MYTH TEN

943 127 44
                                    

Sorry for late update!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sorry for late update!

✨✨✨

MASUK hari ini, sudah lengkap tujuh hari aku luangkan masa bersama Icarus. Lima hari waktu persekolahan terbazir begitu sahaja. Faham-faham sajalah anak raja itu, ibarat tiket emas untuk keluar sesuka hati. Dengan sikap berani mati dia, terus diangkut aku bersama. Melepas aku nak belajar Sejarah. Seni pun sama juga. Ini semua salah Icarus!

Hari ini hari terakhir kalau diikutkan tempoh yang diberi nenda. Meniti hari-hari terakhir ini, aku selalu tertanya-tanya... Apa makna nenda sebenarnya?

Kenapa tempohnya tujuh? Tak ada nombor lain ke? Kenapa tidak tiga atau lima?

Kejap... Terlampau sedikit sangat! Cukup baiklah nenda bagi aku tujuh hari. Tapi...

Haish... Aku jadi was-was pula. Kenapa tak lima puluh hari? Tak pun, macam satu novel yang aku baca tu? 100 hari bersama crushku. Ahaks! Gatalnya aku!

Pipi aku tepuk dua kali! Berangan lebihlah aku ni! Patutnya hari-hari terakhir aku tenung muka Icarus sampai nak tembus. Biar tembus masuk hati dia. Hihi!

"Woi, berangan apa tu?!"

Pap!

"Aduh!" Dahi aku gosok perlahan. Icarus di sisi aku jeling tajam. Tak habis-habis tepuk dahi aku. Tahulah jendul! Mentang-mentanglah dahi dia bentuk M, habis aku yang jadi mangsa. Dasar dahi McDonald!

"Mengutuk aku lagilah tu!"

"Dah awak kacau saya!"

"Kau ni kuat beranganlah. Baik aku jalan-jalan dengan batu, tak ubah macam kau. Cuma kena pakaikan dia rambut palsu dengan skirt. Seksi sikit!"

Aku julingkan mata ke atas. Tak pernah nak mengalah Icarus ni. Memang anak manja sungguh!

"Penatlah jalan dekat sini," rungutnya tiba-tiba.

Aku hentikan langkah. Seraut wajahnya aku pandang dengan kerutan.

"Bukan awak ke yang bawa saya ke sini? Bosan pula?"

"Isy, benda tak seronok. Ajak kau pun macam ajak pokok."

"Eee, memang padanlah. Awak ni... Suka ejek saya!"

Aku peluk tubuh rapat. Cuaca yang panas langsung tak membahangkan aku. Ia ibarat angin nyaman. Aku suka lihat matahari menyinar. Nampak cantik!

Love You Kill Me | TERBITWhere stories live. Discover now