15. Hunter Being Hunt

981 128 4
                                    

Selepas sejam tidak mendengar sebarang berita dari Tyler, dia sendiri yang datang mencari kawannya yang satu ini untuk cari tahu hal sebenar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Selepas sejam tidak mendengar sebarang berita dari Tyler, dia sendiri yang datang mencari kawannya yang satu ini untuk cari tahu hal sebenar. Mereka biasanya berkumpul di ruangan pejabat. Namun tidak hari ini kerana ada sesuatu telah terjadi yang menyebabkan mereka berempat berpecah entah ke mana-mana kerana begitu terkejut.

Sampai la di depan sebuah bilik latihan operasi IT. Berdiri dua lelaki lampai di situ. Seorang mencekak pinggang, seorang sudah berkerut kening susah hati semacam.

             "Apa maksud kau pass kau boleh hilang kemudian kau temui dekat pejabat?"tanya Gray dengan kening berkerut.

              "Itu soalnya...aku tak faham. Aku ingat lagi malam tu aku sediakan baju aku..aku siap gantungkan pass tu dekat hanger. Esok pagi masa aku nak pakai tak ada...tiba-tiba Jessica call aku. beritahu dia jumpa pass aku dalam pejabat terselit dekat tepi meja komputer Jarrel."jelas Tyler sambil mencekak pinggang sebab begitu frust.

Gray tercengang. Untuk beberapa saat dia pandang muka berkerut Tyler. Cuba nak faham situasi dekat situ.

              "Dan kau nak tahu apa yang lagi kebetulan...masa kau hilang pass jugaklah pihak polis tentera turun ke sini buat tahanan sebab kes cocaine?"tanya Gray tidak lama selepas itu dengan nada berbisik keras.

Bulat mata Tyler bila dengar.

              "Apa?"soalnya dari balik nafas.

               "Ya!Sekarang Jarrel tengah uruskan kes tu sebab hal ni melibatkan banyak nama. Kalau ayah Jarrel tahu pasal ni kita semua boleh masuk penjara tahu tak!"

              "Tak mungkin...semua maklumat tu ada dalam komputer Jarrel. Macam mana sampai ada yang tahu?"

              "Thanks Sherlock for the information..."sindir Gray kejengkelan. "itu masalahnya... pass kau hilang. Sekarang kes cocaine tu ketahuan...kau rasa?"

             Nafas Tyler mula naik turun tidak tenang. Dia pandang cemas ke Gray. "Bukan aku.....serius aku beritahu..."

              "Kau beritahu hal tu pada Jarrel.."Gray pandang kanan dan kirinya dengan kesal. Kepala dia jadi blank lepas berita mengenai pendedahan nama dan penjualan cocaine secara haram dalam akademi ni. Beberapa nama telah naik berserta bukti akaun bank. Bukti dah jelas, memang tak boleh nak cilok mana-mana dah!

              "Sumpah!Aku memang tak bersalah dalam hal ni!"geleng Tyler begitu terdesak waktu itu.

Gray buat muka tidak terkata dia. Serius dia sendiri tak tahu nak cakap macam mana. Jessica sendiri beritahu hal ni pada Jarrel. Sah-sah Jarrel akan fikir Tyler yang jadi punca pecah maklumat mereka pada pihak berkuasa ketenteraan.

Sudahlah bukan setakat atasan aje yang terlibat, malah lima cabang atasan ketenteraan turut terlibat dalam siasatan ni!

Kes dadah kut...siapa aje nak lepas tangan.

43. Hell GirlWhere stories live. Discover now