Maaf

40 6 0
                                    

Selepas beberapa jam kemudian...

Juwita sudah habis menangis di Sara dan Juwita perasaan baju Sara basah.
"Aku menangis banyak sangat sampai baju kamu basah?"kata Juwita kepada Sara.
"Saya rasa dah lama basah, tadi saya mandi sungai"kata Sara.
Muka Juwita pelik dan bertanya.
"Sejak bila ada sungai persekitaran sini?"tanya Juwita.
"Di dalam hutankan?"kata Sara.
"Oh saya tak pernah masuk dalam hutan itu, orang kampung kata hutan itu berhantu"kata Juwita

Muka Sara tidak percaya kata-kata Juwita kerana dia pernah masuk hutan tersebut dan dia tidak nampak lagi hantu di hutan itu.

Juwita bagi baju lebihnya kepada Sara kerana baju Sara masih basah lagi. Juwita suruh Sara tukar baju jadi Sara pun tukar baju. Baju yang dibagi oleh Juwita seperti baju kurung yang berwarna coklat dan pakai kain kebaya.

Selepas Sara sudah tukar bajunya, Juwita kata dia kena keluar beli barang lagi dan dia suruh Sara duduk di rumahnya untuk berehat. Juwita pun keluar rumah dan terus berjalan ke pasar sambil memakai tudung di separuh rambutnya sahaja.

Apabila Juwita tiada di pemandangan Sara, Sara pun keluar dari rumah Juwita dan terus berlari ke hutan untuk cari sungai magikal yang bawa Sara pada tahun 1943. Apabila Sara masuk dan berlari ke hutan sambil berkaki ayam, dia sudah mendengar arusan sungai. Sara berhala ke arus sungai dan apabila dia nampak sungai tersebut dia terus duduk di tepi sungai itu.

Sara bercakap dengan sungai itu seperti orang gila.
"Tolong bawak aku balik ke tahun asal aku, kenapa aku berada di sini pulak tahun jajahan pula, aku mungkin boleh kena dibunuh"kata Sara kepada sungai yang tidak boleh bercakap. Sara terus bercakap dengan sungai, mengemis untuk bawanya pulang. Sara pergi ke dalam air sungai itu berharap ia boleh pulangkan dia, Sara terapung atas sungai itu dan mukanya dalam air sambil menutup matanya.

Sambil itu Anak Sultan sedang berlari ke arah sungai dan dia ternampak ada satu orang tengah berada dalam sungai. Dia fikir ada orang tengah lemas dalam sungai itu.
Anak Sultan terus pergi ke orang tersebut dan mengangkatnya ke darat.

Sara tengah menutup matanya dalam keadaan baring di air sungai sehingga  dia telah diangkat oleh satu orang yang tidak dikenali. Sara cuba membuka matanya tapi susah kerana air sungai telah masuk dalam matanya. Selepas dia telah diletak di tanah, Sara menggosok matanya untuk melihat siapa yang mengangkatnya.

Anak Sultan dia perasaan yang dia mengangkat satu perempuan yang sudah basah dan dia tanya kepada perempuan tersebut.
"Kau okay ke?"kata Anak Sultan kepada perempuan misteri.

Sara sudah membuka matanya dan dia melihat satu lelaki yang tampan.
Lelaki yang tampan tersebut tanya  Sara dan dia jawab.
"Aku okay, tapi kenapa kau tiba-tiba angkat aku?"kata Sara kepada lelaki yang tampan dengan suara yang marah.
"Aku ingat kau tengah lemas jadi aku selamatkan kau"kata Anak Sultan, juga dengan suara yang marah.
"Okay maaf, aku pun tidak sepatut kata begitu, masuk akal aku tidak bergerak dan kepala aku dalam air patutlah kau ingat aku sedang lemas"kata Sara.
"Betul, tak tahu pula kau tengah mandi sungai"kata Anak Sultan.
"Terima kasih kerana tolong saya walaupun saya tak lemas"kata Sara sambil membangunkan diri. Lelaki tampan juga bangun.
"Apa nama kamu?"tanya Anak Sultan.
"Aku Sara, kau pula?"kata Sara.
"Umm namaku...Hadari"kata Anak Sultan yang bernama Hadari.

Sara angguk kepalanya dan berjalan ke sungai lagi sekali tetapi Hadari memegang tangan Sara.
"Kau mahu mandi lagi ke?"kata Hadari.
"Umm... taklah saya memang suka tengok sungai di dalam hutan ini"kata Sara dan selepas itu dia ingat apa Juwita kata pasal hutan ini.
"Bukankah kau sepatutnya takut dengan hutan ini?"kata Sara.
"Kenapa pula aku patut takut dengan hutan ini?"kata Hadari dengan suara yang pelik.
"Tak orang kampung kata hutan ini berhantu"kata Sara.
"Oh yeke, saya tak berapa keluar ke persekitaran rumah"kata Hadari.
"Kau tak keluar banyak dari rumah ke?"kata Sara.
"Umm betul"kata Hadari dan tidak mahu beritahu siapa-siapa yang dia anak sultan

Bunga Raya dari 1943Where stories live. Discover now