Matanya memandang tepat ke wajah itu.
Dante eratkan cengkamannya pada jari jemari Mizuki. Selama ini dia fikir, Mizuki hanya sekadar orang upahan ayahnya untuk bantu siasat kematian abangnya saja. Siapa sangka, gadis yang telah dermakan tulang sumsum kepadanya dengan seksa diri sendiri turut membantu untuk menyembuhkan mama dia sekali.
Semuanya dilakukan oleh Mizuki secara senyap tanpa menceritakan apa-apa pada dia.
Dan paling mengejutkan adalah, Mizuki tahu apa yang berlaku pada Danzo. Tapi tidak mahu menceritakan kepada dia kerana enggan buatkan dia benci pada ibubapanya sendiri. Sebab Mizuki tahu sekiranya dia tahu apa yang ibubapa dia telah lakukan terhadap Danzo hanya kerana ingin melindungi diri dia, dia akan bencikan ibubapanya sendiri.
Sejak awal lagi, Mizuki adalah hero dalam hidup dia. Hanya dia dan egonya yang tidak menyedari akan kenyataan itu.
Oleh kerana takdir, mereka berdua ditemukan.
"Arghh!!"jerit Mizuki kegembiraan semasa kakinya meluncur atas permukaan ais licin di situ sambil dipegang oleh Dante. Dia gerak kanan dan kiri tidak tergelincir sambil memandang kaki. "Seronoknya!Terima kasih sebab bawak saya ke sini!"ucapnya selepas itu.
Wajah tersenyum Mizuki dipandang Dante dengan senyuman nipis di bibir. "Kau suka ke?"
"Ahaha...saya suka!"angguk Mizuki sewaktu tidak sedar ada peluncur lain di belakangnya di rink ais itu.
Dante yang nampak cepat-cepat menarik Mizuki rapat kepadanya.
Oleh kerana tarikan itu mengejut, Mizuki yang tidak bersedia terus masuk ke pelukan Dante dan bertemu muka dengan lelaki itu. Bibirnya bersentuhan dengan bibir Dante secara eksiden.
Tepat pada masa yang sama, seseorang meluncur di tempat Mizuki berdiri tadi.
"Kau okay?"tunduk Dante sewaktu memandang Mizuki di depannya.
Terkedip-kedip mata Mizuki waktu itu. Entah kenapa dia berasa semacam saat ditatap Dante sebegitu rupa. Dan sikap Dante sangat la berbeza dari kebiasaannya. Kebelakangan ini Dante agak clingy. Setiap kali dia pulang dari akademi, pasti Dante yang menyambutnya pulang. Temani dia makan, berborak dengan dirinya walaupun Dante sendiri sibuk ada tugasan yang perlu disiapkan.
"Saya okay.."angguknya perlahan sambil menolak dada Dante untuk menjarakkan mereka berdua. Dia tidak mahu ambil kesempatan pada Dante melainkan lelaki itu sendiri yang mahukannya.
Dante yang sedar akan tindakan Mizuki itu, terus mengeratkan lingkarannya ke pinggang Mizuki. Tidak mahu membiarkan Mizuki jarakkan diri. Merapatkan gadis itu ke dadanya semula. Membuatkan wajah mereka saling bertemu semula. Nafas masing-masing saling berlaga.
Menahan nafas terkejut Mizuki dengan tindakan Dante. Kedua-dua tangannya menekap dada bidang itu. "Kenapa?"tanya dia dengan mata bergerak kanan kiri kerana bingung dengan perasaan yang dirasai. Entah kenapa seluruh badannya terasa hangat!Sampai boleh rasa darah dia naik menyerbu pipi serta telinga sebelum naik ke atas kepala.
"Tak ada apa-apa.."senyum Dante dengan handsome semasa pengunjung di rink ice di situ meluncur ke sana sini di sekeliling mereka berdua. "Aku cuma suka pandang muka kau..."
Terkebil-kebil mata Mizuki dibuat ayat itu. Pipinya yang sedia kebas semakin kebas apabila bibir dia terukir senyuman sekali lagi. Dia pun suka tengok muka Dante. Tak tahu la kenapa setiap kali Dante ada dengan dia, pasti perasaan hangat ini akan muncul. Boleh pulak nak buat orang blushing dekat sinI!Sabar aje la!
Mereka berdua saling membalas renungan tanpa berkata apa-apa untuk seketika.
Dan apabila keadaan senyap yang selesa berlanjutan, barulah Dante bersuara.
"Terima kasih untuk segalanya Mizuki..."ucap Dante saat bawa tangan kanannya naik memegang belakang tengkuk itu. Jujur dia katakan, dia telahpun jatuh cinta pada Princess Ais di depannya ini. Kalau boleh dia tidak mahu Mizuki pergi. Tapi dia tahu...dirinya ini belum layak untuk bersama dengan Mizuki.
Berbunga setaman hati mendengarnya. Kaki Mizuki berjengket sedikit saat dia lingkarkan tangan ke sekeliling pinggang Dante. Lantas hidungnya di lagakan manja pada hujung hidung Dante.
"Hahaha..."terus Mizuki mengangguk kepala. "Saya pun. Terima kasih jugak sudi luangkan masa dengan saya."walaupun hanya sementara, dia mahu cherish moment ini sebelum pulang ke pusatnya semula.
Dengan senyuman lebar di bibir, Dante memberi kucupan pada hujung hidung Mizuki sebelum bibir Mizuki dipagut dengan sepenuh perasaannya. Tangannya mengeratkan lagi pelukan itu.
Mizuki ikut memejamkan mata apabila tenaga haba dirasai menjalar seluruh tubuhnya sewaktu bibir Dante hinggap ke bibirnya. Dia mahu tersenyum, Namun setelah teringat yang semua ini hanya sementara, Mizuki hanya membalas kucupan itu dengan perasaan yang dia rasai. Perasaan dimana dia mahu bersama dengan Dante tak kira apa sekalipun yang berlaku!
Mungkin dia sukakan Dante. Tapi Dante sukakan dia ke? Dari dia teruja sendiri, baik dia pendamkan sahaja perasaannya ini. Yalah...siapa dirinya ini kalau hendak dibandingkan Dante. Dirinya ini hanya manusia ujikaji yang digunakan pakai untuk sains sahaja. Bukan manusia biasa di luar sana. Hidupnya juga singkat. Tiada siapa tahu sampai bila dia boleh hidup! Dari memberi harapan palsu, seeloknya rahsia ini disimpan hingga misinya selesai.
❄️❄️❄️❄️❄️❄️❄️
Hahahah!Rancang nak sampai 60 bab aje. Tapi ada yang mintak di panjangkan sedikit jalan ceritanya, maka Tinta akan extend penamatan buku 43 ni. Harap Buddies yang membaca tak kisah ya kalau panjang sikit kisah ni!
Nak tahu apa lagi kelakar...kan Tinta buat dua buku serentak. Upload bab gilir-gilir...nah...kadang-kadang tu kan..boleh tersasul taip nama watak ceritanya...
Mujur la sedar masa menaip!Kalau tidak Edira jadi Mizuki, Mizuki jadi Edira...
YOU ARE READING
43. Hell Girl
Science FictionSuhu badan dibawah 27 darjah. Degupan jantung perlahan ekoran suhu badan yang rendah. Mempunyai keistimewaan dimana tidak dapat merasai sebarang objek yang panas. Boleh rasa sakit boleh rasa sejuk, tapi tidak pernah rasa apa itu kehangatan. Kele...