MYTH SEVEN

948 140 160
                                    

Baru empat hari Icarus di sekolah barunya, aku tak nafikan dia seorang yang nakal. Sangat nakal. Ada aje ideanya untuk mengusikku.

Hari-hariku yang suram kini diceriakan olehnya. Daripada senyumku segaris, kini hujung bibirku hampir ke telinga. Dia bijak mengambil hati aku walaupun kadang-kadang usikan nakalnya tidak pernah hilang.

"Sekarang, kelas magiskan?" Aku mengangguk sebagai jawapan kepada Icarus.

Kami melangkah ke makmal khas kelas magis. Aku buka pintu tanpa mengesyaki apa-apa yang mungkin berlaku.

Splash!

Senyumanku mati. Wajah Tora, Rixi dan Marin di hadapan kelas yang tersenyum lantas kejung. Kulit mereka mula memucat.

Aku turut serta mati kata. Mataku kerlipkan berkali-kali.

"Putera..."

Air putih menyimbah dirinya. Tadi aku ditolak ke belakang sebelum pintu makmal itu terbuka. Icarus menghalang aku dari mengenai air tersebut. Aku terkedu dengan tindakannya.

"A... Arus..." Wajah tiga gadis itu pucat. Mereka mula tergagap-gagap melihat Icarus memandang mereka tajam.

Tubuhnya yang basah langsung tidak dikisahkan. Anak matanya galak melihat satu per satu wajah gadis yang cuba mengenakanku.

Anak mataku meliar mencari Luna di dalam kelas. Matanya membulat melihat kejadian yang berlaku. Matanya terpaku pada Icarus. Anak mata birunya membesar sama.

"Arus ta... tak a... apa-apa ke?" Rixi mula bersuara. Takut-takut dia hendak mendekati Icarus.

Icarus masih diam, hanya matanya yang berbicara.

"Saya... b... boleh tarik balik air tu, k... kalau Arus nak..." Marin pula bersuara. Kelebihan telapak tangannya yang berteraskan tapak sulaiman itu membenarkan dirinya menyerap atau menyembur air sesuka hatinya.

"Tak perlu."

Dingin.

Suara Icarus mematikan langkah Rixi dan Marin. Malah, mematikan suasana bising seisi kelas.

Aku juga tidak terlepas menelan liur. Putera raja sudah basah satu badan angkara prank yang mereka cuba kenakan ke atasku, siapa tidak gerun? Hanya kerana tidak mahu alam ini terlalu panas, mereka sanggup mandikan aku supaya awan akan menghalang cahaya matahari dari memancar.

"Kau cari fasal lagi dengan beauty aku, aku akan pastikan kau bertiga dibuang sekolah serta-merta dan takkan dapat apa-apa pekerjaan."

Ugutan Icarus kedengaran beku. Mata helangnya menekur tiga wajah.

"Ka... kami minta m... maaf."

"Aku tak perlu maaf kau." Icarus memintas laju.

Tanganku terasa ditarik. Icarus menarikku masuk sehingga ke belakang kelas. Susuk tubuhnya kupandang tanpa kelip. Sayapnya nampak lebih putih apabila disimbahi air.

"Kau okey?"

Aku tidak menjawab. Bukan sepatutnya aku yang bertanya soalan itu kepadanya?

"Budak-budak tu memang nak kena."

Icarus lepaskan rengusan kasar. Matanya menjeling ke arah tiga-tiga gadis tadi. Tangannya cuba mengelap tubuh. Bajunya ditarik sedikit supaya tidak melekap pada tubuh tapi sayangkan baju miliknya degil.

"Bencinya aku dengan baju ni!" Icarus berdengus. Dia langsung duduk. Lantaklah apa jadi dengan baju miliknya.

"Nah." Aku capai tuala dari beg kecilku. Memang sudah kebiasaanku membawa tuala, supaya aku cepat kering. Kalau aku yang kena simbahan air tadi, memang aku akan bersihkan diri dengan tuala.

Love You Kill Me | TERBITWhere stories live. Discover now