Be terrorist

25 4 1
                                    

Juwita  keluar dari dapur sambil kedua-dua tangannya memegang makanan. Juwita letak makanan di atas karpet yang tempat mereka akan makan.

"Kejap ye, saya nak senduk nasi"kata Juwita dengan suara lemah lembutnya.
"Eh, awak masak nasi kenapa tak bagitahu saya, boleh saya tolong masakkan"kata Juwita dengan satu tangannya di dada.
"Nanti takut nasi akan hangus kalau kau masak"kata Juwita.

Hadari gelak dan Sara marah Juwita sebab pandang rendah tahap masakan dia. Bila Juwita habis senduk nasi untuk semua orang, mereka cakap bismillah dan makan.

Seperti sangka, Juwita punya masakan sedap sungguh.
"Ya Allah sedapnya"kata Hadari dan matanya berkilau dengan masakan Juwita.
"Terima kasih, silakan ambil lagi"kata Juwita sambil tambah kari kepada Sara dan Hadari.

Bila mereka semua sudah habis makan, Sara kemas tempat yang mereka makan tadi. Juwita basuh pinggan. Hadari pula duduk di tangga rumah depan Juwita.

Apabila Sara baru sahaja habis kemas , dia terus duduk di sebelah Hadari.
"Kenapa termenung je ni"kata Sara sambil sikukan Hadari.
"Tidak ada apalah"kata Hadari sambil senyum dekat Sara.

Sara punya pipi tiba-tiba merah bila Hadari senyum padanya.

"Kenapa muka kau merah?"kata Hadari dengan otak lembabnya.
"Entah, panas kut"kata Sara dengan suara macam tergagap-gagap, tangan  Sara terus rasa dahinya untuk check kalau dia demam.

Hadari sambung balik termenung dekat luar.
"Kau pernah sekali fikir pasal bapa kamu?"kata Hadari kepada Sara secara tiber.
"Kenapa saya nak fikir pasal jantan tak guna yang patahkan hati mak saya"jawab Sara
"Emm, masuk akal"kata Hadari.

Sara termenung muka Hadari tapi Hadari tengah termenung ke tempat lain. Sara tahu ada sesuatu tengah mengganggu Hadari tapi Sara macam tidak mampu untuk tanya tapi dia tanya.

"Kau masih fikir pasal ayah kau selepas kau lari dari rumah?"kata Sara terkejutkan Hadari.
"Kamu boleh kata macam itu"kata Hadari sambil tengok muka Sara
"Hadari tak bagus kamu simpan perasaan ini di dalam kamu,  not good for your mental health" kata Sara dengan muka bangganya berspeaking.

Hadari buat muka blur apabila Sara cakap macam itu tapi sebenarnya Hadari juga fasih cakap bahasa inggeris.
"Apa-apa pun saya nak pergi selepas ini"kata Hadari dengan muka serius
"Kau ada tempat nak tidur ke? jangan-jangan kau nak tidur dalam hutan lagi"kata Sara
"Tak nakla, sakit belakang saya dan jangan risau saya ada emas dan perak lepas itu saya cari kerja"Hadari beritahu pelannya kepada Sara.

Sara hanya mampu angguk sahaja kerana dia tahu dia tak boleh menilai hidupnya. Mereka pun berdiam seketika termenung bersama-sama... sehinggalah Juwita kacau mereka punya moment.
"Tengah fikir kahwin ke tu"kata Juwita kepada mereka.

Muka Hadari dan muka Sara merah benor.
"Mana ada"Sara dan Hadari cakap serentak.
"Saya kena pergi dulu ni, macam dah nak maghrib"kata Hadari
"Okay baiklah, bye bye"kata Sara sambil lambai ke Hadari

Hadari teruskan perjalanannya ke luar. Sara dan Juwita pun masuk ke dalam rumah. Apabila sudah malam mereka pun terus tidur.

Masa pukul 7 pagi

Juwita telah sedia nak keluar sehingga Sara terjaga.
"Juwita, kau nak pergi mana"kata Sara sambil menguap lagi
"Saya nak keluar"kata Juwita
"Pakai baju macam nak jumpa orang"kata Sara
"Betul kata kamu Sara, semalam selepas kita makan malam tu saya pun tidak tahu la kenapa tapi saya rasa nak buka perniagaan saya"kata Juwita dengan seronok
"Memang patut kamu pakai cantik supaya boleh goda customers"kata Sara sambil macam korek hidungnya.

  Juwita buat muka pelik kepada Sara.
"Takpelah, good luck and have fun niaga"kata Sara sambil lambai ke Juwita. Akhirnya Juwita pun keluar dan tiggalkan Sara sorang-sorang dalam rumah itu. Sara sedang fikir kalau dia nak mandi ke atau tidur balik.
"Mestilah tidur"kata Sara.

Di Pasar

Juwita terus sediakan gerainya dan dia akan jual sayuran dan buahan daripada kebunnya yang telah tumbuh sendiri.

Sementara itu, Hadari yang berada di pasar itu tengah menolong seorang lelaki yang dia kerja untuk. Dia tengah mengangkat barang dan masukkan ke dalam sampan, selepas dia habis mengangkat barang dia pun terus berehat kerana dia sampai pagi bekerja dan dia tidak dapat tidur.

Mereka berdua bekerja keras, Juwita punya perniagaan agak lembab kerana dia masih baru lagi dan hanya dapat beberapa orang beli sayuran dan buahannya. Hadari mendayung sampan berulang-alik.

Sehingga askar jepun datang untuk kacau harmoni di pasar itu dengan mengutip cukai peniaga dan siapa tidak bayar cukai, mereka punya gerai akan dihancurkan.

Sampai sahaja mereka tiba di gerai Juwita, mereka terus minta cukai tapi perniagaan Juwita lembab hari ini jadi Juwita tiada benda nak bayar. Askar jepun pun hancurkan gerai Juwita dan dia hanya mampu menangis dan cuba hentikan mereka tetapi askar jepun kuat sangat.
"Kamu baru kan?"kata salah satu askar jepun dengan senyuman yang mencurigakan.
Askar jepun itu rapatkan dirinya ke Juwita punya muka dan Juwita pun takut dan berpeluh.
"Ambil dia"kata askar jepun itu dalam bahasa Jepun.

Sementara itu Hadari ternampak Juwita kena ambik oleh askar jepun dan dia cuba untuk kejar askar jepun dan Juwita tapi tidak sempat, mereka laju.

Hadari perasaan Sara tiada dengan Juwita jadi dia fikir mungkin Sara berada di rumah. Hadari lari ke rumah Juwita untuk beritahu Sara.

"Sara! Mana kau!?"kata Hadari depan rumah Juwita
"Siapa jerit pagi-pagi ini"kata Sara sambil menggaru matanya
"Juwita kena ambil oleh askar jepun!"kata Hadari

"APAA"kata Sara

Bunga Raya dari 1943Where stories live. Discover now