MYTH 21

126 24 4
                                    

Untuk awak-awak yang sanggup menunggu, million thanks. Tbh, saya terharu ada yang tunggu walaupun saya punya harapan untuk LYKM ni susut teruk. Terima kasih sekali lagi. Harap bab ini dapat melepaskan rindu kalian buat dua ketul ini.

.

.

.

KEPALA aku tersembul keluar dari pintu bilik aku. Tujuanku hanya ingin mencari kelibat Luna. Jam sudah menginjak 8, Icarus akan tiba sebentar lagi. Aku hanya mengharapkan Luna tidak menghancurkan janjinya bersama Icarus. 

Jacket hoodie bewarna maroon yang tersarung pada tubuh aku tarik, menutup bahagian dada. Gaun yang Icarus beri sudah aku pakai. Sengaja aku tutup dengan jaket supaya dapat mengekalkan kehangatan tubuhku.

Seketika kemudian, aku ternampak satu susuk menuruni tangga. Laju aku merapatkan pintu supaya Luna tidak perasan aku sedang mengintainya. Melihat gaun pada tubuh Luna, aku jadi tertanya-tanya.

Dia hendak keluar? Tapi ke mana? Temu janji? Atau... Dia juga akan berada dalam majlis King Daedalus?

Wajah aku memucat. Kalau dia ada di majlis itu, pasti dia perasan aku. Matilah aku kalau dia mengamuk dalam majlis. Sudahlah Icarus menjadi patner malam hari ini, memang menambah minyak pada api! Aduh! Bagaimana ni?

Lamunanku mati bilamana bunyi selak dibuka. Mataku mencari kelibat Luna. Sah dia nak keluar! Sebaik dia menutup pintu, aku segera keluar dan menghampiri tingkap ruang tamu. Hatiku mahu tahu dengan siapa dia keluar.

Kelihatan Luna melihat langit malam seketika sebelum memakan kasut cantik. Aku tak pernah nampak kasut itu selama aku tinggal di sini. Dia beli atau diberi? Pemakaian Luna hari ini benar-benar buat aku terbakar dengan banyak persoalan.

Luna melangkah ke bangku hadapan umah. Dia labuhkan duduk di situ. Matanha tergerak mencari jan tangan sebelum memandang semula langit.

Hesy! Dia keluar untuk temu janji ke? Dia tunggu buah hati datang jemput dia ke? Tak pernah-pernah aku lihat Luna seperti ini. Pertama kali dalam sejarah! Boleh panas punggung aku nak tahu gerangan istimewa di hati Luna. Walaupun hubungan kami tegang, percayalah kami memang suka sibuk tepi kain orang.

Kalau Luna bising melihat hubungan aku dengan Icarus, aku pula ingin tahu buah hati Luna. Nampak? Lihat aku dengan dia macam bermusuhan tapi kalau diteliti, kami ada hati dalam taman. Maksud aku, suka ambik tahu hal masing-masing tapi tak keterlaluan. Aku tak kisah siapa yang hadir dalam hidup Luna asalkan dia tak ganggu aku.

Seminit dua aku memerhati Luna namun bayang seseorang tidak kelihatan. Tiada yang masuk ke perkarangan rumah mereka. Luna juga kelihatan acap kali melihat jam di tangan. Pipi kanan aku garu perlahan-lahan. Teruknya buah hati Luna, lambat! Langsung tak tepati masa! Hmm...

"Beauty?"

Telingaku terasa gatal. Digaru perlahan telinga. Macam aku dengar suara Icarus tapi bila dilihat dekat luar tak ada pula. Mustahillah Luna tunggu Icarus? Ommo! Mereka berdua berkawan juga ke? Atau... Atau Icarus tu buah hati Luna? Biar betul?

Hatiku tiba-tiba dipagut cemburu. Bibirnya jatuh melekung ke bawah. Andai benarlah telahannya bermakna Icarus hanya menganggap dia kawan sahaja bukan lebih. Oh, jadi aku sajalah yang perasan?

Bibir bawah aku gigit. Kenapa aku nak rasa cemburu pula? Kenapa aku panas hati kalau anak raja itu sudah ada insan istimewa dalam hatinya? Aku suka dia ke? Aku ada hati pada Icarus? Mustahillah! Aku banyak kali ingat bahawa kami tidak setaraf. Tapi... Kalau hati dah tunduk, mustahil aku boleh berdalih. Hmm... Rumitnya!

"Beautiful!"

Bahuku terasa dicuit. Segera aku tepis sebelum sedar ada beban di bahu kanan. Dada mula berombak. Wajahku pucat. Pencuri ke? Tiada orang lain yang ada kunci selain aku dan Luna? Oh tidak...

Love You Kill Me | TERBITWhere stories live. Discover now