51. Cabar~

1.1K 145 9
                                    

Kaki berkasut highboot combat berada di hujung penjuru meja sewaktu ia bergerak depan dan belakang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kaki berkasut highboot combat berada di hujung penjuru meja sewaktu ia bergerak depan dan belakang. Empunya kaki pula duduk di kerusi yang dijongkat jongkit depan ke belakang ke atas dua kaki kerusi tersebut. Langsung tidak risau terjatuh kerana berada dalam keadaan seimbang di situ.

         "Hmm...hmm..hmm.."nyanyi Mizuki semasa belek majalah lama Tahun 2022. Sudah khatam sebenarnya, tapi dia suka baca ulang-ulang isi kandungan majalah tu sebab tertarik dengan senarai pelajar-pelajar di situ.

Nak tahu apa lebih menarik dalam senarai kadet yang tersenarai di dalam majalah ini?

20 orang kadet. Seperti Danzo Luth.

Hanya 5 orang sahaja yang berjaya stay dalam akademi ni?

Menarik bukan?

Antara lima orang ini, hanya dua sahaja yang lulus.

Nak tahu siapa?

Duhh!

Obviously!

Dan apa yang berlaku pada mereka yang lain?

Simple...

Sama ada terlibat dengan kes jenayah, melanggar peraturan, cedera hingga permanent injury atau mati.

            "Good morning Senior Joacquin.."sapa kadet dalam bilik latihan itu dengan serentak.

Mendengar nama itu, Mizuki turunkan kaki dan kerusinya lalu berpusing ke belakang untuk lihat apa la yang buatkan semua orang di situ kedengaran semangat. Dan bila dia pandang, matanya terarah pada lelaki lampai berwajah segak yang ringkas mengenakan pakaian sukan khas untuk latihan combat.

Hujung bibir Mizuki terjungkit sinis. Majalah di tangannya di tutup sebelum bangun dari duduknya.

Well ...well ..tengok siapa yang dah munculkan diri.

Dan...dan waktu itulah mata Joacquin terarah pada kadet perempuan yang mengikat rambut tinggi ke belakang dan mengenakan suit latihan serba hitam. Dari atas sampai bawah tertutup. Tangan berglove.

        "Hai Mizuki."sapa Jaocquin saat meletakkan beg duffle ke atas bangku berdekatan. Langsung tidak mempedulikan mereka yang sibuk hendak dapatkan perhatian dari dia. Matanya memandang gadis itu dengan tatapan penuh muslihat.

         "Morning."senyum Mizuki. "How's your day lately?"kepalanya terlentok sedikit.

          Sambil jalan mendekati Mizuki sambil tu Joacquin mengurut belakang tengkuknya. "Quite interesting.."Sabrina memekak pada dia!Salahkan dia disebabkan tindakan Mizuki beberapa hari ni!

           "Iya ke?Senior pasti?Sebab saya nampak macam tak okay je...gaduh dengan girlfriend ke?"

Sehinggalah lelaki lampai itu berdiri melangit di hadapan Mizuki. Buatkan gadis itu kelihatan kerdil di depan lelaki buffy itu.

43. Hell GirlWhere stories live. Discover now