MYTH TWO

1.2K 178 94
                                    

Aku ketap bibir rapat. Aku cuma tenangkan diri namun tak mampu. Si dia di sebelah langsung tidak memandang hadapan, sebaliknya ke arahku. Ada apa pada wajahku? Sudahlah aku ni tak nampak, pudar pula tu.

"Hari ini kita akan belajar buat Babbling Beverage. Saya sudah sediakan sample. Jadi, ada sesiapa sudi nak jadi tikus makmal saya?"

Walaupun aku tak nampak, tapi jelas di telinga aku mendengar suara Madam Qarina yang sememangnya kuat dan lantang.

Babbling Beverage.

Babbling, atau bahasa melayunya---

"Ah, what an honour. Our prince wants to try our potion. With pleasure, Arus."

Aku tercengang lalu menoleh ke arahnya. Dia sudah pun berdiri dan bergerak ke hadapan. Susuk belakangnya dapat aku pandang jelas.

Sayapnya terlipat, mungkin kerana dia tidak menggunakan. Namun, sayap itu terlalu bersih. Tidak pula aku nampak sebarang kekotoran.

Dia berhenti. Mata aku naik ke wajahnya sebelum dia berpaling menghadap seisi kelas.

Sengihan di bibirnya tidak lekang. Suara-suara gadis di meja sebelah tidak kurang bisingnya. Aku pula yang naik rimas. Diam-diam sudahlah.

"Are you sure you want to try, Arus? I bet you won't stay last."

"Try me."

Huh. Yakinnya wajah dia.

Cecair oren dari tabung uji diteguk dia pantas.

"You drink all?"

"Why not?"

Aku jadi gamam. Dia minum semua? Tidakkah dia tahu potion itu untuk----

"Some days I'm broke, some days I'm rich. Some days I'm nice, some days I can be a bitch. Some days I'm strong, some days I quit. I don't let it show, but I've been through some shit."

Seisi kelas terkedu. Aku tekup mulut.

Satu, dua, ti---

Berderai tawa seisi kelas. Tidak terlepas juga aku. Wajah memerah Icarus menambah lagi kelucuan dalam hati aku.

Sempat lagi dia bernyanyi dengan wajah kelakarnya itu. Babbling Beverage seiras seperti arak. Dia tidak memabukkan tetapi akan menyebabkan mangsa bercakap tak tentu arah. Dia hanya berkata semahunya.

"I love you. You're my sunshine!" Aku tutup telinga apabila si dia mula menjerit.

Hati aku masih rasa digeletek. Hilang machonya sebagai putera raja. Wajahnya juga tidak ubah seperti orang mabuk.

"Told you so. Don't drink too much. Tergio!"

Madam Qarina menepuk dahi Icarus dan dia nampak terpinga-pinga. Sekali lagi, kelas terhibur dengan Icarus. Nasiblah aku mampu nampak wajah Icarus, kalau tidak terlepas aku menyaksikan Madam Qarina menepuk dahi licin dia.

Tergio. Salah satu kuasa magis untuk menyedarkan mangsa. Nasib Madam Qarina pandai mematikan potion. Andai tidak, melalutlah seorang Icarus seharian.

"You mess your first day, I guess." Komen Madam Qarina.

Aku sembunyi senyum. Bila dia sudah sedar, mulutku langsung tertutup.

"Apa yang saya tertinggal?"

"Nothing, prince."

Wajah Icarus tidak puas hati. Mendengar kelas ketawa, lagilah dia bertambah bingung.

Love You Kill Me | TERBITWhere stories live. Discover now