Pengakuan

8 0 0
                                    

Asyik melanggar bahu Sara, mulai sedar banyak orang cuba merapatkan diri dengan Hadari. Mendengar bisikan dari orang sebelahnya.

"Itu dia kan?"

Siapa dia? Sara terfikir pada dirinya. Adakah Hadari orang yang penting? Hanya satu cara boleh tahu, tanya Hadari.

"Um..." Tidak sempat Sara nak tanya. Hadari tarik Sara untuk jauhi dari kumpulan orang.

"Beta dengan siapa itu?"

Kata terakhir Sara dengar sebelum Hadari lari dari tempat tersebut dan cari ruang yang tidak banyak orang ada. Tersedar bahawa Hadari masih berpegang lengan baju Sara dan tidak lepas lagi.

Akhirnya mereka bersendiri dan Hadari lepas tangannya dari lengan baju Sara.

Sara hanya mampu perhati Hadari, menunggunya untuk jelaskan apa yang sedang berlaku. "Maaf".

Ayat yang keluar dari mulut Hadari. Itu je. Dia mendekati Hadari, memastikan dia boleh nampak muka Sara dengan jelas.

"Awak nak jelaskan kenapa kita dikejar? Siapakah kamu!" Sara tidak boleh tahan dah. Dia mahu Hadari jelaskan semua benda dan di mahu bermula dengan siapa identiti sebenarnya.

Hadari perasan Sara mula marah jadi dia telah fikir untuk beritahu semua benda.

"Saya anak sultan"

Menunggu reaksi Sara jadi Hadari teruskan.

"Dan saya dikejar oleh askar jepun kerana saya telah dapat permata ini sebelum mereka"

Hadari keluarkan permata tersebut dan tunjukkan kepada Sara. Mata Sara membesar dan asyik pandang muka Hadari yang serius dan pada permata tersebut. Dia ulang itu beberapa kali sehingga Hadari sambung bercakap.

"Saya rasa mereka tiada niat yang baik jika mereka nak permata ini. Jadi saya terfikir mereka tipu ayahanda, kononnya mahu tolong" muka Hadari menunjuk meluat.

Sara membisu, tidak tahu apa nak cakap. Dia dari masa depan dan dia tidak pernah dengar jepun datang ke tanah melayu untuk permata ini. Lagi satu soalan dalam minda ini, apakah permata ini pulak?

Merasa mahu pengsan tapi Sara yang rasa begitu manakala Hadari berdiri situ, masih berfikir. Hadari perasan Sara macam nak jatuh.

"Awak okay ke, Sara?"

Terus Sara jatuh di bawah, Hadari tidak sempat nak sambut. Mata Sara asyik bergegar membuat Hadari risau. Hadari pastikan mata Sara menengok Hadari supaya dia terus terjaga.

"Permata ini satu tapi awak anak sultan maksudnya awak putera?!" Kata Sara meluah perkara biasa.

Kalau Sara boleh balik masa ke masa dia, akan terus belajar sejarah Melaka.

Tapi Hadari, anak sultan. Dia rahsiakan itu kepada Sara. Sara tidak boleh marah kepada Hadari kerana dia pun simpan rahsia juga. Sara tiada niat untuk beritahu Hadari.

Kerana perasaannya terhadap Hadari rasa macam tidak guna, sekarang Sara tahu kenapa. Ada ke anak sultan jatuh cinta dengan orang biasa lebih-lebih pada masa ini.

"Jadi macam mana sekarang. Apa special sangat dengan permata ini?" Tanya Sara kepada Hadari.

Hadari lega, Sara tidak pentingkan dia anak Sultan dan fokus kepada permata. Tapi fikiran itu berada di belakang minda Sara dan dia malas nak ungkitkan.

"Awak mungkin tidak akan percaya tapi permata ini boleh mengabulkan hajat kepada sesiapa yang pegang" jawab Hadari sambil memegang permata itu.

"Tapi awak tengah pegang benda itu. Apa niat awak?" Sara mula mencurigakan kepada Hadari.

"Niat saya adalah untuk hancurkan sebelum penjajah berhajat kepada permata ini" kata Hadari dengan muka seperti benci.

"Saya tidak akan hajat apa-apa, percaya saya" Hadari punya muka lebih berlembut.

Seperti dia sangat bencikan kepada perkara tersebut. Terus Sara ada satu idea.

Bunga Raya dari 1943Where stories live. Discover now