MYTH 22

192 15 3
                                    

"ATTENTION audiences! Please take your seat." Arahan ringkas dari ketua majlis, Lupin disenangi semua tetamu undangan. Yang berbual kini menyepikan diri. Mereka yang berdiri di sekitar dewan mendapatkan tempat di meja yang dikhaskan. Pelayan yang berjalan dengan dulang di tangan kembali ke ruang belakang. Diletakkan dulang sebelum berbaris dengan barisan cef istana dan para dayang.

Dewan mula sepi. Mereka maklum akan tiba masanya raja dan anak turun mencemar duli ke dalam majlis. Sebagai tanda hormat, mereka harus akur dengan arahan Lupin tanpa banyak bicara.

"Sejuknya tangan kau, Beauty." Suara bisikan di telinga aku memeranjatkan aku dari mengelamun. Bahu terasa terhinjut. Pantas kepala menoleh ke arah Icarus dengan senyuman hambar. Telapak tangan aku beku menanti masa. Deruan nafas aku juga tidak seiring, sekejap pantas sekejap normal. Hati tak berhenti-henti melonjak tanda gemuruh. Organ jantung aku bagaikan meragam mahu keluar dari tubuh.

"Jangan takut. Aku ada dengan kau."

"Apa jadi kalau... Mereka tak suka saya?" soalku cemas namun perlahan. Tak mahu pengiring di kiri dan kanan kami mendengar butir bicara.

"Mereka suka atau tidak, itu hak aku untuk bawa kau ke sini. Keputusan aku untuk jadikan kau pasangan aku malam ni. Kalau mereka tak suka kau bermakna mereka tak suka pilihan aku. Bermaksud mereka ingkar dengan pilihan aku. Kau pasti lebih arif tentang hukuman mereka yang ingkar keputusan diraja, kan?"

Aku telan liur. Aku tahu hukumannya. Pelaku yang disabitkan akan ditahan di penjara bawah tanah untuk masa dua minggu. Andai mereka masih belum insaf, tempoh hukuman diteruskan lagi sehingga mereka berjanji tidak ingkar. Itulah hukumannya, hukuman yang berpihak kepada kerajaan.

"Jadi, kau tak perlu risau. Relax and enjoy the ball. You bring your potion, right?"

"Ada." Aku keluarkan rantai dari dalam gaun. Botol kecil tergantung pada hujung rantai. Potion untuk diletakkan dalam air supaya warna badan aku tidak pudar. Aku bawa selepas diingatkan beberapa kali oleh Icarus.

"Good. Jangan lupa titiskan dalam air kau. Aku nak kau menyerlah malam ni. You and your colour. Okey?" Pipiku dia usap bersama senyuman. Pandangan matanya yang membundar memberi klu kepada aku supaya mempercayai dia. Beberapa ketika, senyumannya aku balas.

"We present to you, hereby, the son of King Daedalus and the only heir of the Crete... Prince Icarus with his patner tonight! Please welcome!" Suara Lupin bergema lagi.

"And... he did again. Aku dah pesan banyak kali supaya gugurkan perkataan Putera tu. Lupin, Lupin..." Aku tersengih mendengarnya omelan Icarus.

Tirai di hadapan kami serta-merta ditarik oleh para pengiring. Spontan, tubuhku mengeras. Keadaan yang gelap di balik tabir mula terang. Beberapa kali mata aku berkelip, cuba menyesuaikan dengan pencahayaan dewan majlis. Tanpa aku sedari, banyak mata tertumpu pada aku selaku pendamping Icarus malam ini.

Pegangan pada lengan Icarus aku eratkan. Peluh di tangan pun mula hadirkan diri. Senyuman membeku di bibir, tidak tahu memberi reaksi. Berkali-kali liur ditelan. Rasa gemuruh tidak pernah gagal untuk menakutkan aku. Dari keadaan dewan yang terang, kini dimalapkan. Cahaya difokuskan kepada aku dan Icarus. Meskipun begitu, aku masih dapat lihat mereka yang mula berbisik-bisik. Pasti berborak hal aku.

Tubuh terasa tegang dengan suasana yang tertumpu pada kami berdua.

"Jangan kaku sangat, Beauty. Jangan kisahkan pandangan orang. Aku dah cakap, kau sangat menawan. Mereka juga terpegun dengan penampilan kau. Mari, kita akan buang masa kalau terus di sini," bisik Icarus pada telinga aku, menyedarkan aku dari andaian buruk tentang tetamu.

Love You Kill Me | TERBITWhere stories live. Discover now