Ais x Reader [Part 2]

599 53 0
                                    


Ais kembali kepada gadis itu dengan kuey teow. "Aku tak tahu apa kau suka makan tapi, makanan ini saja la yang aku boleh fikir." Kata Ais. "Tak apa, Ais tapi tolong la jangan buat seperti ini sekali lagi. Aku tak suka orang belanja aku walaupun aku tak ada cukup duit untuk beli makan." Kata (n/a). Dia lihat hanya satu pinggan saja. "Mana kau punya? Nanti kau lapar." Kata (n/a). "Kau patut risau dengan diri kau." Kata Ais. "Kau ambil je la.." (n/a) tolak pinggan itu kepada Ais. "Eh, jangan macam gitu. Makan la." Ais tolak pinggan itu balik kepada (n/a). "Tak nak la." Dia tolak balik tapi pada masa yang sama, Ais menahan. "Apa? Tak nak makan?" Ais ambil garfu dan letak sikit kuey teow di atas sudu. "Aahhhh~" Ais menyuruh gadis itu membuka mulutnya. "Kau biar betul.." Kata (n/a). "Betul la ni.. Cepat buka mulut. Aku suapkan." Kata Ais. "Fine.. Aku makan." (n/a) nak ambil sudu itu tapi, Ais tak membenarkan. Dia ingin menyuapkan. "Malu la, Ais...." Bisik (n/a). "Kalau kau nak makanan ini habis, biar aku suapkan. Tak kesah kalau kau malu atau tak. Sekarang, buka mulut. Aahhhh~" Kata Ais. (n/a) menghela nafas dan buka mulutnya. Ais mula menyuapkan hingga kuey teow itu habis.

"Kenyang.." Kata (n/a). "Jom pulang ke kelas kami. Kami sudah lambat." Kata Ais dan mula mengheret gadis itu dengannya. "Tapi, aku baru saja habis makan." Kata (n/a). "Hmm.. Tak apa. Kami masuk lambat sikit saja.." Ais membalas. Mereka guna masa untuk pulang ke kelas. Apa yang mereka tak sedar adalah salah tiga dari kembar Ais sedang melihat dia dan gadis itu dari mula.

Ais membuka pintu kelas apabila mereka sampai ke kelas. Rakan sekelas mereka dan cikgu mereka lihat ke arah mereka. "Ais, (n/a)? Kenapa kamu lambat masuk kelas?" Soal cikgu itu. "Erm... Pelajar baru kami sesat." Ais membalas. "Hmm.. Baik la. Pergi ke tempat duduk kamu." Kata cikgu dia dan mereka berdua duduk di tempat duduk mereka masing-masing.

-Time skip-

Lepas sekolah, (n/a) pulang ke rumah sendiri. Ais pula, dia balik bersama salah tiga abang dari kembar dia. Mereka adalah Gempa, Taufan dan Hali. "Hmm... Kau selalunya senyap dalam kelas dan tak pernah meluangkan masa bersama orang lain." Kata Hali, meletak tangan dia di dagunya. "Ha'ah la. Kenapa kau meluangkan masa dengan pelajar baru? Tetiba pula tu.." Kata Taufan, menyepet mata dia. "Biar la. Kau berdua tak ingat ke pada masa yang lalu?" Soal Gempa. Hali dan Taufan menggeleng kepala mereka untuk membalas dia. Gempa menepuk dahi dia. "Aku nak ke Kokotiam kejap." Kata Ais dan meninggalkan kembar dia. Ais meninggalkan mereka kerana dia tahu apa Gempa akan berkata kepada mereka.

"Dengar sini. Tolong jangan beritahu kepada sesiapa tentang ini. Simpan sebagai rahsia." Kata Gempa. Dia mula bercerita tentang kisah lama Ais. "Dulu, Ais tak mempunyai satu kawan di sekolah. Ramai pernah buli dia." Dengar seperti itu, Hali menjadi geram. "Kenapa dia tak beritahu kepada kami tentang itu dari dulu? Kalau kami tahu, biar aku ajar mereka." Kata Hali. "Dia tak nak sesiapa tahu kerana dia tahu kami akan menjadi risau dengan dia dan kata dia, dia boleh urus semua itu sendiri. Jadi, sekarang tak ada satu orang akan buli dia." Gempa menjelas. "Dia berkawan dengan gadis itu kerana dia.. Erm.. Kau akan tahu la satu hari nanti." Kata Gempa dan mula berjalan dengan pantas untuk pulang ke rumah. Dia tahu apa akan berlaku antara (n/a) dan Ais. Hali dan Taufan mengejar abang mereka dan memohon dia memberitahu kepada mereka apa sebab Ais berkawan dengan (n/a). Tapi, Gempa tak akan memberitahu hingga hari itu akan datang.

Lima bulan sudah berlalu. (n/a) dan Ais semakin rapat. Peperiksaan pun sudah habis. Tinggal Hari Graduasi saja.

[Malas nak tulis panjang² sebab tak ada banyak masa, sorry]

Satu hari sebelum Hari Graduasi, (n/a) pindah ke rumah lama dia kerana pak cik dia. Pak cik dia memerlukan (n/a) sebagai pekerja di ladang getah. Begitu, (n/a) boleh mendapatkan duit dan simpan untuk pada masa depan.

Keesokan harinya, (n/a) meninggalkan sekolah dewan untuk berjumpa pak cik dia di perhentian kereta. Pak cik dia akan membawa gadis itu ke tempat kerjanya. Kereta itu bergerak dan meninggalkan sekolah itu. Tanpa (n/a) tahu, Ais sedang melihat gadis itu meninggalkan dia tanpa berkata selamat tinggal dan masa itu adalah kali terakhir dia melihat (n/a). Atau tidak.

Umur: 27 tahun

(n/a) berhenti bekerja sejak dia sudah ada cukup duit. Apabila dia sampai ke rumah dia, dia siap sedia untuk berjumpa arwah nenek dia di kubur.

"Maaf kerana (n/a) tiada di sisi nenek sebelum ini." Air mata (n/a) membasahi pipinya. Lepas berjumpa, dia pulang ke rumahnya.

Apabila dia sampai rumah dia, dia rehat untuk sebentar. Lepas itu, dia mula mengemas bilik dia kerana bilik dia agak berselerak. Sambil mengemas, ada kotak kecil terjatuh di atas lantai. (n/a) lihat kotak itu dan angkat. "Eh, kalung ini.." Terdapat nama Ais di kalung itu. "Ais.." Dia menyebut nama lelaki itu, cuba ingat siapa dia. "Ais!!" Jerit gadis itu kerana dia ingat siapa Ais. "Macam mana aku boleh lupa tentang kawan baik- atau lebih sesuai... Crush aku... Aku suka dia sejak kami semakin rapat." Dia bergumam. Gadis itu call kawan lama dia, Li Wei. Dia ingin Li Wei hantar dia ke Pulau Rintis.

Li Wei sampai ke rumah (n/a) dengan keretanya. (n/a) dengan pantas masuk ke dalam kereta dia dan Li Wei membawa gadis itu ke Pulau Rintis. Apabila mereka sampai di sana, (n/a) ajak Li Wei ke gerai sebelum mencari Ais. "Apa nama gerai itu?" Soal Li Wei. "Kokotiam Tok Aba. Kata Ais, gerai itu terbaik. Jom la, Li." (n/a) memohon. "Baik la tapi, kau belanja. Aku sudah hantar kau ke sini." Kata Li Wei. "Baik bos!" Kata (n/a) sambil dia salut kepada Li Wei. Mereka gelak kecil dan mula berjalan ke Kokotiam Tok Aba. Apabila mereka sampai sana, (n/a) order dua air dan robot itu atau lebih sesuai, spera kuasa, membuatkan air untuk mereka.

Sambil menunggu air mereka, seseorang memanggil nama (n/a) dari belakang. Gadis itu toleh ke belakang dan mata dia menjadi besar. "A-Ais!" Mata (n/a) menjadi besar apabila melihat Ais. (n/a) lari ke arah Ais dan memeluknya. "Aku rindu kau, Ais!" Kata (n/a). Air mata membasahi di pipi gadis itu. Dia menangis dengan gembira. "Aku rindu kau juga." Kata Ais sambil mengusap kepala gadis itu dengan lembut. Ais sedar (n/a) sedang memakai kalung yang dia berikan sebelum hari peperiksaan mereka masa mereka di Pulau Rintis High School. Ais senyum dan mencium di dahi (n/a). Muka gadis itu menjadi merah. "Jadilah teman gadis aku." Kata Ais, dan apa gadis itu berkata? Dia terima menjadi teman gadis Ais.

.

.

.

.

.

"Hah? Jadi, Ais suka dengan dia sejak (n/a) masuk ke sekolah kami? Sebab itu dia terima (n/a) sebagai kawan ke?" Soal Hali. "Belum lagi.. Ais terima (n/a) kerana (n/a) yang ingin menjadi kawan baik Ais. Dia adalah orang pertama kawan baik Ais. Apa orang lain fikir tentang Ais adalah dia pendiam, orang emo.. Tapi, (n/a) tak fikir seperti itu bila dia bertemua Ais untuk pertama kali. Bila mereka semakin rapat, perasaan mereka mula berubah." Gempa menjelas kepada Hali dan Taufan. Mereka sedang sembunyi di belakang pokok sambil melihat Ais dan (n/a) dengan gembira. "Sudah la. Lebih baik tolong yang lain mengemas di rumah. Ada banyak barang kami perlu buang." Kata Gempa dan mula berjalan untuk pulang ke rumahnya. Hali dan Taufan mengikut abang dia untuk pulang juga.

"Dia tak pernah berhenti berbual tentang (n/a) sejak Hari Graduasi. Masa dia tidur, dia sentiasa sebut nama (n/a) dan akhirnya, dapat juga bertemu dia." Kata Ochobot, dikenali sebagai spera kuasa. "Gembira la mereka dapat bertemu sekali lagi." Kata Li Wei dengan bahagia kepada kawan baik dia kerana dapat juga (n/a) bertemu seorang yang menyayangi dia sejak dari dulu.

~The End~

Watak² Boboiboy x Reader [One Shot]Where stories live. Discover now