MYTH FIFTHTEEN

853 114 93
                                    

Another day of another update. okey, sampai sini saja mampu update buat sementara waktu 😢

***


LANGKAH aku buka setelah Icarus menurunkan aku di hadapan rumah nenda. Aku langsung tidak mengucapkan terima kasih atas bantuannya. Yang ada dalam fikiran aku hanyalah nenda. Ayat Luna tadi berulang-ulang dalam kepala aku.

"Nenda nazak dekat rumah."

Nenda nazak? Kenapa secara tiba-tiba? 

Oh, aku lupa. Tujuh hari yang lepas aku hanya mengisi masa dengan Icarus sahaja. Pagi Icarus, petang Icarus, malam juga Icarus. Nasib dia memahami aku yang anti dengan waktu malam. Lepas jam 12, dia hantar aku pulang untuk reharkan diri. Yang tak boleh blah, buka saja mata dia dah bersidai dekat tingkap bilik aku. Kebiasaannya aku bangun jam 5.30 dan aku pernah terdetik, jam berapa dia di situ. Kata dia, dari jam 4 pagi dia tunggu aku. Gila!

Kata dia lagi, dia tak boleh tidur sebab tu dia datang ke rumah aku. Bermakna, satu jam setengah dia merenung muka aku. Terus bahang muka aku bila membayangkan dia duduk di birai tingkap dan memandang aku. Psiko ke anak raja ni?

Ah, tak penting semua tu. Sekarang ni aku hanya mahukan nenda. Aku terlalu leka dengan Icarus sampai aku abaikan nenda. Entah sihat entah tidak dia ketika aku habiskan masa tujuh hari bersama Icarus. Kenapalah aku boleh lupa terus fasal nenda? bodohnya aku!

Kunci rumah aku keluarkan dari poket hoodie. terkocoh-kocoh aku masukkan kunci ke mangga dan pulas. Kasut di kaki aku cabut. Memang itu kebiasaannya walaupun tidak ada undang-undang mengenai isu tersebut. Nenda yang ajar semuanya. Kata dia, takut ada bakteria tidak baik melekat pada kasut dan terbawa masuk hingga ke rumah. Nenda juga ajar supaya basuh kaki sebelum melangkah masuk tetapi kali ini aku nak cepat. 

Aku mahukan nenda! Jantung aku macam nak pecah tatkala ini!

"Sorry, Arus. Kau tak boleh masuk."

"What? Aku nak teman beauty!"

"Take it or leave it, Arus. Kalau kau masuk, aku tak jamin kau akan jumpa dengan Heliena lagi."

Hanya itu butiran yang aku dengar dari dua susuk di belakang aku. Tak kisahlah mereka berdua nak bergaduh sekalipun asalkan tak halang aku jumpa nenda. Aku rasa serba-salah. Sangat-sangat. Tujuh hari aku bangun dan terus tinggalkan rumah. Rutin harian aku terus lesap dalam fikiran. Waktu malam aku balik dan terus terlelap.

Nenda...

Bilik nenda di bawah aku tuju. Rumah yang gelap langsung tidak menghalang aku berjalan. Sejak lahir aku tinggal di sini, aku tahu selok-belok.

"Nenda!" Tombol pintu bilik nenda aku pulas. Telinga aku mendengar suaranya batuk. Laju aku mendapatkan dia.

"Nenda!" Susuk tua yang terbaring di katilnya aku dakap penuh erat. Serentak itu, air mataku jatuh. Mengingatkan dosa aku melupakan dia untuk tujuh hari, perasaan bersalah semakin berhurung di hati ini.

Kepalaku terasa diusap perlahan. Bilik ini sunyi tanpa suara, hanya esakanku yang berlagu.

"Nenda..." Aku panggung kepala.

Dia memandang aku dengan senyuman lembutnya. Tangan kanannya aku genggam dan bawa ke pipi. Sesekali aku kucup tangan itu.

"Kenapa nenda tak cakap nenda sakit?"

"Happy birthday, Heliena..."

Lemah dia bersuara. Aku ketap bibir. Walaupun sakit, wanita itu masih tersenyum. Aku tahan esakan dari pecah lagi. Aku hanya nak bercakap dengan nenda buat masa sekarang.

Love You Kill Me | TERBITWhere stories live. Discover now