20. Prey dan Predator

1K 118 7
                                    

Seakan tiada apa-apa yang terjadi, hari di akademi pada  berlalu seperti biasa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Seakan tiada apa-apa yang terjadi, hari di akademi pada  berlalu seperti biasa. Para kadet yang ada sibuk ke sana ke mari hendak hadiri kelas mereka. Ada yang di luar, ada yang di dalam. Kebanyakannya mengikut tahun masing-masing.

Kadet senior jalani aktiviti lapangan sementara kadet junior berada dalam bangunan melakukan aktiviti indoor.

Pada hari itu, plantun dimana Mizuki berada akan jalani latihan seni mempertahankan diri. Jadi mereka semua mengenakan pakaian sukan khas untuk beraksi.

Masalahnya sekarang, Mizuki tidak boleh bersentuhan dengan mana-mana manusia melainkan dalam keadaan berlapik sepenuhnya sebab mana-mana kulit pada tubuh Mizuki hypersensitive terhadap benda hidup yang bernyawa mengeluarkan tenaga dan haba.

End up...hanya Mizuki seorang sahaja yang mengenakan pakaian spandex dari dalam sementara diluar pakaian sukan dia. Tangan kedua-dua mengenakan sarung. Buatkan ramai mata mematai Mizuki seakan gadis itu mahluk paling aneh di ruangan tersebut.

          "So...apa cerita dengan kau ni?"soal Mikayla, gadis berambut kerinting paras leher di sebelah Mizuki.

          "Yalah...kenapa bertutup litup macam ni?Kita bukan dekat luar kan?"tegur Carl, lelaki berambut pendek half-cut.

            Silih ganti Mizuki pandang mereka sewaktu dirinya di hurung seperti lalat dengan makanan yang terdedah. "Apa salahnya kan?At least saya tak bogel."jawabnya dengan bersahaja.

Mereka di situ ketawa tidak semena.

            "Badan awak ada cacat celanya ke?"

             "Ke banyak tatu?"

            "Awak tahu...kalau coach nampak ni mahunya berangin satu badan orang tua tu nanti.."

Mizuki mula kerimasan. Dia hampir sahaja mahu menempik supaya semua orang di situ jauhkan diri dari dia, Dan...dan waktu itulah bunyi tepukan tangan kedengaran.

Clap!

Clap!

           "Baris sedia semua!"laung satu suara garau yang tegas.

Secara automatik semua orang berpecah dan membuat satu barisan lurus sepanjang lantai latihan di situ. Hanya Mizuki sahaja tidak bergerak kerana dia memang dah siap berdiri di situ sejak tadi.

Muncullah seorang lelaki berpakaian ala-ala tentera iaitu bert-shirt round neck biru cair dan seluar army hitam dan berkasut combat biru gelap. Dada bidang dan otot lengan kekar. Wajah sedikit berjambang yang berwarna putih, rambut memang botak licin habis. Berkilat sampai cahaya lampu dari atas memantul di permukaan kepala itu.

Mizuki yang lihat jadi kagum sendiri. Mulutnya ternganga sedikit saat menilik coach barunya itu.

            "Seperti yang kamu semua sedia maklum, kelas pada hari ini ialah kelas seni mempertahankan diri. Jadi buat kadet junior yang telah lama masuk boleh jalani latihan kamu seperti biasa dengan pasangan masing-masing. Namun untuk kadet junior yang baru sertai akademi ini, ada sedikit tunjuk ajar untuk kamu ikuti sepanjang kelas ini..."

Semua kepala berpaling ke Mizuki dan tiga orang lagi kadet yang berdiri di samping kanan barisan itu. Hal itu membuatkan coach tersebut terpandang akan kadet yang berpakaian tutup litup seperti 'you-know-what' berbungkus begitu.

            Namun begitu coach tersebut tidak pedulikan Mizuki. Dia malahan pandang ke kanannya. "Persilakan, Joaquin..Ketua Plantun Kadet Senior. Dia bakal menjadi tenaga pengajar kamu sepanjang minggu ini.."

Kadet junior yang lain terus tergamam. Ada yang memasang muka terror mereka. Ada juga yang diam membatu tidak memberi sebarang reaksi kerana begitu terkejut mendengar makluman itu. Masakan tidak, mereka semua tahu Joacquin tu orangnya macam mana...

Pembuli!

Pencabul!

Psiko!

Tiada hati perut!

Berikan saja semua jenis perangai binatang yang wujud dekat muka bumi ni, lelaki ini la yang menyandangnya.

Ramai kadet yang gagal kerana Joacquin.

Ramai juga kadet yang ditimpa kecederaan kerana Joacquin.

Menjadi anak didik lelaki ini adalah pilihan terakhir mereka sekalipun dunia ini akan kiamat!

Dengan megah, berjalan maju ke depan lelaki lampai berwajah segak lagikan menarik perhatian itu. Senyuman kacak tersunging di bibir itu. Jelas-jelas di wajah itu Nampak alim dan baik. Namun di belakangnya hanya mereka yang pernah jadi mangsa sahaja yang tahu perwatakan sebenar lelaki itu.

Kepala Mizuki terlentok sedikit kerana tertarik dengan rupa paras kacak Joacquin. Dia lirik dari atas ke bawah sebelum beri tabik kerana waktu itu semua orang beri tabik pada orang atasan mereka itu.

             "Baiklah Joacquin..saya serahkan mereka kepada kamu."

Mereka yang tidak terlibat pun sama-sama cabut larikan diri dulu. Tinggalkan empat orang kadet baru di situ depan Joacquin.

Takut-takut seperti ayam tunggu giliran hendak disembelih, mereka di situ perhatikan langkah Joacquin perlahan-lahan mendekati mereka.

Selain Mizuki, tiga orang di situ sudah kecut perut. yalah mereka kenal siapa Joacquin, tapi tak Mizuki sebab gadis itu baru pertama kali jumpa.

            "Hai senior.."senyum Mizuki dengan ceria. "Saya Mizuki."

Tindakan Mizuki telah buatkan fokus lelaki itu terus kepadanya. Mata tajam Joacquin terus gerak memandang wajah ceria Mizuki.

            "Well...what we have here?"sengih Joacquin yang mulai berfikiran jahat terhadap gadis comel di depannya waktu itu. "Panggil saja Jack.."sapa dia dengan mesra yang pura-pura baik.

            "Selamat berkenalan. Harap dapat beri tunjuk ajar..."beritahu Mizuki semasa beri tabik.

Mata Joacquin waktu itu naik turun hendak menilik tubuh Mizuki tapi sayang, gadis itu mengenakan pakaian yang tertutup. Langsung tak boleh hendak lihat warna kulit itu apatah lagi bentuk badan sebenarnya.

            "Memandangkan hari ni mood saya baik...apa kata kamu berempat mulakan aktiviti memanaskan badan dulu. Kemudian saya tunjukkan pergerakkan basic. "ujar Joacquin selepas itu.

             "BAIK!"sahut mereka berempat dengan serentak.

Waktu itu, Mizuki curi-curi pandang belakang badan Joacquin dengan senyuman suka di bibir.

❄️❄️❄️❄️❄️❄️❄️❄️

Alright Buddies berikut merupakan 5 chapter untuk hari ini.

Diharap anda semua berpuas hati.

43. Hell GirlWhere stories live. Discover now