Eh

14 2 0
                                    

"Dalam gua ini ke?"

Hadari kata sambil mengeluh di depan gua yang gelap dan dalam. Macam mana tiada orang perasan gua yang gelap dan kemungkinan ada tulang manusia di dalam. Hadari menolak pemikirannya supaya dia tidak akan takut apabila nak masuk dalam gua tersebut.

Jalan kedepan perlahan-lahan supaya tidak mengejutkan benda-benda dalam gua itu seperti kelawar atau lebih teruk beruang.

Tiba-tiba

Terdengar satu suara di luar gua. Hadari pusing ke belakang dan ternampak troops jepun menghampiri Hadari.

Dia pun cepat-cepat lari ke dalam gua itu, tidak peduli kalau dia kejutkan apa-apa di dalam.

"Kita sudah sampai, sangkaan saya dia mungkin berada di dalam gua itu" kata ketua askar Jepun itu kepada troopsnya.

Hadari sempat dengar dan terus sedar yang mereka bukan sahaja cari batu permata tapi dirinya juga.

"Alamak! kalau mereka jumpa aku, habis kepalaku"bisik hati Hadari sambil memegang leher.

"Aku kena cari Fae Dawn dulu dan cabut"kata Hadari dan terus lari ke arah gua yang lagi gelap yang cahaya matahari tidak boleh capai.

Selepas beberapa minit meronda dalam gua yang teramat gelap dan tidak boleh memasang api kerana takut nanti troops jepun boleh kesan.
Hadari hampir mahu putus asa, tetapi Hadari ternampak satu sinar cahaya.

Kalau nampak sinar cahaya, mestilah Hadari akan menghampiri sinar tersebut dan mengharapkan itu adalah batu permata yang dia tengah cari. Sinar cahaya itu bawa Hadari ke dinding gua tersebut, terpaksalah Hadari menggali dinding gua itu sampai sinar cahaya itu jadi lagi besar.

Menggali sampai tangan Hadari rasa penat tapi nasib Hadari dia mula rasa sesuatu. Hadari capai dan di tangan beliau adalah batu permata yang berwarna merah.

"Inilah dia! Batu Fae Dawn"kata Hadari sambil memegang dengan kedua-dua tangannya.

Tiba ada satu tepukan yang perlahan.

"Terima kasih kerana susah-susah carikan untuk kami, senang kerja kita. Tapi malangnya itu tidak bermaksud kau telah dimaafkan"kata ketua askar Jepun.

"Siapa cakap aku akan bagi batu ini kepada kamu, saya jumpa jadi saya simpan"jerit Hadari kepada askar Jepun itu dan meletak batu di dalam poket seluarnya.

Mengeluh "Tangkap dia"

Troops jepun terus serang Hadari tapi Hadari sempat melarikan diri dan terus lari keluar dari gua itu. Apabila Hadari pusing kepalanya ke belakang, dia nampak ada lagi askar jepun mengejarnya.

Jadi Hadari terus panjat dekat atas pokok yang tinggi berdekatan. Tapi askar jepun degil dan tidak mudah berputus asa, mereka pun panjat pokok yang dengan Hadari.

Hadari perasan jadi dia tendang satu persatu askar Jepun itu jika ia menghampiri Hadari. Sudah sampai ke pucak pokok itu, Hadari dan ketua askar jepun itu berlawan dekat pucak tersebut.

Sehingga hidung Hadari berdarah kerana kena tumbuk.

"Celaka!" jerit Hadari

Hadari tendang kuat-kuat ke ketua askar jepun itu sampai dia terjatuh dekat atas pokok itu.

Ketua askar Jepun menangis meminta pertolongan apabila dia mendarat ke tanah. Salah satu troopsnya menolong angkatnya perlahan-lahan.

"Tak guna kau! Jangan ingat kau boleh terlepas nanti" jerit ketua askar Jepun itu.

Hadari mengintip ke bawah dan mengeluh, Hadari sandar ke belakang pokok kerana penat.

Di tempat lain kemudian...

Dahan patah

Sara bersiar di dalam hutan dan menuju ke sungai yang bawa dia ke tahun ini. Duduk di tepi sungai dengan muka sedih.

"Saya tak tahu kenapa saya berada di sini? Saya rindu zaman saya sangat-sangat. Saya rindu mak saya, kawan saya dan even nenek"kata Sara sambil menangis.

Sara melihat pantulan dirinya di sungai. Titisan air matanya terjatuh. Sara mengelapnya. Sara sedar sesuatu.

"Panjang jugak sungai ini, agak-agak pergi mana?"kata Sara sambil berdiri

"Saya kena ambik beg hitam saya ni, just in case ada benda cantik untuk lukis"

Apabila Sara telah mengambil beg hitamnya, dia terus ikut sungai kalau boleh sampai ke hujung sungai.

"Dan saya rindu telefon saya"
kata Sara menangis sambil berjalan.

Hadari pula...

"Sakit hidungku" kata Hadari sambil memegang hidungnya.

Hadari akhirnya turun dari pokok itu dan membuat pilihan untuk keluar dari hutan.

"Apalah Sara dan Juwita tengah buat sekarang.Agak-agaknya kita akan jumpa semula ke?" kata Hadari sambil berjalan.

Terus berjalan sehingga dia  ternampak satu sungai yang panjang.

"Saya ikut sungai ini je lah, mungkin boleh sampai hujung"

Hadari jalan di tepi sungai dengan batu Fae Dawn di dalam poketnya.

Telah beberapa minit kemudian Hadari dan Sara ternampak satu sama lain di seberang sungai.

"Eh kau?"

Bunga Raya dari 1943Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu