Jam di tangan di kerling hairan. Hairan betul hari ni, biasanya dia akan di kunjungi dengan si mulut murai tu. Tapi tidak sejak awal pagi tadi. Mereka bahkan tidak berjumpa langsung. Dia bangun-bangun sahaja Mizuki sudah berangkat ke akademi. Waktu makan malam pun tidak bertembung kerana dia sibuk menguruskan mamanya memandangkan ayah dia berada di luar atas faktor urusan negara.
Sudah masuk jam 12 malam. Dante baru sahaja keluar dari bilik tidur mamanya yang selesai dia tidurkan. Langkahnya waktu itu di atur menuju ke bilik tidur Mizuki. Baru sahaja dia mahu pegang tombol pintu, daun pintu itu disedari tidak tertutup rapat.
"Mizuki?"panggil Dante semasa menjengah kepala masuk ke dalam bilik tidur itu. Perkara dia Nampak ialah kelibat Mizuki terbaring di atas sofa tepi meja belajar. Mata itu terpejam rapat. Perlahan-lahan dia dekati tempat itu sebelum bercangkung sebelah kaki di situ.
Untuk beberapa ketika Dante diam melihat wajah lena Mizuki itu. Sejak Mizuki pulang dari hospital tempoh hari, Mizuki kerap sibuk dengan latihan di akademi sampaikan mereka tiada masa untuk berbual seperti kebiasaannya. Baru hari ini dia dapat lihat wajah pucat ini.
"Penat sangat ke?"bisik Dante dengan perlahan semasa mengusap kepala Mizuki sebelum beri kucupan lembut pada tepi kepala itu.
Terkutik terus Mizuki saat itu. Gadis itu perlahan-lahan membuka mata sebelum terpandang akan Dante di sampingnya. Senyuman terukir di bibir serta merta. "Hai..."sapa dia.
"Kenapa tak tidur dekat katil kau?Kan lagi hangat?"tanya Dante.
Mizuki kembali memejamkan mata. Dia berasa dingin dan letih jadi tidak larat hendak membuka mata lama-lama. "Saya tertidur di sini masa tunggu awak datang.."beritahu dia.
"Kau tunggu aku?"kening Dante terangkat kerana terkejut mendengarnya.
"Mm."angguk Mizuki perlahan. "Saya tak nak ganggu awak jaga Ruby sebab Federico tiada kebelakangan ni. Itu saya tunggu di sofa...ingatkan tak terlelap. Rupanya terlelap jugak."senyum dia dengan nipis selepas itu.
Hal itu buatkan Dante tarik selimut berwarna kelabu berbulu tebal itu naik menutupi badan Mizuki lalu menepuk tubuh itu. "Kau perlukan aku??"
Tangan kanan Mizuki gerak keluar dari selimut itu lalu di tadahkan ke Dante. "More than need...I want you."lafaznya dengan perlahan.
Kepala Dante tunduk memandang tangan Mizuki lalu di capai. Jari jemarinya menggengam erat celah jari jemari Mizuki. Lalu di bawa ke pipinya. "Macam mana dengan hari kau?"soalnya sambil mengusap kepala tu.
"So far so good."Mizuki membuka mata lalu memandang Dante. "Joacquin ajak outing dengan dia hujung minggu ni.."
"Dia curigai kau ke?"
"Maybe?Saya tak sure."
"Jangan risau...aku sentiasa perhatikan kau. Jadi teruskan aje apa yang kau rancangkan tu untuk cari tahu punca kematian Danzo..."
Mizuki pandang akan Dante dengan mata kuyu mengantuknya. Dia gerakkan jari jemarinya yang digenggam oleh Dante sambil tu. "Abang awak seakan cuba rahsiakan kematian dia sendiri...tiada siapa tahu tentang Danzo termasuk la Joacquin sendiri. Adakah awak masih mahu tahu kenapa Danzo mati?"
"Kenapa kau tanya macam tu?"kening Dante berkerut tidak faham.
Mizuki termenung memandang ke satu arah sebelum berkata. "Saya akan cuba siasat dulu. Untuk itu saya minta awak untuk tidak cederakan sesiapa kecuali ianya membahayakan nyawa saya sendiri. Okay?"
"Okay."angguk Dante.
Mizuki kembali memejamkan matanya.
Dalam diam Dante pandang akan Mizuki dengan renungan redupnya sebelum duduk selesakan diri di situ tanpa melepaskan tangan mereka berdua.
"Danzo?"dengan bingung dia jengukkan kepala memandang ke dalam bilik tidur abangnya. Cuba mencari kelibat lelaki tu untuk ajak keluar makan bersama memandangkan mama mereka panggil untuk ke ruang makan.
"Sini..."suara Danzo kedengaran dari dalam walk in cabinet lelaki tu.
Dante jalan ke dalam bilik itu lantas melihat Danzo sedang bersila di atas lantai di hadapan bagasi yang terbuka luas bersamanya. "Apa kau buat tu?"
"Kemas beg.."jawab Danzo.
"Nak ke mana?"
"Akademi...ayah tak beritahu kau ke yang aku akan mula belajar di akademi ketenteraan mulai hari ni?"
Terkejut sekejap Dante. Dia ambil masa beberapa saat untuk sedar dari terkejutnya. "Tak."
Dengan senyuman gembira di bibir, Danzo pandang Dante lalu berkata. "Ayah lupa la tu...aku nak beritahu tapi ayah kata jangan beritahu kau sebab dia nak beritahu sendiri."
Terasa hati dengan hal itu Dante menarik senyum nipis di bibir. Hari tu dia nak mohon ayah dia kata tak boleh. Danzo pergi ke situ boleh pulak. Nampak sangat la tak adilnya dekat situ. "Kau sure kau nak belajar dekat situ?"
"Ayah yang suruh. Sure atau tak...aku ada pilihan ke?"senyum Danzo semasa menarik zip bagasinya.
Dante pandang senyuman itu dengan renungan tidak pasti. "Good luck."ucapnya selepas itu.
❄️❄️❄️❄️❄️❄️❄️
YOU ARE READING
43. Hell Girl
Science FictionSuhu badan dibawah 27 darjah. Degupan jantung perlahan ekoran suhu badan yang rendah. Mempunyai keistimewaan dimana tidak dapat merasai sebarang objek yang panas. Boleh rasa sakit boleh rasa sejuk, tapi tidak pernah rasa apa itu kehangatan. Kele...