MYTH TWELVE

1.2K 115 177
                                    

"JANGANLAH tenung lama sangat, beauty. Tak lari mana benda ni." Dia lepaskan tawa kecil. Aku tak pasti mana kelakarnya tapi dia boleh tergelak.

"Cantiknya..." gumamku. Aku terpesona. Kaki mengorak langkah menghampiri. Spontan, tangan aku naik membelai kain lembut itu.

"Mana awak dapat baju-baju cantik ni?"

"Dapat? Negara manalah yang bengong nak bagi dress dengan blouse perempuan pada raja? Bukannya raja ada bini ataupun anak perempuan."

Aku diam. Mata masih galak memerhati helaian dress labuh yang ada. Walaupun bilik ini tidak dijejaki orang lain, baju-bajunya nampak kemas. Seperti baru.

"Jadi, siapa punya pakaian ni?"

Dia garis senyuman manis. "Kau nak tahu?"

Nadanya bertukar ceria. Mata bersinar. Aku laju anggukkan kepala, mahu tahu asbab dia tersenyum lebar.

"Ni semua... Baju mama aku."

Tanganku terhenti pergerakan. Berderau darahku mendengar dia memanggil ibunya. Aku berpaling menghadapnya.

"Sorry..."

"Hesy, apa kau ni beauty? Dari tadi minta maaf. Kau tak ada salahlah." Dia tarik muncung. Kaki dia gerak menghampiri aku. Berdiri di sisi aku. Tangannya menarik satu dress yang tergantung.

"Kau tahu... Semua ni... Mama yang jahit." Suaranya bertukar nada. Kali ini lebih lirih. Ekor mataku melihat jemarinya yang naik bermain labuci pada dress labuh itu.

Persoalannya, mengapa dia ceritakan semua ini pada aku?

"Mama suka sangat jahit baju."

Icarus angkat wajah. Aku terkedu melihat matanya yang berkaca-kaca.

Aku tahu... Icarus rindukan ibunya. Aku juga pernah alami perpisahan yang sama. Pemergian yang tak mungkin kembali. Aku faham perasaan anak raja itu. Terlalu faham.

"Kau tengok ni." Dia tarik satu baju.

"Ni baju yang mama jahit untuk aku waktu aku empat tahun." Dia corak senyuman kecil.

Melihat baju kecil itu, dia teringat zaman kecilnya dulu. Hidup mereka indah, tidak perlu sesakkan kepala dengan masalah dunia. Hanya ada mereka sahaja. Ayahnya juga tidak akan sibuk ke sana dan ke sini.

"Baju ni paling aku sayang. Kau nak tahu sebab apa?"

Aku tidak menjawab sebaliknya hanya merenung wajah pucatnya. Saat ini, aku hanya menjadi sepasang telinga untuk dia.

"Ini... Baju terakhir mama aku buat sebelum..." Halkumnya bergerak naik turun. Mataku nakal hendak memerhati sebelum naik ke matanya.

"Sebelum..." Dia kemam bibir. Matanya yang berkaca-kaca mula pecah. Setitis mula tumpah.

Spontan, aku dakap tubuhnya. Erat.

Aku faham perasaannya. Perasaan kehilangan. Perasaan rindu yang bertanggung. Rasa yang tak mungkin mampu diluahkan pada insan itu lagi.

"Dia kena bunuh..." Lemah dia tuturkan kata. Pelukan aku dia balas erat. Dihambur tangisan yang dia tahan.

Pertama kali aku melihat dia menangis. Aku sangka dia kuat tapi aku silap. Dia juga ada perasaan. Tak bermaksud lelaki, dia akan kental sepanjang hidup. Pasti ada waktu dia jatuh dan salah satu harinya adalah hari ini.

Sebabnya adalah kerana seorang permata hidup. Insan yang melahirkan. Sebut nama ibu, bergegar saraf hati. Terlalu kasih dan sayang terhadap mereka.

Love You Kill Me | TERBITWhere stories live. Discover now