Solar x Iya (OC)

57 4 0
                                    


Matahari mula terbenam. Solar dan Iya sedang berjalan di tepi pantai. Sambil itu, mereka berbual. Tiba-tiba, Iya ditangkap oleh Probe. Dia bawa gadis itu ke Adudu. "Solar!" Jerit Iya. Solar mengejar Probe tapi, visinya menjadi hitam. Lelaki itu mula jatuh dalam gelap.

Solar buka matanya dan mengambil nafas berat. Di toleh ke kanan dan nampak cahaya matahari. "Mimpi? Tapi, semua rasa macam betul." Bisik hati Solar. Dia lihat di sebelahnya. Tiada siapa di situ. Ini membuat Solar panik dan bangun dari katilnya. Dia terus ke dapur sejak dia boleh bau makanan sedap dari.

Apabila Solar masuk dapur, dia nampak Iya sedang memasak lempeng. Iya sedar kehadirannya dan berkata,"Selamat pagi, cahayaku." Solar pun membalas,"Selamat pagi, bunga matahari." Iya memberi Solar sarapannya. Dia mengucap terima kasih dan mula makan lempeng itu.

Beberapa minit kemudian, Solar siap sedia untuk pergi ke tempat kerjanya. Iya berkata yang dia akan jumpa Solar nanti. "Baiklah, keluar dulu." Kata Solar dan keluar dari rumahnya untuk pergi kerja. Tempat kerjanya tak jauh. 15 minit gitu, dia sampai.

"Selamat pagi, Solar." Kata Gempa apabila nampak kembarnya. Solar mengucap selamat pagi untuk membalas dia. Dia bekerja di sama tempat sejak dia membantu Atok dia di Kokotiamnya.

Kokotiam itu sudah berubah ke Kokotiam Tok Aba dan Elementals dan menjadi sangat besar. Ramai juga yang datang untul membeli makanan dan minuman di situ. Hari menjadi sangat sibuk.

Pada waktu petang, Iya sampai ke Kokotiam. Apabila dia nampak Solar, dia memanggilnya. Solar toleh ke arahnya dan nampak Iya sedang menuju dia dengan bakul. "Macam mana dengan kerja hari ini?" Soal Iya dan ambil tempat duduk di belakang Kokotiam. "Penat tapi, sudah tak penat kerana ada orang memberi aku tenaga." Kata Solar, ambil tempat duduk di depan gadis itu. "Siapa orang itu?" Soal Iya sambil mengeluarkan makanan salam bakul itu. "Siapa lagi kalau bukan bunga matahari." Solar membalas. Itu membuat Iya gelak kecil. Apabila makanan dan minuman sudah sedia di atas meja, mereka berdua mula makan. Elementals lain pula, mereka akan makan lepas mereka habis.

Masa berlalu. Iya dan Solar sedang berjalan untuk pulang ke rumah sambil pegang tangan. Mereka sedang berbual dengan gembira. Tiba-tiba, Iya diculik apabila Solar ada dengannya. "Iya!" Solar cuba mencapai tangan Iya tapi, tak berhasil. Yang menculik Iya adalah Probe. Dia membawanya ke Adudu yang memakai topeng. Solar teringat mimpi buruk pertama dia. Ini pernah berlaku dalam mimpi. Cuma tempatnya berbeza. Mungkin mimpi itu memberi amaran kepadanya.

"Apa kau nak, Adudu!?" Solar menjerit. "Oh, aku nak saja antidote untuk menghilangkan cecair.. Yang kau tembak dengan pistol di muka aku!" Jerit Adudu dan buka topengnya. Terdapat luka besar di muka kirinya. Solar ingat dia membantu Gempa dan Blaze berlawan dengan Adudu. Dia pegang pistol ini masa sembunyi daripada Adudu. Apabila Adudu jumpa Solar yang sedang sembunyi, tanpa sengaja dia mengguna pistol itu dan menembak ke muka Adudu. Adudu menjerit dengan kesakitan. Pistol itu berisi dengan cecair hijau yang seperti asid tapi, ada antidote untuk menghilangkannya.

Jeritan Iya membuat Solar kembali ke realiti. "Aku bagi kau 3 hari. Kalau tak, isteri kau akan hilang nyawa." Kata Adudu dan kapal angkasanya mula bergerak. Solar tiada pilihan lain dan mula dengan eksperimennya untuk membuat antidote.

3 hari berlalu dan Solar berjaya membiat antidote yang Adudu nak. Dia jumpa di sama tempat. Probe ada di situ, menunggunya. Adudu pula, ada di kapal angkasanya dengan Iya. "Ini antidotenya. Pulangkan isteri aku." Solar memberi antidote itu ke Probe. Dia melihat untuk memastikannya dan kembali ke Adudu. "Bagus." Kata Adudu. Lepas itu, dia menolak Iya dari kapal angkasanya. Iya menjerit ketakutan. Tanpa membuang masa, Solar menuju ke arah Iya dan menangkapnya.

"Kau selamat." Kata Solar. Iya rasa takut sangat hingga dia pegang Solar dengan ketat. Solar belajar sesuatu tentang Adudu dan Probe. Mereka sudah lama tak membuat sesuatu buruk kepada mereka dari dulu tapi, kalau musuhnya yang membuat sesuatu buruk kepadanya walaupun tak sengaja, dia akan buat sesuatu lebih buruk kepadanya. Satu contoh adalah seperti tadi. Mulai itu, dia perlu berhati-hati dengan Adudu dan dia perlu berada di sisi Iya lebih, untuk memastikan dia selamat.

Watak² Boboiboy x Reader [One Shot]Where stories live. Discover now