36. Gray Price

906 122 0
                                    

Sabrina mengintai lihat sekeliling semasa tiga orang budak suruhannya berdiri menghadap dia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sabrina mengintai lihat sekeliling semasa tiga orang budak suruhannya berdiri menghadap dia. Hendak pastikan tiada sesiapa berada berdekatan untuk dengar apa yang bakal dia sampaikan nanti.

Yakin tiada ada sesiapa berdekatan baru dia pandang mereka.

             "Kau tahu kan budak Mizuki tu?"tanya Sabrina.

             "Kenal..."

               "Aku nak kau uruskan dia. Aku tak pedulikan cara apa kau akan pakai untuk kenakan perempuan tu. Apa aku tahu kau susahkan hidup dia dekat sini."beritahu Sabrina penuh autoriti.

Ketiga-tiga itu dengan patuh mengangguk kepala.

               "Dah lekas masuk dalam sana. Make sure tak ada sesiapa yang curiga."gesa Sabrina selepas itu.

Tanpa pengetahuan Sabrina, waktu itu ada yang memang sudah siap memasang telinga di tepi dinding pintu masuk kolam renang itu. Begitu hampir dengan mereka sehingga dapat dengar apa yang dibualkan tadi!

Tiga orang kadet itu pun berjalan masuk ke dalam ruangan kolam renang itu bertiga-tiga. berlagak seakan tiada apa-apa.

Sabrina tidak menunggu di situ. gadis itu terus beredar pergi dari pintu masuk itu untuk hadiri kelasnya sendiri.

               "Ren...sini!"laung Kiera kepada rakan sekelasnya itu apabila melihat kelibat tiga sekawan itu mendekat.

Lelaki yang tidak berbaju dan hanya mengenakan seluar renang paras lutut itu mengangkat tangan menyahut panggilan itu. Waktu itulah mata dia terlihat akan kelibat targetnya bersama-sama dengan kumpulan di situ.

             "Kau orang tak mulakan latihan lagi ke?"tanya Hanz disebelah Ren waktu itu.

             "Belum lagi...coach tak ada..tapi kalau nak panaskan badan boleh je.."jawab Kiera.

Kadet perempuan di situ mengangguk kepala dengan senyuman dibibir.

             "Oh ya ke?"ujar Cole di belakang Hanz pula. Dia curi-curi mengerling ke arah kiri kolam waktu itu. Melihat Mizuki sedang duduk di tepi kolam sedang merendam kaki sendirian. Bermain air mungkin!

Ren menyinggul lengan Cole. Memberi isyarat kepada rakannya itu untuk pergi dari situ. Yang mana difahami oleh Cole serta merta. Lelaki itu pun apalagi, dia jalan berarak mendekati kolam dimana Mizuki berada.

Sedang Cole berjalan, tiba-tiba seseorang muncul dari tepi. Melanggar bahu Cole dengan kuat hingga menyebabkan lelaki itu terduduk di atas lantai dengan kuat.

             "Auw!"aduh seseorang selepas berdesis marah. "Dah tak ada mata sangat ke nak pakai sampai jalan pun langgar orang?"

              Suara marah itu menyebabkan Cole tersentak apabila dia dongak memandang ke atas. "Oh...Senior Gray. Maaf saya tak perasan."kalut-kalut dia bangun walaupun punggung dan bilah bahu dia kesakitan.

              "Tak perasan atau buat-buat tak perasan?Kau ingat jalan ni mak bapak kau yang punya ke?"terus Gray tunjal kepala Cole. "Lain kali ada mata guna...ada otak letak dekat kepala bukan letak dekat kepala lutut. Bukan ikut suka aje berjalan. "

              Cole sentap. Dia pandang tak percaya akan Gray bila lelaki itu memaki dia begitu. "Kan saya dah minta maaf...kalau ya pun tak payah la cakap macam tu. Ingat diri tu bagus sangat ke?"

               "Kau cakap apa?"Gray berdengus tak percaya. "Aku senior kau tahu tak?!"

               "Jadi berlagak la jadi senior yang layak untuk di gelar sebagai senior...bukan berlagak macam dipsh*t!"

Berang dengan komen itu, Gray terus tumbuk muka Cole dengan padu sehingga menghasilkan bunyi 'krak' yang kuat.

                "Arghh!"teriak pelajar perempuan yang kebetulan berada berdekatan. mereka terkejut apabila Cole tiba-tiba aje jatuh di tempat mereka berdiri.

Darah tumpah menitis di atas lantai mozek itu setelah Cole pegang hidungnya yang patah.

                "Hei apa ni!"marah Ren dan Hanz yang datang ke tempat kejadian setelah kekecohan itu didengari mereka.

Dengan gagah berani dua orang itu berdiri melindungi Cole yang cedera.

                Mata Gray lirik akan wajah serius Ren dan Hanz lalu berdengus kecil. Hujung bibirnya terjungkit sini. "Kenapa?Kau orang berdua pun nak tunjuk kuat jugak ke?"

Semua kadet yang hadirkan diri untuk jalani latihan renang mereka berdiri kaku di situ menyaksikan suasana tegang depan kolam renang dimana Mizuki sedang bersantai. Sama seperti orang lain, Mizuki pun turut sama saksikan hal itu.

Setelah membalas renungan dalam seakan mahu membunuh antara satu sama lain disitu, akhirnya Ren terlebih dahulu mengalah.

             "Maaf."ucap Ren dengan tidak rela sebelum tunduk mendapatkan Cole. Hanz pula pandang menjeling tidak puas hati ke Gray dan sama-sama beredar dari situ dengan Ren.

Mata Mizuki terkebil-kebil apabila perasan Cole, si hidung berdarah itu mengerling ke arah dia yang lain macam.

             "Dah kenapa pandang orang macam tu?"detik hati Mizuki sendirian dengan muka pelik.

Dan apabila Mizuki kembali memandang ke tempat Gray berdiri tadi, lelaki itu pula yang memandang ke arah dia.

Aik?

Dah kenapa?

              "Hai?"lambai Mizuki kerana dia tidak tahu hendak buat apa lagi bila dipandang begitu garang dengan Gray. Macam dia pulak yang cari pasal dengan lelaki tu!Sedangkan yang bertumbuk tadi Gray!

Tanpa berkata apa-apa Gray pergi dari situ dengan langkah kakinya yang panjang.

Mizuki pulak hanya perhatikan langkah Gray dengan muka funny hendak ketawa. Tak relaks betul la lelaki-lelaki dekat akademi ni.

❄️❄️❄️❄️❄️❄️

😂baru habis. Cepat2 on balik.

Don't worry okay. This book will not took so much chapter.

43. Hell GirlWhere stories live. Discover now