The Convenant."Apa maksud kau Gray?"tanya Jessica dengan muka tergamam yang amat sangat.
"Aku nak left dari group ni. Semalam aku dah beri notis untuk berhenti dari jawatan yang aku pegang." beritahu Gray semula saat menyusun barang di dalam kotak.
Tyler buat muka funny.
"Dah kenapa?Kau bergurau ke?"
Jarrel di kerusi pandang akan Gray tanpa mengatakan apa-apa. Sejak kawannya itu masuk ke pejabat sehingga la sibuk mengemas barang, dia sekadar perhatikan saja.
"Tak. Aku serius."
"Kau tak boleh blah macam tu aje..."tegah Jessica. "Kau dah tahu banyak... dah lakukan banyak perkara....mana boleh lari macam tu aje..."
"Betul tu....kau jangan nak ngelat ya!"
"Jangan risau...kalau ada apa-apa berlaku, kau orang boleh sebut nama aku. Dan aku akan beri kerjasama sepenuhnya." tambah Gray selepas selesai mengosongkan meja kerjanya itu.
Barulah Jarrel bangun dari tempat duduknya. Dia perlahan-lahan jalan dekati meja Gray saat itu.
"Kenapa?Kenapa baru sekarang?"soal Jarrel dengan mendatar.
Barulah Gray angkat kepala. Mata dia digerakkan ke arah Jarrel dengan renungan kosong. Untuk beberapa saat dia diam di situ.
"Sebab aku nak berhenti dari sini. parents aku minta aku untuk tamatkan study di sini dan sambung di akademi tentera laut sebab prestasi aku dekat sini tak berkembang..." beritahu Gray mendatar.
Kening berkerut tak puas hati Tyler perlahan-lahan kendur.
"Kemudian...siapa yang akan ganti tempat kau?"soal Tyler.
Dan bila Jarrel berdiri di depan meja Gray, masa itu la Gray angkat kotak barang-barangnya dan di peluk rapat ke dada.
Sebelum Gray berkata, dia sempat lirik akan wajah ketiga-tiga mereka di situ silih berganti. Memandangkan orang yang bertanggungjawab di atas kematian Danzo telah diketahui dan bakal di hukum tanpa undang-undang. Tugasnya di sini telah selesai. Selebihnya akan diserahkan kepada Mizuki.
"Buat masa sekarang posisi aku akan kosong. Ahli jabatan yang lain akan handle semua tugas-tugas aku. "jelasnya. "I wish you all good luck. Semoga kita dapat bertemu lagi." ucap Gray sebelum bergerak ke arah sliding door automatik.
Semua di situ pandang dengan reaksi tergamam. Nak halang pun tak tahu nak cakap macam mana lagi.
Tengok-tengok Gray dah lesap dekat depan pintu tu.
Sewaktu Gray tiba di depan anak tangga, berdirinya Mizuki di situ. Bertentang sahaja mata, gadis tersebut terus tersenyum.
"Hai...."
Gray berhenti sekejap namun sesaat kemudian dia kembali berjalan menuruni tangga itu.
"Tak ada kelas ke?" soal Gray sambil tu.
Mizuki berjalan di samping Gray selepas itu. Tangan gadis itu ada di belakangnya.
"Kelas renang. Saya malas nak pergi.."
"Macam mana persiapan kau untuk mengenakan Joacquin?"
"Baru sikit....saya tunggu masa yang bersesuaian..."
"Kalau macam tu aku cadangkan kau lakukannya pada hari sama sewaktu pemilihan wakil pelajar diadakan...."cadang Gray.
Mizuki toleh ke kiri, dia dongak memandang ke tepi muka dingin tidak beremosi Gray.
"Awak sure tak nak tunggu?"
"Mm."
"Kenapa?"
Gray kemudiannya berhenti berjalan. Dia termenung pandang ke hadapan untuk beberapa saat.
Sama seperti Gray, Mizuki ikut sama diam. Dia tunggu jawapan dari lelaki lampai disebelahnya.
"Aku tak sure yang aku boleh tanggung rasa serba salah sekiranya cerita sebenar terdedah ..."Gray palingkan kepala. Dia tunduk memandang Mizuki dengan senyuman nipis di bibir. "Jadi... sebelum hal jadi serius dan keadaan jadi kelam kabut... baik aku undurkan diri dulu memandangkan nama baik Danzo bakal dibersihkan."
Tersengih Mizuki.
"Awak tak kisah?"
"Kadang-kadang manusia kena belajar dari kesilapan baru mereka tahu apa mereka buat tu salah ke betul...."
"Betul tu."angguk Mizuki. "Dan untuk itu saya akan tunggang terbalikkan akademi ni supaya mereka yang tidak jujur dan melanggar undang-undang dihukum dengan betul."
Hujung bibir Gray terjungkit sedikit.
"Good luck....dan hati-hati Mizuki. Joacquin bukan sebarangan orang yang kau patut dekati macam tu aje...ayah dia boleh tolong dia tutup semula kesalahan dia tu."
Tahu!
Dia dah siap uruskan pun.
Tinggal masa aje nak mula.
Lepas tu mesti tercirit-cirit Joacquin dibuatnya.
"Hahaha....jangan risau. Awak dekat sana nanti take care ya. Dan jadilah pegawai yang saksama ketika jalankan tugas."pesan Mizuki.
Gray terlintas hendak menepuk kepala Mizuki, namun dia kawalkan dirinya dari berbuat begitu.
"Pastikan kau kenakan Joacquin sampai dia tersungkur dan takkan dapat bangun sampai bila-bila...."
"Aip-aip kapten!"tabik Mizuki dengan ceria.
Dan kemudiannya Gray kembali menyambung perjalanan sambil ditemani ocehan Mizuki.
❄️❄️❄️❄️❄️
YOU ARE READING
43. Hell Girl
Science FictionSuhu badan dibawah 27 darjah. Degupan jantung perlahan ekoran suhu badan yang rendah. Mempunyai keistimewaan dimana tidak dapat merasai sebarang objek yang panas. Boleh rasa sakit boleh rasa sejuk, tapi tidak pernah rasa apa itu kehangatan. Kele...