Hajat

2 0 0
                                    

Idea Sara adalah tolong Hadari untuk keluarkan askar Jepun dari Tanah Melayu dan hajat untuk balik kepada masa dia.

Senang mungkin tidak dan sangat berisiko tapi lebih daripada membazir peluang ini.

"Hadari, saya akan tolong awak" kata Sara, tiba-tiba bangun dan berdiri atas kakinya.

Hadari berdiri juga, "Tak boleh. Benda ini bahaya, Sara!"

"Daripada awak lawan sorang ii. Ayah awak tahu ke apa awak sedang buat ini" kata Sara sambil menuding Hadari.

Hadari tidak percaya Sara masuk Ayahanda dalam hal ini.

"Tidak kisah. Awak kena tahu saya sudah kena kejar dua kali dan dan lawan ketua mereka. Hampir patah hidung saya" kata Hadari sambil memegang batang hidungnya.

Sara perhati hidung Hadari walaupun apa dia cakap hampir patah hidungnya tapi masih tajam. Sara rasa cemburu.

Sara jalan jauh untuk perhati orang jalan sebelah mereka. "Sara, saya tak nak awak cedera. Awak pergi balik ke Juwita"

Dia baru teringat pasal Juwita, berharap dia selamat."Tapi saya tak boleh tinggalkan awak untuk deal dengan askar jepun. Satu lawan banyak" kata Sara.

Muka Hadari terasa hangat. Sudah sekian lama dia rasa dipedulikan. Dia perasan sisi Sara yang baharu tapi dia tidak sanggup dia cedera.

Dalam hati Hadari akan rasa penyeselan.

"Maafkan saya saya, Sara"
"Apa awak nak maafkan?"
Tanya Sara ketika dia menoleh ke belakang.

Hadari pegang permata itu dengan dua tangannya dan bisik kepadanya.

"Saya hajat awak tidur"

Tangan Sara secara automatik mencapai ke Hadari untuk hentikannya. Kelopak matanya rasa berat.

Benda terakhir dia nampak adalah muka Hadari. Matanya kebawah menunjuk dia sedih untuk buat begitu kepada Sara.

Dia jatuh ke bawah. Badannya baring di atas lantai, tidak sedar. Hadari perasan kain ada kain warna biru gelap, tengah gantung.
Dia ambil kain itu dan tutup atas Sara punya muka sampai kakinya.

Bila habis tutup dia angkat Sara dari lantai kotor. Tangan kanan Hadari angkat bawah kepala Sara, belakangnya manakala tangan kiri Hadari angkat bawah lututnya.

Dari pandangan orang lain, Hadari nampak macam angkat kotak tertutup atas kain tapi sebenarnya dia mengangkat manusia.

Pemikiran Hadari asyik merisaukan dia. "Tak haramkan pegang macam ini"
Tapi dia tidak sanggup tinggalkan Sara di tempat macam itu, kalau ada orang culik Sara. Dia tidak akan tahu lokasi dia.

Hadari jalan dengan laju supaya keluar dari tempat orang ramai. Akhirnya, dia keluar dari pekan tersebut tapi langkahnya terhenti apabila dia nampak ayahanda, Sultan menghampiri dia.

Nasib Sultan tak perasan Hadari sebab sibuk berbincang dengan orang sebelahnya. Hadari lari ke tepi, bersembunyi di bawah semak sambil memegang
Sara dengan ketat, dia tidak sedar.

Hadari tertanya-tanya bahawa kenapa ayahanda tiba ke sini. Tapi satu jawapan datang ke minda Hadari. Mungkin salah satu penjaga pekan laporkan. Bahaya Hadari untuk tunjuk mukanya.

Dia cepat-cepat jalan dengan perlahan dan senyap supaya tidak kena sedar. Apabila dia tidak nampak mereka dalam pandangan Hadari, dia lari dengan cepat sambil mengangkat Sara.

Secara tidak sedar, Hadari lari terus sampai ke sungai, tempat dia jumpa Sara sekali lagi. Langkahnya henti dan menarik dan hembus nafas secara banyak kali kerana letih.

Mungkin tempat macam ini selamat untuk tinggalkan Sara. Dia harus balik untuk memberi amaran kepada ayahandanya. Tanpa Sara mungkin Hadari tidak akan fikir untuk meminta tolong ayahanda tapi mustahil untuk Hadari lawan askar Jepun seorang-sorang.

Dia letak dengan berhati-hati Sara ke sebelah sungai. Mengharap kalau dia  terjaga sekurang-kurangnya, dia bangun sebelah pemandangan yang cantik.

Tangan Hadari buka kain, menunjuk muka sahaja dan kata, "Selamat tinggal".

Dia pusing ke belakang dan beredar dari tubuh Sara yang tidak sedarkan diri. Sambil Hadari berlalu pergi, tubuh Sara terjaga, Sara duduk atas punggungnya seperti baru bangun tidur. Memang pun dia baru bangun tidur.

Dia menoleh kepalanya ke Hadari yang masih berjalan.
"WOI!!! Awak nak tinggalkan saya kat sini?!" Jerit Sara.

Yang menyebabkan langkah Hadari henti. Bahunya ke atas sebab terkejut dengar suara Sara. Hadari pusing ke belakang dan berjalan perlahan ke Sara sambil membebel bahawa, macam mana Sara sudah cepat tersedar.

Manakala Sara bangun dari duduknya, "Hadari, lain kali hajat betul ii. Awak suruh saya tidur sahaja" kata Sara sambil jatuhkan kain warna biru gelap.

Sara tidak sedar yang Hadari sudah meghampiri dia. Muka marah Hadari semakin jelas bila dia semakin dekat. Hadari tuding jari ke muka Sara. Mata Sara membulat, perhati sahaja jari Hadari.

"Saya nak awak duduk sini sahaja. Jangan pergi mana-mana"
Sara tolak tangan Hadari "Gila ke? saya nak bagi awak lawan sorang-sorang?"

"Degil la awak ini" Hadari sudah bengang.

Sara ke belakang, hampir terjatuh ke pinggir sungai. Sara tarik lengan baju Hadari untuk tarik dirinya untuk tidak jatuh ke dalam air. Hadari perasan dan tarik badan Sara dari terjatuh.

"Balik, Sara"
"Tak nak" Sara masih degil, dia hanya mahu untuk menolong Hadari.

Dia juga tidak mahu Hadari untuk cedera. Tapi kalau Hadari fikir dia degil jadi dia akan berlakon degil.
"Tak nak"

Hadari mengeluh, penat dengan Sara. Jadi lebih baik beritahu perkara yang dia sangka ada banyak masa untuk beritahu Sara.

"Sebab saya tidak mahu awak ikut saya kerana...."

Sara keliru dan teruskan apa Hadari mahu katakan. Dia hembus nafas.

"Sara saya nak awak tahu, yang saya ada perasaan..."

"Kita semua ada perasaan, Hadari. Peliklah awak ni"

"...untuk awak"

Apa Hadari kata tinggal Sara dalam kejutan. Sekarang apa yang Sara kata kepada Hadari membuat mukanya merah kerana kebodohan dia.

Sepanjang hidup Sara, tiada siapa pernah cakap macam itu kepada dia. Lagi-lagi orang yang dia rasa dengan perasaan sama.

Mata Sara fokus pada muka Hadari, menunggu jawapan Sara. Tapi Hadari rasa tiada masa untuknya.

Hadari boleh rasa telinganya mendengung, hanya Sara punya pernafasan. Hatinya berdebar lebih laju.

Sara terkejut apabila Hadari pegang bahu dia. Dia perasan pernafasan Hadari laju walaupun dia pandang ke bawah. Sara mahu tanya tapi Hadari kata sesuatu dulu.

"Itulah sebab saya tidak mahu awak terlibat dan balik!"

Hadari tidak sedar dia tertolak tangannya, yang memegang bahu Sara menyebabkan Sara terjatuh dalam sungai. Sara berada di tepi sungai tidak menolong, dia hilang keseimbangan.

Belakang badan Sara sudah basah, lama-lama mukanya sudah ditenggelam. Benda terakhir dia nampak adalah muka Hadari.

Pelik? Kerana sungai ini sepatutnya tidak dalam tapi satu badannya sudah kena tenggelam dalam air.

Lama tidak merasai kecuali masa dia datang pada tahun ini. Tapi kali ini, Sara boleh rasa suasana berubah. Matanya masih buka dalam air dan Hadari semakin pudar. Nasib dia dalam air, Sara seperti mahu menangis.

Akhirnya, dia kena angkat dan dia terapung atas air. Punggungnya sentuh atas tanah. Dia tarik nafas yang dalam dan duduk, lututnya ke atas sedikit. Sudah masuk maghrib apabila mata Sara sudah baik dan Hadari tiada di depannya.

"Hadari?"

Bunga Raya dari 1943Where stories live. Discover now