Kaizo x Reader [Part 1]

137 11 0
                                    


A/n: One-shot ini ada crossover dgn satu anime ini. So, happy reading ^-^

Boboiboy bersama kawan-kawan dia baru habis dengan misi mereka di planet lain. Fang bawa mereka semua untuk pulang ke bumi. Apabila mereka sampai di bumi, Boboiboy lari ke Tok Aba dan memeluknya kerana rindu. Atok dia pun balas pelukan cucunya. Sebelum yang lain boleh pulang ke rumah mereka, mereka terdengar bunyi enjin motor. Semua toleh ke arah di mana bunyi itu datang.

Mata Boboiboy menjadi besar. Dia berlari ke arahnya dan menjerit dengan gembira,"Akak!" Kakak Boboiboy mula angkat tangannya tinggi. Itu membuat Boboiboy angkat tangannya juga dan high-five dengannya. Lepas itu, dia mengusap kepala adik lelakinya dengan kasar. Topinya hampir jatuh. Boboiboy betulkan topinya dan mengheret kakak dia ke kawan-kawan dia.

Boboiboy mula memperkenalkan diri kakaknya ke mereka. "Ini kakak aku, (n/a)." Kata Boboiboy. "Kakak kau? Kenapa kau tak pernah bagitahu kami tentang dia dari dulu?" Soal Gopal. "Yalor, ingatkan kau seorang saja cucu Tok Aba." Kata Ying. "Tok Aba pun tak pernah bagitahu kita juga yang dia ada satu lagi cucu." Kata Yaya. "Erm.. Sebenarnya, kak (n/a) sibuk masa aku kecil lagi. Dia bekerja di jepun." Boboiboy menjelaskan. "Ha'ah. Sudah lama dia tak pulang tapi, hari ini juga dia pulang." Kata Tok Aba. "Eh, bila balik?" Soal Boboiboy ke kakaknya. "Sejak pagi tadi." (n/a) membalas. "Tapi, kakak dengar Boboiboy sedang buat misi. Jadi, kakak berehat di rumah." Dia menambah. Yaya sedar matahari akan terbenam. Katanya, dia perlu pulang ke rumahnya. Ying dan Gopal pun kata yang sama. Jadi, mereka bertiga pulang ke rumah mereka masing-masing.

Tok Aba toleh ke Fang. "Fang pula? Duduk di bumi ke hari ini?" Soalnya. "Erm.. Ha'ah. Lagipun, esok Kokoci akan datang." Fang membalas. "Kalau macam gitu, tidur di rumah aku. Kau tak akan rasa sunyi." Boboiboy mencadang. Fang menggeleng kepalanya dan berkata dia lebih baik tidur di kapal angkasanya. "Baiklah. Jaga diri dengan baik." Kata Boboiboy dan mula bergerak untuk pulang ke rumah bersama Tok Aba dan (n/a).

Keesokan harinya, Boboiboy keluar dari rumahnya untuk bertemu kawan-kawannya di Kokotiam Tok Aba. Semua sudah ada di situ, makan sarapan yang dibuat oleh (n/a). Apabila dia baru saja duduk di sebelah Gopal, (n/a) memberikan dia sarapan. "Wah! Terima kasih, kak (n/a)!" Kata Boboiboy dan mula makan. Sambil itu, kapal angkasa lain muncul.

"Selamat pagi, semua. Aku ada berita nak bagitahu." Kata Komander mereka apabila pintu itu buka. Di sebelah dia, terdapat abang Fang. Dia keluar dari kapal angkasa itu dan jumpa adiknya. Yang lain mula tertanya apa beritanya. "Kami ada misi baru yang perlu dilakukan di planet lain." Kata Kokoci. Mereka agak kecewa yang mereka perlu keluar untuk membuat misi dan tak dapat mendengar cerita (n/a). Gadis itu tahu muka ekspresi mereka dan berkata tak apa kalau mereka tak dapat dengar cerita dia. "Lagipun, menyelamatkan sesiapa di bumi dan luar sana lagi penting. Betul kan, Komander?" (n/a) toleh ke Kokoci. Kokoci hanya mengangguk kepalanya untuk membalas.

Semua angkat kening, bingung. Yaya bertanya kalau dia kenal Kokoci. "Mestilah kenal. Tak kan jeneral TAPOPS tak kenal komander lain di luar negara." (n/a) membalas. Ini membuat mereka terkejut. "Jeneral!?" Semua jerit. Boboiboy mula ingat tentang kerja kakak dia. "Eh, ha'ah. Kak (n/a) kerja di TAPOPS juga tapi, tentang kakak jadi jeneral, memang mengejutkan." Kata Boboiboy. Kawan-kawan dia melihat dia. "Haih.. Kalau kau tahu tentang kakak kau, kau bagitahu saja ke kami apa yang kau tahu nanti." Kata Ying. Yang lain pun setuju.

Mereka terpaksa membuat misi seterusnya dan masuk ke dalam kapal angkasa Kokoci. Sebelum Boboiboy masuk, dia bertanya kalau (n/a) akan ikut juga sejak dia pulang ke sini. (n/a) menggeleng kepalanya dan membalas,"Kakak pulang kerana rindu adik dan Tok Aba. Kakak juga perlu rehat lepas selesai banyak kerja." Ini membuatnya kecewa kerana dia ingin lihat kakaknya berlawan. (n/a) mengusap kepalanya dan berkata Boboiboy perlu fokus dengan misi. "Baiklah. Jaga Tok Aba tau." Kata Boboiboy. (n/a) mengangguk kepalanya.

Boboiboy terus masuk ke dalam kapal angkasa Kokoci. Pintu itu mula tutup. Mata Kokoci dan (n/a) bertemu. Gadis itu hanya memberi senyum kepadanya dan makhluk itu pula, hanya mengangguk kepalanya. Sebenarnya, (n/a) pulang bukan kerana nak rehat. Dia diberi misi rahsia. Tentang dia kata rindu Boboiboy dan Tok Aba, itu semua betul. Tok Aba pusing dan sedar Fang bersama abang dia masih ada di sini. "Eh, Fang dan abang kamu tak pergi ke?" Soal Tok Aba. "Sebenarnya, kita perlu duduk di bumi." Fang membalas. "Bagus kalau macam gitu. Boleh tolong kita di Kokotiam Tok Aba." Kata (n/a) sambil menunjuk di Kokotiam Atoknya. Terdapat ramai pelanggan duduk dan beratur pada masa itu.

Masa berlalu ke matahari terbenam. Fang duduk di salah satu kerusi, rasa letih sangat. Tok Aba dan (n/a) gelak kecil. "Fang, kamu dan Kaizo boleh ikut kita ke rumah kita. Makan malam sama-sama." Kata Tok Aba. Fang toleh ke Kaizo. "Hn.. Yelah, kita ikut." Kata Kaizo. Ini membuat Tok Aba senyum.

Di rumah Tok Aba, (n/a) menyediakan makan malam mereka di atas meja. Apabila semua sudah siap, dia duduk di sebelah Tok Aba. Mereka pun mula makan sama-sama. Apabila mereka makan setengah jalan, (n/a) melihat Fang. Dia terbayang lelaki itu sebagai Boboiboy. Tok Aba sedar dan bertanya kalau ada sesuatu ada di dalam fikirannya. "O-Oh, (n/a) cuma fikir tentang adik." (n/a) membalas. Dia bersambung makan.

Lepas mereka habis makan, Fang dan Kaizo pulang ke kapal angkasa mereka. Tok Aba berada di ruang tamu tonton berita. (n/a) juga tapi, dia tonton dari telefonnya. Dia perlu berada di dalam biliknya kerana dia perlu perhatikan sesuatu dari perantinya. Tiba-tiba, dia terdengar seperti orang mengetuk tingkap biliknya. Itu membuat (n/a) terkejut dan tutup skrin perantinya. Dia toleh ke arah tingkap dan nampak Fang berada di luar.

(n/a) buka tingkap biliknya dan bertanya apa dia buat di sini. "Erm.. Sejak kau adalah Jeneral TAPOPS, boleh kau lawan aku? Aku nak tahu macam mana kau lawan dan juga berapa kuat aku sekarang." Fang menjelas. "Oh, boleh saja. Tapi, aku perlu bagitahu Tok Aba yang aku akan keluar." Kata (n/a). Lepas itu, dia bertanya di mana mereka akan berlawan. Fang membalas,"Di kapal angkasa aku." Tanpa membuang masa, (n/a) turun ke ruang tamu dan memberitahu Tok Aba yang dia akan keluar untuk mengurus sesuatu. Tok Aba membenarkan dia keluar pada waktu itu dan mengingatkan dia,"Baiklah. Jangan balik lewat."

Watak² Boboiboy x Reader [One Shot]Where stories live. Discover now