Fang x Reader x Kaizo

557 36 8
                                    


[Author's Reminder: Tolong lihat story desc dulu sebelum req apa². Kalau author tulis tutup, maknanya author tak akan ambil req dari seseiapa. Kalau ada yang nak req time 'req: close' ni, tunggu hingga reqnya buka walaupun author update time req tutup. Gomen'nasai]

 

 

 

 

 

'Tak apa kan kalau aku tiada lagi?'

Fang dang Kaizo masih ingat lagi (n/a) kata seperti itu. Mereka menyesal lepas apa sudah jadi di Stesen TAPOPS. Tempat itu telah dimusnah dengan bom yang diletak oleh makhluk asing yang jahat. Nama dia (insert nama alien jahat) dan dia sendiri merancang semua ini untuk mendapatkan spera kuasa di Stesen TAPOPS.

Hanya seorang saja tak dapat melepaskan dirinya dari situ. Nama dia (n/a) dan dia seorang gadis dari Planet Bumi. Dia berkawan dengan Boboiboy dan yang lain juga. Dia ada spera kuasa yang bernama Flashbot dan dia mempunyai kuasa laju. Kuasa dia agak sama dengan Ying, lari laju seperti dia. Tapi, apa yang berbeza adalah dia tak boleh perlahankan atau lajukan masa.

Sebelum Stesen TAPOPS meletup, (n/a) guna kuasa dia untuk membawa ramai makhluk asing di tempat masuk dan keluar kapal angkasa. Begitu, mereka boleh keluar dari situ untuk menyelamatkan diri mereka dengan kapal angkasa masing-masing.

Masa hampir habis dan tinggal untuk gadis itu periksa tempat itu saja. Sebelum dia boleh pergi untuk periksa, Fang menahan dia dan berkata,"Lagi lima belas saat saja. Kau tak akan berjaya keluar dari sini." Kaizo setuju dengan adik dia. "Lebih baik kau masuk dengan kami semua." Kata Kaizo. (n/a) menggeleng kepalanya dan berkata,"Jangan risau. Kau pergi dulu dengan yang lain. Aku akan jumpa kau di bumi nanti."

Tanpa fikir dua kali, gadis itu pun pergi dari situ. Kaizo dan Fang masuk ke dalam kapal angkasa. Mereka hanya bergumam,"Kau degil, (n/a)..." Tiba-tiba, terdapat suara keluar dari komunikator Kaizo. Kaizo dan Fang mendengar dia berkata,"Tak apa kan kalau aku tiada lagi?" Mereka agak terkejut apabila mendengar seperti itu. "(n/a)! Jangan!" Jerit Fang sambil melihat luar tingkap kapal angkasa dengan air matanya yang mula mengalir. Kaizo dengan pantas memeluk adiknya dari belakang. Dia tahu apa perasaan adik dia apabila mendengar (n/a) kata seperti itu. Pada masa itu, mereka berdua nampak Stesen TAPOPS meletup. Semua di dalam kapal angkasa menjadi senyap lepas melihat tempat itu meletup.

Lepas beberapa minit mendiamkan diri mereka, Yaya sedar (n/a) tiada di kapal angkasa dengan mereka. "Mana (n/a)?" Soalnya, membuat yang lain pun penasaran juga. "Dia sudah hilang nyawa dia..." Kaizo membalas, masih memeluk adiknya. Fang hanya biarkan abangnya memeluk dia kerana tak ingin kawan-kawannya melihat dia sedang menangis. "Apa maksud kau?" Soal Boboiboy. "(n/a) ingin memastikan tempat itu tiada siapa di situ. Jadi, dia menyuruh kami pergi dulu dan akan jumpa dia di bumi. Tapi, masa kami sudah menjauhkan diri kami dari Stesen TAPOPS, (n/a) memberitahu ayat terakhir dia dan tempat itu mula meletup." Kaizo menjelas. Itu membuat mereka terdiam. Mereka tak ingin percaya (n/a) buat seperti itu tapi, semua itu sudah berlaku. (n/a) sudah tiada.

.

.

.

.

.

5 bulan sudah berlalu. Semua terus hidup dengan bahagia walaupun (n/a) sudah tiada di sisi mereka lagi. Sambil mereka berada di Kokotiam Tok Aba, terdapat seorang gadis minum airnya dan berbual dengan Ochobot.

Fang dan Kaizo dapat perhatian dia. "Hmm.. Kenapa kelihatan dia sama seperti (n/a)? Pang rindu dia." Kata Fang. "Abang pun rindu (n/a) juga. Tapi, dia tak nak melihat kami semua sedih." Kata Kaizo. Boboiboy dan Ying mula duduk bersama gadis itu dan berbual. 5 minit berbual dengannya dan mereka berdua jerit,"(n/a)!?"

Itu membuat kawan-kawan mereka temasuk Fang dan Kaizo mengelilingi dia. "B-Betul ke kau (n/a)?? Yang mempunyai kuasa laju??" Soal Ying dengan tidak percaya. (n/a) melihat Fang bersama Kaizo dan senyum. Lepas itu, dia membalas soalan Ying,"Ha'ah, itu aku."

Mata mereka menjadi besar. "Tapi, macam mana kau dapat melepaskan diri kau?" Soal Gopal. "Ochobot tinggalkan portal teleportasi untuk aku sebelum Stesen TAPOPS meletup. Kata dia, dia tak pasti di mana aku akan keluar. Tapi, aku tak risau tentang itu. Aku fokus untuk keluar dari situ lepas memastikan tempat itu tiada satu makhluk asing di situ. Masa aku nak masuk ke portal itu, sesuatu keras melanda di kepala aku dan visi aku menjadi hitam. Apabila aku buka mata aku, aku tak tahu di mana aku berada. Aku jumpa makhluk asing yang bernama (insert nama alien baik). Dia dari (insert nama planet). Aku bernasib baik kerana dia tolong bawa aku ke Planet Bumi lepas berlatih dengan dia." (n/a) menjelas. "Berlatih? Asal tak pulang saja ke sini dan berlatih?" Soal Yaya. "Masa aku diselamatkan oleh (alien baik), aku hilang ingatan. Tapi, sikit demi sikit aku ingat semua." (n/a) membalas. "Bagus la kalau kau ingat. Sekarang, mari semua order air untuk meraikan kepulangan (n/a)." Kata Boboiboy. Mereka semua order air mereka masing-masing. Lepas itu, berbual tentang apa mereka buat masa (n/a) tiada di bumi.

Kaizo dan Fang pula, mereka berdua tak berbual dengan gadis itu. (n/a) sendiri tahu kenapa mereka tak berbual dengannya lepas apa dia kata kepada mereka hari itu.

Gadis itu berdiri dari tempat duduknya dan menuju ke arah mereka. "Maaf kerana membuat kau berdua sakit hati selama 5 bulan ini." Kata (n/a), membuat Fang dan Kaizo melihat dia. "Tak apa." Kata Fang. Dia dan Kaizo memeluk gadis itu dengan ketat. "Tolong jangan buat seperti itu lagi." Kaizo sambung. (n/a) balas pelukan mereka dan berkata,"Aku tak akan buat lagi."

Watak² Boboiboy x Reader [One Shot]Where stories live. Discover now