Taufan x Reader

669 63 0
                                    


"Lagi sikit saja, Taufan. Kami akan sampai." Kata kawan baik dia kepada Taufan. Taufan dan kawan baik dia sampai ke sekolah sebelum pintu gerbang sekolah mereka tutup. "Fuh.. Nasib baik sudah sampai ke sekolah, Fang." Kata Taufan dan tetiba saja loceng sekolah berbunyi. "Memang nasib tapi, kau berdua perlu masuk ke kelas detention." Kata seseorang dari belakang. Taufan dan Fang toleh ke belakang. Terdapat sekuriti sekolah sedang berdiri di belakang sambil memberi dua kertas kuning kepada Taufan dan Fang. "Tch... Kalau kau tak bangun lambat, kami tak akan masuk kelas detention.." Kata Fang sambil dia ambil kertas itu. "Maaf la.." Taufan juga ambil kertas itu. Mereka dengan pantas masuk ke kelas masing-masing.

Berjam-jam berlalu...

Taufan terus ke kelas detention. Apabila dia sampai ke kelas itu, dia dapat melihat seseorang di dalam kelas itu. "(n/a)!" Taufan menjerit nama dia dengan ceria. (n/a) terkejut dan lihat dia. "Oh, Taufan.." (n/a) bergumam. "Kenapa kau dalam kelas detention? Kau ada buat benda salah ke?" Soal Taufan sambil dia duduk di sebelah gadis itu. "Oh, aku tak habiskan kerja sekolah aku. Cikgu suruh aku pergi ke kelas ini dan habiskan." (n/a) membalas. Taufan hanya meng-o kan saja.

Tak lama nanti, Fang masuk ke kelas detention. Dia tak tanya kenapa (n/a) berada di dalam kelas detention kerana dia sudah dengar apa sebab dia. Fang duduk di depan gadis itu. Dia meletak kepala dia dan mula tidur. "Haih... Tak habis-hbis tidur." Kata Taufan. "Ha... Yang kau dalam kelas detention sudah kenapa?" Soal (n/a) sambil membuat kerja sekolah dia. "Oh, kami lambat masuk kelas." Taufan membalas dan melihat gadis itu menulis.

Sebelum (n/a) boleh kata apa-apa kepada Taufan, kawan (n/a) tiba-tiba masuk dalam kelas detention dengan cawan di tangannya. Dia menyimbah air itu di muka (n/a) dan juga kerja sekolah dia. Mata (n/a) menjadi merah. "Weyh, kau sudah kenapa Huda!?" Jerit (n/a) sambil dia hentak tangan dia di atas meja. Ia membuat Fang bangun dari tidur. "Kau tipu aku! Kau kata kau keluar dengan kawan kau semalam dan kawan itu adalah teman lelaki aku!?" Huda menunjuk gambar di dalam telefon bijak dia. "Apa!? Itu bukan aku! Kan aku sudah bilang. Kawan a-" Huda memotong ayat dia,"Penipu! Aku benci kau!" Huda terus keluar dari kelas itu. Fang hanya diam saja tapi, ada sesuatu membuat dia perhatikan gadis itu.

Mata (n/a) menjadi warna biru muda. Taufan meletak tangan dia di bahu (n/a) dan berkata,"Jangan sedih (n/a). Kau kan ada kami. Kan Fang?" Taufan lihat Fang. Fang menghela nafas. "Ha'ah. Kami ada dengan kau. Lupakan saja la si Huda tu.. Dia tak patut berkawan dengan kau dalam pertama.." Fang bergumam ayat terakhir. Mata (n/a) menjadi warna putih. "Hn.." (n/a) duduk dan mula menulis. Fang sedar mata dia tukar sekali lagi. "Pelik..." Bisik hati Fang.

1 jam sudah berlalu dan mereka bertiga keluar dari kelas detention. Taufan dengan pantas jumpa kembar dia untuk pulang bersama dia. Fang memanggil nama (n/a) dan gadis itu lihat Fang. Mata dia berwarna hitam. "Aku ada soalan.." Kata Fang. "Kenapa warna mata kau tukar?" Soal Fang dan mendekati gadis itu. "Dan aku ingin jawapan jujur kau, (n/a)." Katanya seterusnya. (n/a) terdiam untuk sebentar. "Aku rasa aku tak ada pilihan lain.." Fikir (n/a). Gadis itu menghela nafas dan memberitahu kepada Fang. "Masa aku kecil, ibu ayah aku bawa aku ke doktor. Kata doktor, mata aku tukar warna lain kerana ikut perasaan aku." (n/a) menjelas. "Oh.. Warna apa membuat perasaan apa?" Soal Fang sekali lagi. (n/a) menjelaskan sekali lagi kepada lelaki itu. Fang meng-o kan saja, memahami tentang mata dia lebih. "Ini rahsia besar aku.." Kata (n/a) dan memohon Fang jangan memberitahu sesiapa tentang mata dia. "Baik la." Kata Fang dan mula berjalan ke pintu gerbang sekolah untuk keluar dari sekolah itu. (n/a) berharap Fang tak akan beritahu kepada sesiapa.

 

Beberapa hari sudah berlalu, (n/a) bersama Taufan dan Fang pergi ke karnival untuk meluangkan masa bersama-sama. Ada sesuatu dapat perhatian (n/a) di salah satu gerai permainan. Taufan lihat apa (n/a) sedang melihat. Dia senyum dan ingin mendapat itu untuk (n/a). Apabila Taufan menang, dia memberikan kepada dia. "Ambil ini." Kata Taufan. "Hah?" (n/a) senget kepala dia sikit. "Kau tadi lihat teddy bear ini. Jadi, aku main dan menang untuk kau." Kata Taufan. "O-Oh, terima kasih." (n/a) ambil teddy bear itu dan menutup muka dia. Mata gadis itu menjadi merah jambu. "Malu.." Bisik hati Fang.

Apabila mereka nak berjalan, seseorang langgar Taufan tanpa sengaja. "Taufan?" Taufan lihat orang itu. "Huda? Apa kau buat di sini?" Soal Taufan. Warna mata (n/a) menjadi warna biru muda apabila dia lihat Huda. Dia ingat apa Huda kata kepada dia.

'Penipu! Aku benci kau!'

Fang di sebelah (n/a), dia hanya diam saja tapi, sedar warna mata dia tukar. Huda sedar (n/a) sedang melihat ke arah dia. Dia memeluk Taufan. Warna mata (n/a) menjadi merah. (n/a) ingin mendekati Huda dan sepak muka dia tapi, Fang menahan dia. Dia tahu perasaan gadis itu. Taufan dengan pantas menolak Huda jauh daripada dia. Apabila Taufan menoleh ke belakang, dia sedar (n/a) berlari ke tempat lain.

Taufan soal Fang kenapa (n/a) lari. Fang mengetuk kepala dia dan menyuruh dia mengejar gadis itu. "Okok..." Taufan mengejar (n/a) tapi, dia sudah hilang. Tiba-tiba, dia toleh ke kiri dan terdapat sesuatu berkilat di belakang salah satu gerai makanan. Dia pergi ke belakang gerai itu dan lihat seorang gadis dia kenal di tepi kolam. "(n/a).." Taufan menyebut nama dia dan ia membuat gadis itu melihat dia. Sepasang mata dia mempunyai warna yang berbeza. Mata kiri dia berwarna merah jambu dan mata kanan dia berwarna biru muda. "M-Mata kau...!?" Taufan terkejut apabila melihat mata gadis itu. Sebelum sesiapa dari mereka boleh kata sesuatu, tiba-tiba ada sesuatu gerak dengan pantas menangkap (n/a) dan hilang. "Mana dia pergi??" Taufan bingung dan lihat di sekeliling. Tak dapat melihat (n/a) di mana-mana. Apa yang dia nampak adalah sepasang mata yang berwarna kuning. Ia semakin kecil dan Taufan mula mengejar sejak dia ingin tahu apa benda itu.

"Lepaskan aku!" Jerit (n/a), yang telah diikat di kerusi dengan tali. Mata gadis itu mempunyai dua warna berbeza. Kuning dan merah. "Heh, tak sampai aku dapat mata kau, aku tak akan lepaskan kau!" Kata makhluk asing itu. Dia mencapai mata (n/a) tapi, ada seseorang menyelamatkan dia. "Jangan sentuh dia, Kikita." Katanya. "Fang! Tolong!" Kata (n/a) dengan air mata mengalir di pipinya. Pada masa yang sama, tali yang mengikat (n/a) di kerusi itu putus. "M-Macam mana?" Fikir (n/a) dan dapat melihat Taufan di belakang dia.

Warna mata (n/a) tukar dari kuning dan merah ke hitam. Taufan sedar warna mata gadis itu. "Taufan, bawa (n/a) keluar dari sini. Aku akan urus dengan Kikita sendiri." Kata Fang dan menyerang Kikita. "Jom, (n/a)." Taufan memegang tangan gadis itu dan keluar dari tempat itu. Warna mata (n/a) menjadi merah jambu. "D-Dia pegang tangan aku!!" Bisik hati (n/a). Mereka berhenti lari apabila mereka tak jauh dari karnival itu.

Tiba-tiba, mereka dengar bunyi di belakang semak. Taufan berdiri di depan (n/a) untuk melindunginya. Fang pun muncul. "Fang, kau ok tak?" Soal Taufan. "Ok je. Kikita tak akan sentuh mata (n/a) lagi." Kata Fang. "Oh, ye. Cakap tentang mata kau, aku ingin tahu semua." Taufan lihat gadis itu. "Masa sudah tiba." Bisik hati (n/a). Gadis itu mula memberitahu semua tentang mata dia. Taufan mula memahami dia. "Tapi, kenapa kau tak beritahu kepada aku sejak dulu?" Soal Taufan. "Mata aku istimewa. Mesti la simpan sebagai rahsia. Kalau tak, ada saja orang atau makhluk asing tadi akan ambil mata aku. Buta la aku!" (n/a) membalas dan pura-pura dia merajuk. Taufan gelak kecil dan berkata,"Comel." Mata gadis menjadi merah jambu apabila dia dengar Taufan menyebut perkataan 'comel' kepadanya. "J-Jangan la cakap seperti itu!" (n/a) menumbuk bahu Taufan. "Bukan kau suka ke kalau Taufan sebut seperti itu?" Fang mula mengusik dia. Salah satu mata (n/a) menjadi warna merah. "Lagi pun, ada yang sudah tahu kau suka Taufan." Fang menyiku Taufan, menyuruh buat sesuatu kepada gadis itu. Taufan mendekati (n/a) dan memeluknya. (n/a) menjadi tenang dan mata dia menjadi biasa, hitam. (n/a) memeluk dia untuk membalas. "Aku suka kau." Mereka bisik pada masa yang sama. "Aku rasa kerja aku sudah habis." Fikir Fang dan menunjuk jari ibu kepada salah satu orang yang sedang sembunyi di belakang pokok. "Dulu, (n/a) selalu sebut nama crush dia, Taufan, kepada aku. Ha... Selamat la telinga aku. Kalau tak, nanti lagi sakit." Bergumam kembar Taufan, Blaze dan dia terus meninggalkan tempat itu untuk berjumpa kembar lain.

Watak² Boboiboy x Reader [One Shot]Where stories live. Discover now