Fae Dawn

20 3 0
                                    

Lilin dinyalakan oleh Hadari sambil membuka gulungan yang diambilnya dan mula membaca apa yang terkandung di dalamnya. Mukanya terkejut apabila dia baca skrol itu sampai habis.

"Permata ini wujud"kata Hadari dengan muka terkejut sambil satu tangan menutup mulutnya.

Nasib Hadari baik ada satu peta di dalam skrol itu tapi kecil. Dia guna semua nasibnya untuk cari permata ini supaya penjajah tidak akan ambil.

Hadari fikir dia akan bergerak sebelum subuh adalah masa sesuai kerana dia penat sangat. Hadari terbaring dan memegang skrol di dadanya dan menyebut nama permata itu

"Fae Dawn"

Pukul 5:00

Hadari berangkat menyelesaikan pencariannya. Di dalam peta yang dia dapat tidak sebenarnya mana terletak permata tersebut tetapi orang jepun telah tanda yang mungkin terletak permata itu.

"Okay mungkin tanda-tanda merah ini terletak di mana permata itu mungkin" kata Hadari dengan suara yang tidak yakin.

"Kena cuba juga, tidak boleh permata kuat seperti ini terjatuh ke tangan penjajah ini!" kata Hadari sambil berjalan dan memegang peta itu kuat-kuat dekat genggamannya.

Pangkalan Jepun

"Macam mana kamu semua boleh biar mereka terlepas!!" kata ketua askar jepun dalam bahasa jepun

"Lelaki yang bersama dua wanita tadi pandai lawan Sir" kata salah satu troops jepun

"ALASAN. Disebabkan kau punya nafsu untuk minah melayu itu masalah ini tidak akan terjadi dan kau tahu tidak skrol yang dia telah curi bukan skrol biasa tetapi skrol kenapa kita ada di sini!!!" jerit ketuanya.

"Tolonglah, Sir maafkan aku" kata troops tersebut sampai tunduk ke lantai. "Benda ini tidak akan jadi lagi dan minta kebenaran untuk mencari skrol itu" kata troops jepun

"Baiklah tapi satu peluang sahaja dan saya beri 7 hari untuk cari skrol itu dan bagi balik kepada saya atau saya ambil kepala kau" kata ketua askar jepun.

"Aku tidak akan hampakan Sir"

Pukul 6:00 pagi

Sara membuka matanya dan masih dalam keadaan terbaring di sebelah Juwita. Sara pun bangun dan terus teringat Hadari tidur satu malam. Dia buka pintu beberapa inci untuk tengok Hadari di luar tetapi Hadari tiada di luar.

Pintu terbuka luas oleh Sara dengan muka terkejut kerana Hadari tiada.
"Mana pulak mamat ni pergi" kata Sara sambil garu kepalanya.

Sara ternampak satu kertas di atas lantai dan terus angkatnya. Kertas itu tulis

"Kepada Sara dan Juwita kalau kamu tengah membaca ini maksudnya saya telah pergi sebelum subuh. Saya tidak mahu menyusahkan kamu lagi jadi saya pergi tanpa ucap selamat tinggal tapi harap-harap ini bukan perpisahan. Dan juga kalau tuhan bagi akan biar kita jumpa di masa depan.

Hadari"

Sara memegang kertas itu kuat-kuat.
"Dia sepatutnya cakap goodbye dulu, tak guna lelaki" kata Sara.

Kertas Hadari beri ini seperti kertas perpisahan tapi sebenarnya tidak walau pun sudah kata. Tetapi Sara punya hatinya sakit seperti Hadari telah tinggalkan dia selama-lamanya.
Satu titisan air mata terjatuh ke lantai sampai Sara terdengar namanya panggil.

"Sara mana kau?" kata Juwita dengan kakinya rasa sakit.
"Aku di sini" kata Sara sambil membuka pintu.
"Tu pun kau, aku ingat kau telah pergi ke zaman kau" kata Juwita sambil terduduk.
"Belum lagi, lagipun kau tengah sakit sekarang mana boleh tinggalkan kau"kata Sara sambil duduk di sebelah Juwita.
"Kau ni tiada siapa akan rindukan kau ke dalam zaman sendiri" kata Juwita sambil tengok Sara.

Sara hanya mampu gelak sahaja.
"Mungkin nenek saya sahaja sedar saya tiada" kata Sara.
"Pastu mak kau atau kawan kau? mereka tidak akan rindu kau ke?" kata Juwita.
"Saya punya mak kat oversea dan kawan-kawan saya pula mungkin tidak tahu saya hilang kerana mereka pun kat tempat lain" kata Sara sambil main dengan tangannya.
"Sudah kau tidak rindu nenek kau ke?" kata Juwita
"Saya tak kenal sangat nenek saya dan saya jumpa dia pun dua kali dalam hidup saya" kata Sara.

Juwita memeluk Sara dan berkata "Ada juga masalah dengan kau ni" Sara dan Juwita gelak bersama-sama.

"Oh terlupa pulak"kata Sara

Sara keluarkan kertas yang Hadari telah tinggal dan beri kepada Juwita.

"Lah dah pergi juga lelaki pelik ini" kata Juwita sambil lipat kertas tersebut. Juwita tengok Sara
"Eh saya baru perasaan kenapa mata kau merah, kau menangis ke?" kata Juwita sambil menunjuk mata Sara.

"Tidak tahu pula dah mula rindu" kata Juwita kepada Sara.
"Mana ada, fikir pelik-pelik sahaja perempuan" kata Sara sambil mengesat bawah matanya.

Sara bangun dan kata "Dah la saya nak buat sarapan". "Jangan sampai hangus pula" kata Juwita. Sara pun senyum mencurigakan kepada Juwita.




Bunga Raya dari 1943Where stories live. Discover now