Fusion Elementals x Reader

522 44 2
                                    


(n/a) sedang berjalan di dalam mall untuk membeli barang baru seperti baju, kasut cermin mata hitam etc. Awak tertanya kenapa dia beli barang seperti itu kan? Itu kerana dia ingin memakai baju barunya masa dia di luar negara. Katakan saja dia suka pergi ke negera mana-mana dan ambil gambar bersama kawan-kawan dia.

Sambil dia masuk di salah satu kedai, tempat itu tiba-tiba bergegar. Ramai mula melarikan diri mereka dari makhluk asing ini bersama robotnya. (n/a) ingin keluar dari kedai itu tapi, siling itu jatuh dan menghalang (n/a). Dia tiada jalan lain untuk melarikan dirinya tapi, dia tak berputus asa dan cuba mencari jalan.

Gadis itu mula menepikan batu-batu siling yang jatuh tadi. Apabila dia berhasil membuat lobang kecil, dia keluar dari situ. Muat la untuk dia dan orang lain. Tempat itu bergegar sekali lagi dan pada masa yang sama, dia terdengar orang menjerit untuk minta tolong. (n/a) ikut suara itu dan sampai di luar pawagam. Terdapat batu siling itu menyekat di luar pintu pawagam.

Apa lagi? (n/a) menepikan batu itu. Tanpa dia sedar, robot itu sedang menuju ke arahnya untuk menyerang.

"Tembakan Supra."

(n/a) lihat di mana Supra berada. Dia sedang menyerang robot itu. "Aku tak boleh buang masa dan selamatkan orang di dalam situ." Kata (n/a) kepada dirinya dan bersambung. Tiba-tiba, muncul Glasier di sebelahnya. "Apa kau buat di sini? Kau patut berada di luar tempat ini." Kata Glasier sambil memegang pergelangannya. "Tidak!" (n/a) menarik tangan dia dari Glasier. "Aku tak boleh tinggalkan orang di sini. Mereka perlu bantuan untuk keluar dari situ." Kata (n/a). Mendengar seperti itu membuat Glasier diam untuk sebentar. Lepas itu, dia menyuruh gadis itu ke tepi. (n/a) berdiri di tepi dan Glasier mengguna kuasanya untuk memecahkan pintu itu.

Ramai orang dapat membebaskan diri mereka dari situ dan keluar dari mall itu. (n/a) ikut mereka juga dan meninggalkan Glasier di situ. Sambil dia berlari, dia nampak seorang lelaki kecil sedang menangis di kedai permainan. (n/a) lari ke arah lelaki kecil itu dan angkat dia. "Jangan nangis adik. Nanti kamu akan jumpa ibu ayah kamu lepas kami keluar dari sini." (n/a) cuba menenangkan lelaki kecil itu. "Sekarang, adik pegang akak kuat-kuat. Kami akan keluar sama-sama." Kata (n/a) dan lelaki kecil itu pun ikut arahannya. (n/a) mula berlari.

Mereka hampir keluar dari situ tapi, makhluk asing yang berkulit hijau menembak ke arahnya dengan pistol laser dia. Sebelum laser itu boleh melanda ke mereka, seseorang melindungi mereka. "Frostfire." Kata (n/a) apabila melihat dia melindungi mereka. "Pergi, cepat!" Kata Frostfire sambil menahan makhluk asing itu.

(n/a) bersambung lari dan akhirnya keluar dari tempat itu dengan selamat. (n/a) menurunkan lelaki kecil itu. "Faiz! Anak sayangku!" Kata ibu lelaki kecil itu sambil memeluk anaknya. "Terima kasih." Katanya ke (n/a). "Sama-sama." (n/a) membalas. Dia meletak tangannya di dadanya dan rasa dia hilang sesuatu. "Kalung aku!" Bisik hati (n/a) dengan panik.

Kalung itu sebenarnya dari abang dia. Abangnya memberikan kepada dia masa dia kecil lagi sebelum dia hilang nyawa. Kalung itu sangat penting kepadanya.

Gadis itu berlutut dan air matanya mula mengalir di pipinya. Tiba-tiba, muncul tiga sepasang kaki di depannya. (n/a) mendongak dan melihat mereka. "Elementals Fusion." Kata (n/a) dengan lemah. "Aku rasa ini kepunyaan kau." Kata Supra sambil menunjuk kalung itu. "Di mana kau dapat jumpa ini?" Soal (n/a) sambil mengelap air matanya yang membasahi pipi dia. "Masa kau berlari, aku nampak sesuatu berkilat jatuh dari kau. Jadi, aku tolong ambil untuk kau." Supra membalas. (n/a) ambil kalungnya dari Supra dan berkata,"Terima kasih."

Sebelum (n/a) boleh pergi ke mana-mana, Glasier tanya nama dia. "Aku (n/a)." Kata (n/a) dan meninggalkan tempat itu. Apabila mereka bertiga dapat tahu nama gadis itu, mereka senyum. Frostfire membuka mulutnya dan berkata,"Aku tak pernah bertemu orang berani seperti dia untuk menyelamatkan orang lain." Supra setuju dan berkata,"Ha'ah. Walaupun dia tidak mempunyai kuasa, dia mempertaruhkan nyawa dia untu selamatkan sesiapa." Glasier mengangguk dan berkata"Kami mesti ingat (n/a). Mungkin kami akan bertemu dia sekali lagi pada masa depan."

Watak² Boboiboy x Reader [One Shot]Where stories live. Discover now