BAB 35

8.8K 450 1
                                    

7 bulan kemudian.

"Sayang hati hati turun tangga." Dionz memegang erat lengan kecil isterinya. Irene hanya tersenyum sambil memegang perutnya yang sudah mencecah 7 bulan.

"Ha Irene sini duduk. Ibu dah bancuhkan susu untuk kamu." Irene duduk perlahan lahan di sofa. Orang tua Irene dan Dionz tinggal sekali di rumah mereka berdua memandangkan memasing mahu melihat Irene dalam keadaan baik baik saja ketika Dionz keluar bekerja.

"Terima kasih ibu." Segelas air susu diambil dan ditiup perlahan.

"Assalamualaikum" Dionz segera berlari ke arah pintu dan dibuka.

"Meh lah masuk." Mereka berempat melangkah masuk ke dalam rumah tersebut.

"Hai Irenee. Kau sejak mengandung ni makin cantik pulak." Puji Kirana. Irene tersenyum manis.

"Biasa jelah Na. Korang bila lagi?" Dijongket keningnya berkali kali.

"Sabar lah baru 2 bulan." Wajah Irene jelas menunjukkan tidak percaya.

"Seriuslah. Patutlah pakai jubah rupanya nak tutup perut" Kirana dan Helda tergelak kecil.

"Power jugak korang dua eh." Dionz melagakan penumbuk nya dengan Iskandar dan Fuad sebelum duduk di sebelah isterinya.

"Apa ingat kau sorang ja?" Fuad angkat kening kanan nya dan Dionz angkar bahu.

"Kamu bertiga sebagai suami jaga kandungan isteri baik baik. Jangan nak berkasar kasar pula. Papa sebat sorang sorang." Ketiga jejaka tu tersengih dan menganguk pantas tandas faham.

Irene menunduk mengusap tangan suaminya. Sejak mengandung selalu saja dia main tangan si suami. Sehari tidak dapat mengusap pasti dia akan menangis.

Dionz juga tidak kesah malah hanya membalas usapan jari jemari Irene. Jejaka tu menoleh ke arah nya dan dikucup ubun ubun tu.

"Suka eh usap tangan abang." Bisik Dionz dan gadis tu menganguk tanpa mengangkat wajah.

"Tak boleh kalau tak usap." Katanya dan jejaka tu tergelak perlahan. Isterinya comel sahaja. Perut yang besar tu diusap sayang.

"Sayang taknak check ke laki perempuan?" Tanya Dionz dan Irene mengeleng tidak mahu.

"Irene nak masa bersalin baru kita tahu anak kita laki ke perempuan." Balas Irene dan Dionz mengangguk faham. Lagipun dia tidak memaksa isterinya untuk pergi check.

DIA SUAMI PSYCHO [C]Where stories live. Discover now