BAB 19

12.9K 571 10
                                    

Dionz mendodoi isterinya yang tidur nyenyak. Kekadang wajah tu diusap olehnya dan pipi kanan Irene selalu menjadi mangsa nya untuk mencubit.

Tok..tok..

"Irene tidur ke Dionz?" Jejaka tu menganguk kepalanya tatkala abah membuka pintu.

"Kenapa abah?" Soal Dionz.

"Tu kawan lama Irene datang nak bagi apa entah." Dionz bingkas bangun dari baringannya dan melangkah keluar dari bilik tersebut.

Terkejut Isya bila seorang jejaka tampan keluar dari rumah tersebut. Senyuman manis dihadiahkan.

"Ada apa?" Soal Dionz ke arah nya.

"Oh ni saya nak bagi barang dekat Irene." Dionz menyambut huluran plastik bag tu.

"By the way saya tak pernah pun nampak awak dekat sini. Anak sulung pakcik Nizam ke?" Tanya Isya. Mana lah tahu boleh dijadikan calon suami. Tapi setahu dia Irene anak tunggal.

"Aku suami Irene." Punah harapan Isya mahu bersuamikan lelaki sekacak ni.

"Oh tak apa lah nanti bagi dekat dia ya. Saya balik dulu." Dionz mengangguk saja dan diatur langkah masuk ke dalam semula.

Tersentak Irene yang sedang tidur bila pintu bilik dibuka. Dilihat Dionz melangkah masuk.

"Ni kawan sayang ada bagi apa entah." Irene mengeliat kecil. Terasa masih mengantuk.

"Cuba buka." Dionz mengeluarkan satu kotak dalam plastik bag tu. Berkerut dahi nya.

"Coklat?" Bersinar terus mata gadis tu. Dia bangun dari baringannya.

"Nak!" Dionz menarik coklat tu.

"No. Siapa nak bagi dekat sayang. Abang ambil abang punya." Memuncung bibir Irene.

"Tapi Irene yang bayar. Bagilah abang" dia mahu mengambil tapi Dionz angkat tinggi. Dicium pipi suaminya.

"Nah" tersengih Irene bila Dionz memberi coklat tu.

"Lama tak makan." Bersinar mata nya melihat coklat tu. Dionz duduk disebelah Irene.

"Abang nak?" Diusap ke arah mulut suaminya dan jejaka tu menerima sahaja.

"Tadi bukan kata mengantuk ke sayang? Tengok coklat terus segar eh." Gadis tu tersengih.

"Abang tak kerja ke?" Dionz mengeleng kepalanya tanda tidak.

"Nak teman isteri abang ni dekat sini."Balasnya dan Irene menganguk faham sebelum mengecilkan mata nya.

"Mesti takut Rene cari lain kan." Dionz angkat bahu.

"Berani nak cari lain?" Irene mengeleng kepalanya pantas.

"Taknak." Dia menunduk kepalanya. Dionz tersenyum kecil. Dikucup sekilas pipi tu.

"Kenapa takut ni? Abang tak buat dah. Sini duduk atas peha abang." Dianggkat tubuh kecil tu ke atas peha.

"Rene suka abang peluk rene." Dionz mengemaskan lagi pelukakan nya. Dagu dilabuhkan di bahu tu.

"Abang pun suka peluk sayang."Dia tersenyum melihat pipi gebu tu mula merah.

"Blushing hm sayang?" Dicium lama pipi Irene kerana geram.

"Mana ada." Nafi nya namun Dionz tergelak kecil. Irene menyandarkan badan di dada tegap Dionz sambil makan coklat.

DIA SUAMI PSYCHO [C]Where stories live. Discover now