MYTH THIRTEEN

822 100 118
                                    

Hai, saya publish balik part ni. Enjoy! ❤

***


"NAH." Icarus hulur aku sesuatu. Aku yang berpaling darinya kembali memandangnya. Berkerut dahiku melihat gaun bewarna emas yang dihulur padaku.

"Kenapa bagi saya? Simpanlah."

Bukan aku tak tahu, baju tu baju jahitan ibu kepada Icarus. Pipi aku dah kebas kena usik dengan dia. Masa kecik tertelan lori gula ke apa sampai bergula aje ayat dia. Kering gusi aku!

"Tak nak. Aku nak kau pakai."

"Saya?" Aku pandang semula gaun itu. Cantik jahitannya, setaraf gaun di raja.

"Tak mahulah. Nanti orang lain fikir apa pula."

"Hesy! Aku suruh kau pakai, tak suruh kau fikir orang lain nak kata apa. Nah, pakai." Dia tarik tangan aku dan gaun itu bertukar tangan. Senyumanku kelat.

Gaun itu aku bawa ke dada. Lama aku merenungnya. Nak pakai atau tak? Tak rasa melebih ke aku ni? Sudahlah kawan dengan anak raja, dibawa ke istana dan sekarang nak pakai pakaian diraja? Gila!

"Putera..."

"Aku tak terima jawapan tidak. Kau pakai sekarang."

Aku mengeluh. Kepala digaru seketika. Kalau dijual gaun ni, mahu ribu raban euro aku dapat. Lebih baik aku jual dari pakai. Betul tak? Bolehlah aku beli rumah lagi besar, huh!

"Degilnya kau ni, beauty. Sekarang kau pilih, kau pakai ke..."

Lamunanku mati. Aku setia menanti sambungan. Tawaran apa yang bakal dia beri?

Icarus mengambil langkah mendekati aku. Spontan, aku mengorak langkah ke belakang. Renungannya, lain macam!

Tersedar belakangku sudah bergesel dengan dinding, aku jadi kecut perut. Dengan renungan mata Icarus yang ibarat menembusi kepalanya, dia jadi gerun.

Hujung ibu jari kakinya bertemu ruasku. Terus aku teguk liur melihat betapa rapatnya kedudukan kami. Dia sengih sinis melihat aku seperti cacing kepanasan. Wajah dia dekatkan, betul-betul hadapanku sehingga hidungku dan dia bersentuh. Nafasnya dapat aku rasa kehangatannya.

"Atau..." Sengaja dia meleretkan suara. Serentak itu, dia mengiringkan kepala, membenam kulit hidungnya pada pipi kananku.

"Aku pakaikan."

Zap! Bulu romaku meremang. Biar betul Icarus ni?

"Aku tak jamin kalau aku pakaikan, kau akan selamat. Takut kita berdua tak pakai baju kesudahnya."

Tegak terus tubuhku. Luruh jantung aku mendengarnya. Liur aku teguk berkali-kali. Bukan aku tak tahu maksudnya. Aku faham sangat!

"Kau pilih, beauty."

Seketika, tawanya meletus. Dipetik jarinya di hadapanku sehingga aku terkebil-kebil.

"Kau berangan sampai mana?" Usiknya. Aku gigit bibir. Sah! Dia nak kenakan aku saja!

"Aku bergurau ajelah. Gila aku nak sentuh kau. Mati kena cincang dengan papa aku. Pergilah masuk bilik sana, aku nak tengok baju tu pada tubuh kau." Bibir dia juih ke arah kanan. Satu pintu yang tertutup merujuk sebagai tempat untuk aku salin baju.

Aku masih lagi pegun memandangnya malah, perasaan gemuruhku juga belum beransur pergi. Ah! Aku boleh gila!

"Hei, kau fikir apa lagi?" Rambutku dia kusutkan kasar. Aku tersedar lantas mengangguk kejap.

Kakiku mengorak langkah masuk ke sudut yang dia tunjuk. Pintu aku pastikan berkunci sebelum meletakkan gaun tadi ke atas meja yang ada.

Tangan aku kepal menjadi buku lima dan diletakkan ke dada belah kiri, terletaknya jantung aku.

Love You Kill Me | TERBITWhere stories live. Discover now