Mengopek

31 3 0
                                    

Semasa mereka berlari, orang bertopeng itu muncul depan mereka.
Sara dan Juwita sampai terkejut mereka terjatuh ke tanah.

"Kejap!"kata Lelaki bertopeng sambil tunjuk lima jarinya
"Siapa kau?!"kata Sara

Lelaki bertopeng itu akhirnya ambil topengnya untuk buka mukanya dan rupa-rupanya dia ialah Hadari.

"Lah"kata Sara sambil cuba berdiri.
Sara jeling kepada Hadari dan persoalankan dirinya kenapa dia harus memakai topeng itu.
"Saya dah cuba nak beritahu kamu tapi kamu lari jadi saya kejarlah"kata Hadari
"Sara? kamu kenal ke dia ni?"kata Juwita kepada Sara sambil masih duduk di tanah
"Ye, semasa saya lari ke hutan tu saya terserempak dengan laki ni"kata Sara sambil menuding jarinya ke Hadari.
"Dia kawan kamu? Saya Hadari"kata Hadari kepada Juwita
"Hai.... Saya Juwita"kata Juwita dengan suara yang tidak pasti.

Jadi mereka semua sudah berkenalan dan Hadari memberitahu Juwita kenapa dia berada di hutan dan juga menipu sedikit kepada dia pasal dia keturunan Sultan.

Tetapi Juwita rasa tak senang hati dengan Hadari seperti dia tengah menyorok sesuatu yang besar.  Juwita tiada ada masa untuk layan dia.

Sara pula sedang memikir cara nak balik ke tahunnya tanpa melemaskan diri. Selama beberapa minit tiada orang bercakap sehingga perut seseorang tengah bernyanyi dan perut itu milik Hadari.

"Lapar ke?"kata Juwita
"Iya"kata Hadari dengan malu
"Jom balik, dekat rumah aku ada makanan"kata Juwita kepada Hadari
"Tidak apa, saya boleh cari makanan"
kata Hadari
"Ikut je la" kata Sara sambil ambil tangan Hadari

Hadari kena tarik oleh Sara dan mereka menuju ke rumah Juwita. Apabila mereka sudah sampai di rumah, Juwita terus masuk ke dapur untuk masak makanan.
"Duduklah buat macam rumah sendiri"kata Juwita

Sara melepas tangan Hadari dan suruh dia duduk. Sara juga masuk ke dapur untuk tolong Juwita kalau boleh.

Apabila Hadari duduk di atas karpet menunggu, Hadari tengok tangannya yang kena tarik oleh Sara dan dia merasa sesuatu tapi bukan yang teruk tapi yang bagus, yang buat perutnya ada rama-rama terbang.

Sara memang tidak berguna dalam dapur kerana Sara sebenarnya tidak pandai masak.
"Sara boleh tolong kopek bawang"kata Juwita
"Oh baiklah"kata Sara sambil pegang senduk.

Sara duduk di atas lantai untuk kopek bawang tapi Sara tidak pernah kopek bawang. Sara buang semua isi bawang yang dia ingat itu kulitnya. Juwita nampak apa Sara tengah buat dan menuju ke dia.
"Apa kamu buat?"kata Juwita
"Mengopek bawang macam kau kata" kata Sara dengan matanya merah dan tunjuk bawang yang sudah kurus.
"Ohh, pastu ini apa?"kata Juwita sambil ambil isi bawang yang Sara telah kopek yang ingatnya kulit.

Sara tengok Juwita dan sedar yang dia telah buat silapan besar.
"Itu ke isinya"kata Sara dengan suara yang perlahan. Juwita hanya mampu angguk sahaja.

"Eh dah habis masak ke?"kata Hadari
"Tak, Juwita halau saya ke dapur sebab saya salah kopek bawang"kata Sara sambil buat muka sedih.

Selepas Hadari dengar Sara dia pun terus gelak kuat-kuat sampai satu dunia boleh dengar. Sara pun memukul Hadari kerana gelak kepada dia tapi Hadari masih gelak sampai tergolek ke lantai.

Bunga Raya dari 1943Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt