Selepas beberapa hari tidak hadirkan diri, akhirnya Mizuki dapat kembali menjejak kaki ke akademi itu selepas sihat sepenuhnya.
Disebabkan ketidakhadirannya itu Mizuki terlepas banyak perkara yang menyebabkan para coach dan rakan sekelas dia bertimbun-timbun memberikan kerja kepada dia.
Ingatkan dah masuk kelas tu dia disambut gembira ke...sambut parti ke apa kan...
Sekali tu...
Yang menyambut Mizuki hanyalah timbunan tugasan dan jadual latihan semata.
Tidak terkata Mizuki waktu itu.
Sudahnya jadual yang baru itu buatkan dia terpaksa luangkan masa lebih lama dari waktu asal sebelumnya.
Suprisingly, kelas seni mempertahankan diri Mizuki jatuh pada waktu sama dengan jadual Joacquin jalankan latihan.
Hah! Elok sangatla tu.
Nak tak nak, Mizuki kena jalani latihan bersama-sama dengan senior lain di dalam dewan gymnasium yang sama.
Alang-alang dah berjumpa ni, Mizuki mahu membuat perhitungan terhadap Joacquin selepas apa yang lelaki itu telah lakukan kepada dirinya.
Pasti terkejut beruk lelaki menyakitkan hati itu nanti melihat kedatangan dia.
Muahahaha!
BANG!
Terbuka kasar pintu bilik itu hingga daun pintu itu menghentak dinding dan mengeluarkan bunyi gegaran dari hentakan itu.
Surprise motherf**kers!
Melompat terkejut mereka yang ada di situ.
"Hai semua!Sorry menganggu latihan senior-senior di sini dengan kehadiran saya ni..."Mizuki berjalan masuk ke situ dengan langkah riang penuh keyakinannya. Mesti la dia kena bersemangat!Nak mengerjakan punggung seseorang kan! Confident tu penting!
Joacquin di tepi bangku tempat duduk rakan-rakannya yang lain tercengang sendiri apabila melihat Mizuki berjalan masuk ke situ dengan keadaan sihat dan masih hidup?!
Seperti tahu-tahu, waktu itu la Mizuki bertentang mata dengan Joacquin. Senyum lebar gadis itu dibuatnya saat mereka berdua bertentangan mata.
"Oh my gosh! Senior Joacquin..." laung Mizuki dengan over dramatik apabila melihat kelibat lelaki itu. "Ya ampun...lama rasanya saya tak jumpa senior.."berlenggok jalan dia waktu itu. Sengaja nak tarik perhatian kadet-kadet lain di situ.
Semua kadet senior situ pandang tidak faham. Ada juga yang membuat muka kebingungan masing-masing apabila melihat sikap selamba Mizuki saat gadis itu mendekati lelaki paling berbahaya dalam akademi ini.
Joacquin buat muka tak senang. Dia berasa tidak selesa apabila ramai mata memandang ke arahnya waktu itu. "Kenapa kau dekat sini?"deramnya perlahan.
YOU ARE READING
43. Hell Girl
Science FictionSuhu badan dibawah 27 darjah. Degupan jantung perlahan ekoran suhu badan yang rendah. Mempunyai keistimewaan dimana tidak dapat merasai sebarang objek yang panas. Boleh rasa sakit boleh rasa sejuk, tapi tidak pernah rasa apa itu kehangatan. Kele...