BAB 29

9.7K 481 11
                                    

"Sayang tunggu dekat bangku dulu, abang nak pergi tandas sekejap." Irene menganguk dan duduk di bangku yang berada di mall tu.

"Long time no see sayang." Pantas kepala Irene menoleh ke arah punca suara. Dia bingkas bangun dari duduknya.

"Aeril." Jejaka tu ukir senyuman sinis nya.

"Mana jantan tu? Tak ikut?" Diatur langkah mendekati Irene namun gadis tu berundur.

"Apa Aeril nak lagi? Rene dah kahwin. Please lah stop kacau Rene." Jejaka tu berdecit sambil mengeleng kepalanya.

"Tak semudah tu sayang. Apa aku nak aku akan dapatkan nya." Tangan naik mahu mengusap pipi tu namun ditepis oleh Irene. Aeril menangkap tangan tu dan dicengkam kuat.

"Kau takkan boleh lari dari aku Irene Nadya. Sampai bila bila pun kau milik aku bukan jantan tak guna tu." Tajam mata hitam tu memandang nya. Irene meringis sakit.

"Lepaslah. Sakitt"Pengelangan tangannya mula merah.

Buk.

Terteleng wajah Aeril ke tepi dan gengaman di tangan Irene terlepas. Gadis tu mendapatkan suaminya dan dipeluk tubuh tu.

"Don't you dare to touch my wife. Kau nak dia, langkah mayat aku dulu." Datar suara Dionz dengan mata helangnya menikam tajam. Lengan kemeja hitam nya terlipat kemas sehingga ke siku.

"Oh jadi kau lah suami tak guna tu." Bibir yang berdarah dikesat kasar dan memandang wajah jejaka yang dikenali sebagai suami Irene.

"Kau tu orang ketiga dalam hubungan kitorang dua. Irene Nadya sepatutnya milik aku bukan milik jantan sial macam kau." Dionz menolak lembut isterinya ke tepi dan berhadapan dengan Aeril.

"Apa hak kau nak kata aku orang ketiga? Gelaran tu lebih bagus daripada kau lelaki yang nak rosakkan perempuan ja." Bidas Dionz lebih sinis ke arah Aeril yang mulai panas.

Aeril mula mengarahkan penumbuk kr arah muka Dionz namun sempat dielak. Pengelutan mereka di mall tu menarik perhatian orang ramai.

"Kau kalau nak isteri aku memang aku bunuh kau!" Aeril yang terbaring di lantai tu ditumbuk wajah tu sekuat hatinya.

"Abang sudah." Ditarik suaminya agar menjauh dari Aeril. Beberapa orang segera membantu Aeril yang lemah akibat di belasah oleh Dionz.

Irene membawa suaminya ke tempat yang tidak ramai orang. Nafas jejaka tu turun naik kerana masih marah.

"Can i hug you abang?" Didekati suaminya dan dipeluk tubuh tu erat. Hati yang panas perlahan lahan menyejuk tatkala si isteri memeluk.

Pelukkan dibalas oleh Dionz. Tepi dahi Irene dikucup sayang.

"Abang risau sangat sangat kalau laki tu cederakan sayang. Abang takut abang kehilangan sayang. I love you so much sayang." Dieratkan lagi pelukkan nya. Irene adalah nyawa nya dan dia menyayangi gadis tu lebih dari dirinya sendiri.

"Abang janji abang takkan tinggalkan sayang sorang sorang lagi." Bisiknya dan Irene mengusap belakang suaminya perlahan.

"Abang janganlah risau, Irene tak apa apa." Irene cuba menenangkan si suami dari amarahnya.

"Kita balik eh. Abang taknak apa apa jadi dekat sayang." Diusap pipi tu dan isterinya menganguk akur.

DIA SUAMI PSYCHO [C]Where stories live. Discover now