" Soal Irene dan memandang gadis itu. Dari penampilan pakaian seperti tidak cukup kain.

"You tu tak layak pun dengan boss. Yelah dah la selekeh entah macam mana lah boss boleh jadikan you sebagai isteri." Kata Eyna sinis.

"Sekurang kurang nya saya cukup kain dari awak miskin kain." Bidas Irene tanpa riak tidak bersalah. Memerah wajah Eyna kerana marah.

"Berani kau eh!" Ditampar kuat pipi Irene sehingga terteleng wajah tu.

" what are you doing with my wife, Eyna!" Jerkah Dionz dan tu mengejutkan mereka berdua.

"S..saya ta..tak buat a..apa pun. Isteri boss yang hina saya." Dionz pandang tajam ke arah Eyna dan matanya beralih ke arah si isteri. Pandangan mata nya mula melembut.

"Kau tak ada hak nak lempang muka isteri aku. Sebagai balasan kau lempang isteri boss kau biar aku lempang muka kau pula." Dionz ukir senyuman sinis nya.

Pang.

Terduduk Eyna di lantai akibat tamparan hebat dari Dionz. Menangis gadis tu.

"Mulai harini aku nak kau kemas barang barang kau dan keluar dari syarikat ni. Aku taknak tengok muka kau." Ditarik lembut lengan isterinya untuk ke bilik office semula.

"Sayang, sini abang tengok." Nada suara nya menjadi lembut. Didekatkan wajahnya dan ditiup perlahan tepi bibir isterinya yang pecah berdarah.

"Auch, pedih." Dionz meniup lagi secara perlahan.

"How dare she hurt my wife." Panas hati Dionz bila ada yang berani menyakiti isteri nya.

"Sayang tahan eh. Abang letakkan ubat." Irene mengangguk saja. Setelah selesai merawat bibir isterinya, dia bingkas bangun.

"Irene nak tidur sekejap" direbahkan badannya di sofa. Tetiba badan nya terasa letih.

"Tidurlah nanti abang kejut ya sayang." Dilabuhkan kucupan di ubun ubun tu sebelum mengatur langkah ke meja kerja.

DIONZ merenggangkan otot ototnya dan bingkas bangun untuk mengejutkan si isteri.

Tangan mengusap kepala tu dan seketika dia menyentuh dahi Irene yang terasa panas.

"Panas, demam ke dia ni." Perlahan suara Dionz dan diletakkan pula di leher isterinya juga turut panas.

"Demam lah ni." Dia mencempung tubuh tu dengan gaya bridal style.

Jaket di belakang seat di ambil dan diletakkan di atas tubuh gadis tu. Dicium dahi nya.

"Kasihan isteri abang ni demam." Diusap perlahan sebelum memulakan pemanduan untuk pulang.

IRENE mencelikkan matanya dan bangun dari baringannya. Tekak terasa haus. Diatur langkah keluar dari bilik tersebut.

Dionz melangkah masuk ke dalam dapur dan ternampak sosok tubuh Irene.

Gadis tu pandang ke arahnya dan dia mendekati si isteri. Gelas yang sudah kosong diambil diletakkan ke tepi. Kedua tangan isterinya di bawa ke kiri dan kanan.

Dionz menundukkan badannya mendekati Irene yang menjarakkan dirinya.

"Kenapa turun tak bagitahu hm? Sayang demam tau." Dalam mata Hazel tu memandang.

"Irene haus ja." Balasnya. Dionz mengusap pipi gebu tu perlahan.

"Sayang tak sihat, jadi kalau nak apa apa panggil ja abang. Kang jadi apa apa masa turun tangga macam mana?" Irene menundukkan kepalanya.

"Rene minta maaf." Dionz mengucup kedua pipi tu dan digosok kepala nya.

"I'm not mad at you sayang. Just risau ja." Katanya dan dibawa tubuh tu ke dalam dakapan.

DIA SUAMI PSYCHO [C]Where stories live. Discover now