Juwita

41 5 0
                                    

Sara masih dalam keadaan tidak terjaga. Sara bercakap semasa dia tidur.
"Mak tolong Sara, Sara tengah lemas ni"kata Sara dalam keadaan yang berbisik.
Sara terus bangun dari igauan itu dengan tangan buat macam ninja. Dia perasan ada satu perempuan buat muka pelik terhadapnya.
"Sudah bangun pun kau, selepas satu jam itu aku tidak pasti kalau kau hendak terjaga"kata perempuan tersebut kepada Sara.
"Siapa kau?"tanya Sara kepada perempuan tersebut.
"Maaf nama aku Juwita"kata Juwita kepada Sara.
Juwita adalah perempuan yang cakap lemah lembut dan cantik.Dia mempunyai rambut yang panjang dan berwarna coklat.Juwita punya mata warna hitam dan bibirnya merah.
"Juwita? Cantik namanya, aku pula Sara"kata Sara kepada Juwita.
"Terima kasih dan nama awak juga cantik dan pelik"kata Juwita kepada Sara dalam keadaan yang tersenyum.
"Aku kat mana ni?"tanya sara kepada Juwita.
"Kau berada di rumah aku"jawab Juwita.
"Dan masih di tahun 1943?"kata Sara terungap-ungap kepada Juwita.
"Umm iya?"kata Juwita.

Selepas Sara dengar jawapan Juwita dia terus baring di atas kantil tapi bukan dalam keadaan yang pengsan.
"Kenapa? Aku tersilap cakap ke?"kata Juwita sambil tengok Sara dengan mata yang risau.
Sara duduk di atas katil dan beritahu semuanya ke Juwita.
"Kau biar betul"kata Juwita kepada Sara dengan suara yang tidak percaya.
"Betul, percayalah cakap saya"kata Sara.
"Okay buktikan"kata Juwita.
"Macam mana saya nak buktikan kepada awak"kata Sara.
"Apa akan berlaku tahun ini?"kata Juwita untuk uji Sara.
Sara keluarkan satu hembus nafas dan berkata.
"Sekarang tahun 1943 kan? Tanah melayu sedang mengalami jajahan daripada Jepunkan"kata Sara kepada Juwita sambil cakap perlahan-lahan.

Juwita angguk dan bertanya kepada Sara.
"Adakah Tanah melayu ini akan bebas dari jajahan Jepun?"kata Juwita.
"Ye betul, nanti pada tahun 1957 semua orang di tanah melayu akan merdeka"kata Sara kepada Juwita sambil memegang kedua-dua tangan Juwita.
"Lagi 14 tahun lagi, harap-harap aku masih hidup seketika itu"kata Juwita sambil menengok lantai dan senyum.
"Kenapa? Apa maksud kamu hidup lagi?"tanya Sara kepada Juwita.
"Macam ini, aku punya ibu bapa kena bunuh oleh tentera Jepun. Askar Jepun ini tiada hati langsung bunuh sahaja siapa-siapa mereka nampak"kata Juwita sambil menangis.

Sara memeluk Juwita kerana dia tahu betapa kejamnya askar Jepun berdasarkan apa yang dia telah baca pasal Sejarah Melayu semasa berada di bawah jajahan Jepun.
"Kau akan selamat"kata Sara untuk selesakan Juwita sambil memeluk dia.

Bunga Raya dari 1943Where stories live. Discover now