BAB 18

13.4K 577 45
                                    

"Arghhh!" Dionz yang mendengar jeritan isterinya segera menuju ke arah tu.

"Kenapa ni sayang?" Soal Dionz risau. Irene menoleh ke arah suaminya dan berlari mendapati Dionz. Tubuh tu dipeluk.

"Ada katakkkk. Irene takuttt." Dionz mengusap rambut isterinya dan pandang ke arah katak tersebut. Terukir senyuman nakal nya.

"ABAHHHHHHHH TENGOK DIONZZZ!" Tersedak abah yang sedang minum kopi. Ibu dan abah pandang ke arah anak menantu nya yang berlari berkejaran.

"Sayanggg, ni dia nak berkawan jelah." Dionz masih mengejar isterinya dengan katak.

"Taknak lah abangggg! Irene geliiiii" Dia bersembunyi di belakang ibu.

"Comel apa dia nak berkawan dengan sayang. Sini lah usap dia." Dionz memicit micit katak tu seperti mainan. Irene bergedik geli.

"No, buang lah dia jauh jauh. Jangan sampai malam ni abang tidur luar" geram Irene dan Dionz tergelak sebelum melangkah ke arah sawah padi untuk meletakkan katak tu.

Irene melihat ke arah Dionz untuk memastikan tiada katak sebaik jejaka tu datang menghampiri.

"Abang dah buang dah." Irene menghela nafas lega.

"Bah!"

"Arghh! Abanggg" ditampar lengan jejaka tu dan dia hanya tergelak sambil mengusap lengan.

"Seronok ibu abah tengok hubungan korang dua dah berbaik." Mereka berdua menoleh ke arah ibu dan tersenyum.

"Abah harap Dionz tak buat benda yang sama dekat anak abah. Abah bagi amanah dekat Dionz untuk jaga Irene. Perlakukan dia seperti isteri bukan hamba." Tegas suara abah.

"Baik abah. In shaa Allah Dionz tak kan ulang kesilapan Dionz." Diusap rambut panjang isterinya.

"Eyyy abang dah basuh tangan ke belum yang usap kepala orang ni?" Irene melihat rambutnya.

"Abang dah basuh dah tadi. Guna air sawah." Membulat mata Irene dan Dionz tergelak.

"Tak da lah gurau ja. Kan ada paip tepi tu." Irene memuncung kan bibirnya dengan menatap Dionz geram.

"Nak cium abang ke? Sini sini." Ditunjuk ke arah pipinya dan Irene menjulingkan mata tanda menyampah.

"Siapa tah nak cium dia." Dionz ukir senyuman mengusik.

"Mana sini tengok muka merajuk dia tu." Ditekup kedua pipi gebu tu dan dicium kedua pipi isterinya sebelum berlari masuk ke dalam.

"Dionz!" Irene mengejar langkah jejaka tu ke dalam rumah. Tergeleng kepala ibu abah nya.

"Eh? Abang?" Hairan dia bila masuk ke dalam bilik tidak menjumpai suaminya. Pintu yang ditutup dan dikunci buatkan dia menoleh melihat Dionz yang tersenyum ke arah nya.

Entah kenapa dia menjadi takut ketika ni. Dia takut jika Dionz mahu memukul nya lagi. Selangkah Dionz ke hadapan selangkah dia ke belakang.

Irene bergerak ke kanan untuk melarikan diri. Dionz mendekati isterinya tanpa sempat dia larikan diri.

"A..abang nak buat apa? Nak pukul Rene ke?" Dionz mengusap pipi tu perlahan.

"No, abang tak pukul sayang cuma abang rindu nak tatap muka isteri abang ni."Senyuman manisnya terukir di bibir.

Tangan kananya jatuh ke pinggang isterinya dan ditarik rapat.

"Abang minta maaf sangat sangat apa yang dah jadi. Abang khilaf sebab pukul sayang sedangkan masa file abang hilang bukan salah sayang tapi sebab kecuaian abang sendiri." Dipeluk tubuh tu erat.

"Rene tak tahu nak percaya atau tak dengan kata maaf dari abang. Rene takut abang masih tak berubah." Katanya. Dia selesa bila Dionz memeluknya seakan terasa selamat.

"Tak apa kalau sayang tak boleh nak maafkan abang tapi abang mohon dengan sayang jangan tinggalkan abang lagi. Abang rindu." Dicium seluruh wajah isterinya dan didakap kemas.

DIA SUAMI PSYCHO [C]Where stories live. Discover now