"Apa dia?Kamu telah peroleh petunjuk kematian anak lelaki saya?"
"Ya...tapi saya perlukan bukti untuk sahkannya."
"Siapa suspek tu?"
"Buat masa sekarang saya tak boleh pastikannya samaada betul atau tidak suspek ni. Sebab itu saya perlukan surat rasmi dari tuan sendiri untuk bantu saya dapatkan barang Danzo Luth yang boleh dijadikan klu"
"Surat?"
Dia mengangguk kepala dengan bersemangat. "Saya perlu dapatkan barang peribadi Danzo Luth melibatkan akademi tu. Dari situ saya boleh kenalpasti klu atau kisah yang tersembunyi sewaktu hayat dia masih hidup..."
"Kamu sure ke tentang hal ni Mizuki?"
"Saya pasti tuan...seperti yang tuan mahukan. Saya bantu tuan tegakkan keadilan untuk kematian anak tuan. Tapi dengan syarat tuan perlu bantu tutup jejak saya selepas 'mengambil' haba dari manusia yang terlibat dalam siasatan ni.."
Untuk seketika Federico membuat muka berfikirnya semasa dengar hal itu. Tiga orang lelaki di kelab malam tempoh hari dia juga yang bersihkan jejak dan hapuskan bukti. "Fine..."
Pintu pejabat terbuka.
Suasana di dalam itu disapa dengan bunyi sunyi deru angin dari penghawa dingin. Sebuah kaunter diduduki dua orang staf wanita beruniform. Masing-masing sibuk dengan hal sendiri.
Seorang sedang menulis dalam fail dengan tangan kanan, tangan sebelah lagi memegang tetikus.
Staf seorang lagi berdiri sambil menyusun atur kertas-kertas di situ untuk di stapler.
Pada masa yang sama dua orang staf jalan melewati kaunter itu ke arah pintu yang sedia terbuka di situ, melintasi dia yang kebetulan sedang berjalan ke arah kaunter itu.
"Hai..selamat pagi."sapa Mizuki dengan senyuman lebar di bibir. Tangan berglove dia diletakkan atas kaunter itu.
"Hai..selamat pagi. Boleh saya bantu?"sapa staf wanita yang sedang berdiri menyusun kertas tadi.
Mata Mizuki naik turun memerhati sekeliling ruangan pejabat admin itu sambil berkata. "Boleh saya dapatkan maklumat mengenai bekas penuntut bernama Danzo Luth?"tanya dia.
Tanpa berlengah staf itu berhenti dari melakukan kerjanya tadi. "Boleh saya tahu atas urusan apa ya?"
Satu helai kertas bercop rasmi pentadbir akademi di serahkan kepada staf itu. "Semakan untuk pemulangan barang tidak di tuntut."jawab Mizuki dengan senyuman mesra di bibirnya. Tanpa sedar jarinya mengetuk-ngetuk perlahan permukaan kaunter itu.
"Baik. Tunggu sebentar ya."staf itupun tunduk menaip sesuatu di papan kekunci di situ. Sesaat kemudian dia capai kertas lalu mencatat sesuatu pada kertas not pad itu. "Menurut rekod terdapatnya barang tidak dituntut dalam simpanan stor. Kalau kamu hendak mengambilnya, pergi ke bangunan sayap timur. Di tingkat dua. Ada bilik bernombor ni. Di situ barangnya tersimpan."
Mujurlah dia sempat minta Federico uruskan hal ni, senang sikit nak dapatkan kebenaran tanpa menimbulkan sebarang kekecohan. "Baik. Terima kasih."ucap Mizuki semasa mencapai kertas itu sebelum keluar dari pejabat itu.
Berjalan sendirian di situ, Mizuki merentasi koridor itu sehingga tiba di pintu untuk laluan kecemasan. Dia berhenti di situ lalu bertemu dengan seseorang beruniform kadet akademi. Bertopi di kepala. Buatkan wajah itu tidak jelas sangat untuk di lihat.
"Jom."ajak Mizuki kepada Dante.
"Kau sure ke barang Danzo ada dekat situ?"soal Dante dengan perlahan apabila mereka berdua mula jalan meninggalkan koridor itu menuju anak tangga untuk turun ke tingkat bawah.
"Kenapa?"
"Ayah aku kata hari tu masa dia cuba ambil barang Danzo, dia orang kata tak boleh dituntut."bisik Dante sambil mengerling sekeliling mereka. Khuatir jika tertangkap.
Mizuki rangkul lengan Dante kerana lelaki itu hendak melencong ke arah lain setelah mereka berdua tiba di tingkat bawah sekali. Dia tunjuk pada lelaki itu supaya ikut ke arah bertentangan yang mana dituruti Dante tanpa banyak soal.
Berdua-dua jalan seiring merentasi laluan bersalji itu untuk ke bangunan sebarang bangunan asal mereka datang tadi.
"Waktu tu kan Danzo baru aje meninggal dunia. mesti la barang dia kena hold sebab nak dijadikan bahan bukti. Sekarang kes dah tutup. 2 tahun berlalu. mesti la dia orang tak kisah."jelas Mizuki semasa cuba membuka mata dia apabila angin kuat bertiup menyapa pandangan dia semasa perjalanan itu.
"Kau yakin kita dapat cari petunjuk mengenai kematian Danzo melalui barang dia nanti?"soal Dante saat mereka berdua tiba di depan pintu masuk bangunan itu. Dua hari semalam Mizuki beritahu rancangan mereka ini. Mulanya Dante ingat Mizuki mahu memeluk dia seperti biasa, rupa-rupanya sangkaan dia meleset. Gadis itu hanya datang hendak berbincang aje. Kecewa sikit dekat situ!
Mizuki palingkan kepala ke Dante sebelum tepuk belakang badan itu memberi semangat.
"Dapat atau tidak belakang cerita. Apa yang penting kita dapatkan maklumat dulu."beritahunya setelah itu.
❄❄❄❄❄❄
Tunggu sekejap ya...ada 3 chapter lagi.
Tinta nak on game sekejap. Ada war kena fight. 🤣🤣
YOU ARE READING
43. Hell Girl
Science FictionSuhu badan dibawah 27 darjah. Degupan jantung perlahan ekoran suhu badan yang rendah. Mempunyai keistimewaan dimana tidak dapat merasai sebarang objek yang panas. Boleh rasa sakit boleh rasa sejuk, tapi tidak pernah rasa apa itu kehangatan. Kele...