Blaze x Bullied! Reader

697 61 0
                                    


Umur: 13 tahun

"Argh!! Ini semua salah aku! (n/a) tak datang sekolah seminggu!" Blaze marah dengan diri dia lepas apa dia sudah buat kepada (n/a).

Blaze seorang pembuli kepada (n/a). Dia suka membuli gadis itu sejak sekolah rendah. (n/a) hanya diam saja kalau dia dibuli oleh Blaze. Dia satu kelas dengan (n/a) apabila mereka dalam Menengah 1. Jadi, hampir setiap hari Blaze membuli (n/a). Apabila abang dia, Gempa dapat tahu tentang adik dia buli (n/a), dia menasihatinya jangan buli (n/a). Tapi, Blaze degil dan tak nak ikut kata-kata Gempa. Dia bersambung membuli (n/a) tanpa rasa yang gadis itu menderita kerana dia.

Satu hari nanti, Blaze tak sengaja membuat (n/a) menangis teruk dan gadis itu tak datang ke sekolah untuk seminggu. Dia memalukan (n/a) dalam satu sekolahnya dengan mengatakan ramai tak suka (n/a) kerana otaknya yang tak pandai dan pendek. Sebenarnya, (n/a) memerlukan seseorang bimbing dia dalam pelajaran sejak subjek-subjeknya lemah.

Sejak (n/a) tak ada di dalam kelas untuk seminggu, Blaze rasa bersalah lepas apa dia sudah buat kepada (n/a). "Hmm... Aku patut cari rumah (n/a) dan minta maaf.." Bisik hati Blaze.

Sekolah sudah tamat dan ramai pelajar tak sabar nak pulang ke rumah mereka masing-masing kecuali Blaze. Blaze jumpa Cikgu Papa di luar bilik staf dan memberitahu semua apa dia sudah buat kepada (n/a). Lepas itu, dia minta alamat (n/a) dari cikgunya. Sebelum Cikgu Papa boleh masuk ke bilik staf untuk  mencari dan memberikan alamat gadis itu kepada Blaze, dia berkata,"Kamu buat pilihan yang baik. Tapi, tolong jangan buli dia.." Blaze mengangguk, faham. Lepas dapat alamat (n/a), Blaze fikir esok pagi dia akan pergi ke rumah gadis itu.

Keesokan harinya...

Blaze sampai ke rumah (n/a) dan pada masa yang sama, dia rasa agak gugup. Dia mengetuk pintu rumah itu dan seseorang buka pintu rumahnya. Terdapat seorang lelaki lebih tua membuka pintu itu. Lelaki itu adalah abang (n/a), Budi. "Kau.." Katanya, menunjuk muka suram kepada Blaze. Tangan Blaze agak basah dan dia mual rasa takut apabila melihat abang (n/a). "Kau tahu apa kau sudah buat dengan adik aku, hah!? Kau buat dia menangis sampai mata dia bengkak dan dia tak ada selera nak makan! Kesihatan dia sudah tak sihat dan hidup dia hancur kerana kau!" Jerit Budi hingga beberapa orang di sekeliling mereka melihat mereka. Kasar betul bahasa Budi kepada Blaze sejak adiknya tak sihat. "S-Sabar. Saya datang sini nak minta maaf. Tolong la berikan saya jumpa dia." Blaze memohon tapi, Budi tak benarkan dia jumpa (n/a). Blaze tak akan berputus asa dan cari jalan untuk membuat abang (n/a) memberikan dia jumpa gadis itu.

Budi menghela nafas dan membenarkan dia jumpa (n/a). Sebelum Blaze boleh jumpa gadis itu, Budi memberitahu kepada (n/a) dari luar biliknya yang Blaze datang nak jumpa dia. "Oh.. Masuk..." Kata (n/a) dengan lemah. Budi buka pintu bilik (n/a) dan berkata Blaze hanya ada 5 minit saja untuk berjumpa dia. Blaze mengangguk faham dan dia duduk di kerusi. (n/a) sedang duduk di katilnya dan memeluk lututnya dengan ketat sambil badan belakangnya memandangi Blaze.

Bilik (n/a) menjadi sunyi untuk sebentar. "Erm, (n/a).." Blaze mula berbual. "A-Aku nak minta maaf lepas apa aku sudah buat dengan kau. Aku tahu apa aku buat semua itu salah.. Maafkan aku.. Ini semua salah aku." Kata Blaze. (n/a) hanya diam saja. Sekali lagi, bilik (n/a) menjadi sunyi.

Apabila 5 minit sudah berlalu, Budi masuk ke bilik (n/a) untuk membawa Blaze keluar dari bilik gadis itu. Sebelum Blaze ambil langkahnya untuk keluar dari bilik itu, dia berkata,"Aku harap kau maafkan aku." Blaze terus keluar dari bilik itu. "Terima kasih kerana memberikan aku jumpa dia." Kata Blaze sambil dia dan Budi berjalan ke arah pintu rumah. "Hn.." Itu saja apa Budi membalas kepada Blaze.

Blaze memakai kasut dia dan ingin pulang ke rumahnya. Sebelum dia boleh pergi, Budi memberitahu kepada dia jangan datang ke rumahnya sekali lagi. Blaze tanya kenapa dan Budi hanya membalas,"Kau akan tahu pada hari Isnin.." Dia terus menutup pintu rumahnya. Blaze terdiam. Lepas itu, pulang ke rumah dia.

Pada hari Isnin, Cikgu Papa masuk ke kelas Blaze dan memberitahu kepada murid-muridnya yang (n/a) tak akan datang ke sekolah ini lagi kerana dia sudah masuk ke sekolah lain. Dia juga sudah pindah ke rumah baru. Jadi, Blaze dan lain jarang jumpa (n/a). Dengar apa Cikgu Papa kata membuat Blaze sedih.

Setiap hari Blaze menjadi senyap tanpa (n/a) berada di mana-mana dan dia mula rindu dengan gadis itu. Setiap hari masa waktu rehat, Blaze akan melihat gambar (n/a). Dia dapat gambar gadis itu dari Solar punya instagram. Solar kenal (n/a) dua minggu lepas Blaze mengenali gadis itu. Masa dia lihat gambar (n/a), dia sedar dia mula menyukai dengannya kerana berapa baik dan cantik (n/a) kepadanya.

Air mata Blaze mengalir di pipinya, sikit demi sikit. Dia menyesal apa dia sudah kepada (n/a). "(n/a)... Maafkan aku.. Maafkan aku.." Kata Blaze kepada diri dia. Tiba-tiba, seseorang meletak tangan dia di bahu Blaze. Blaze lihat orang itu. Terdapat Ais berada di sebelahnya. "Jangan nangis Blaze. (n/a) akan maafkan kau." Kata Ais. "Macam mana kau boleh pastikan dia maafkan aku? Lepas apa aku sudah buat kepada dia.." Blaze mengelap mata dia. "Mesti la dia perlu guna masa untuk maafkan kau." Ais membalas. "Sudah, jom balik kelas." Kata Ais seterusnya dan mereka terus pulang ke kelas mereka.

Umur: 25 tahun

Blaze sampai ke kafe tak jauh dari rumahnya. Apabila dia ambil langkah dia ke dalam kafe, terdapat seorang gadis melepasi dia dan ia Blaze memandang dia. Dia ingat siapa gadis itu. "(n/a)?" Blaze menyebut nama gadis itu dan gadis itu memandang Blaze. (n/a) agak terkejut melihat Blaze. "K-Kau ke Blaze?" Soal (n/a) dengan gagap. Blaze mengangguk kepalanya untuk membalas. "Erm.. Boleh kami berbual di luar untuk sebentar?" Soal Blaze, lupakan kafe itu. "Erm.. B-Boleh.." (n/a) membalas.

Mereka keluar dari kafe itu dan Blaze mula perbualan dia bersama (n/a). "(n/a), maafkan aku kerana membuli kau." Kata Blaze, masih rasa bersalah. (n/a) menghela nafas dan berkata dia sudah lama maafkan dia. Blaze mula ingat apa dia nak memberitahu kepada gadis itu tapi, dia rasa agak malu. "(n/a).. A-Aku.." Blaze menjadi sangat gugup. "Aku suka kau. Aku sedar berapa baik kau dengan aku dan c-cantik sekarang." Kata Balze. "Aku tahu ini sangat mengejutkan apabila mendengar seperti ini. Tapi, pertama aku perlu kepercayaan kau." (n/a) terdiam, tak pasti apa dia patut kata kepada Blaze. "Boleh kami bermula dari kawan? Cara itu saja boleh membuat kami mula mempercayai satu sama lain." (n/a) fikir untuk sebentar dan menjawab,"Baik la." Dengar seperti itu membuat Blaze rasa bahagia dan dia janji kepada (n/a) yang dia tak akan buat (n/a) sedih lagi.

Setiap hari mereka mendapat lebih kepercayaan dan mereka menjadi rapat. (n/a) pula, dia mula suka dengan Blaze juga. Satu hari nanti, mereka menjadi pasangan dan apa mereka harap adalah hubungan mereka dan hidup mereka menjadi lebih baik pada masa depan.

Watak² Boboiboy x Reader [One Shot]Where stories live. Discover now