Kembali tapi berubah

1 0 0
                                    

Rasa di kawasan yang baru tapi pernah dirasai. Sara pandang sekeliling dengan cepat dan dia hanya nampak pokok yang berwarna hijau di kelilingnya.

Matahari yang semakin ditenggelami dan sedikit demi sedikit cahaya menghilang. Sara tidak mahu fikir itu jadi dia tumbuk air yang tidak bersalah dan air sungai itu melompat kerana terkejut kot? Tiada sebab lain.

Sara berdiri secara perlahan apabila hari sudah gelap dengan mukanya yang sedih dan campur keliru. Memang rasa lain daripada apa dia rasai selama beberapa hari lepas. Selama ini hari yang gelap akan berasa sejuk, sekarang Sara bergigil kerana kebasahan dan dia langkah keluar dari sungai yang lurus dan luas.

Dia merindui kehadiran Hadari yang tiada di depan matanya lagi. Sepanjang hidup Sara dia tidak pernah kena luahkan perasaan daripada orang dan tidak pernah rasa cinta terhadap orang.

Sekarang orang pertama dia sayang, tiada lagi. Fikiran itu menyakitkan hati Sara dan matanya berair dan bukan sebab mukanya basah. Tangisan dari mata sendiri.

Sara berlari kerana hatinya suruh dan dia rasa berlari akan melupakan perasaannya.

Dia merasai tanah di tangannya kerana dia terjatuh ke belakang. Sara hampir kena langgar dengan motosikal. Tanda pertama dia telah kembali ke masa dia semula. Entah kenapa dia berasa kecewa.

Sara kembali ke kampungnya. Satu benda dia lega adalah dia akan jumpa semula nenek Sara. Dia pelik bahawa mengapa ada banyak orang berkumpul di satu tempat, seperti tengah mengadakan perjumpaan dan semua orang di situ nampak tidak gembira.

Teragak-agak Sara menghampiri mereka, beberapa dari mereka memandang belakang dan nampak Sara. Mula satu berbisik dan bawa kata dia tapi Sara tidak kisah.

Kakinya mahu bawa Sara ke tengah bulatan manusia, ada satu wanita memakai tudung bawal tengah bercakap dengan seseorang. Dia nampak stress, jangkaan Sara kerana dia hanya nampak belakang orang itu. Seorang tuding ke arah Sara membuat kakinya henti langkah. Wanita itu pusing dan memandang muka Sara dengan terkejut. Itu nenek Sara.

"Sara?..."

Kata nenek Sara dengan air mata turun ke pipinya. Sara membiar mulutnya terbuka dan terus nenek Sara memeluk dia.

Dalam masa itu, Sara rasa lemah jadi dia peluk balik dengan air matanya turun.

Mereka balik semula ke rumah nenek Sara. Sara duduk atas katil yang disediakan oleh neneknya yang dia hanya dapat guna untuk satu hari sahaja.

Termenung ke pintu almari, bercorak bunga sehingga neneknya ganggu. "Boleh saya masuk Sara?" Tanya nenek sambil sembunyi badannya belakang pintu kecuali kepalanya. Sara angguk.

Nenek Sara langkah ke depan sampai dia sampai ke sisi Sara.

"Saya minta maaf"

Ternampak titik air mata kena lantai. Mata Sara bawa ke atas, pandang muka Neneknya.

"Eh?? Kenapa sampai nangis ni?"

Nenek Sara duduk sebelah dia dengan tangan menutup matanya.

"Awak mesti lari sebab saya pelik sangat kan? Semua cakap begitu?"

Sara terkejut apabila neneknya cakap begitu tapi dia tidak tunjuk dekat mukanya. Sara mengeluh.

"Tak. Saya tak lari rumah sebab awak nek. Kalau saya beritahu pun awak tidak akan percaya saya." Kata Sara.

Cuba untuk tenangkan dia. Sara memandang ke bawah. Tidak sangka dia boleh terfikir semula Juwita dan Hadari yang teman dia semasa itu.

Sekarang pula Nenek Sara untuk tenangkan Sara. Dia tarik muka Sara yang semakin ke bawah untuk naik sama paras dengan muka dia.

"Saya dah tua, Sara. Apa awak akan beritahu saya mesti saya pernah alami"

Dengan muka Sara dipegang dengan kedua-dua tangan Nenek Sara. Dan muka menenangkan, Sara hembus nafas.

"Saya go back pada masa 1943"

Tangan Nenek Sara lepaskan muka Sara dan tinggalkan atas udara dengan mata bulat. Seperti Sara jangka, dia terkejut.

Tiba Nenek Sara berdiri dengan laju, "Kalau awak tak mahu beritahu saya lagi takpe. Saya akan tunggu."

Terus dia berlari luar pintu dan tutup dengan kuat. Membuat Sara bangun dari katil. Tangan Sara menutup matanya meninggal bayang-bayang berada dia kawasan matanya.

Sangkaan Sara, kalau dia teruskan cakap begitu mestillah tiada siapa akan percaya dia. Tapi dia tidak pandai menipu. Esok polis akan tanya mana dia berada selama ini.

Baring atas katil semula dan matanya mula perlahan menutup kerana mengantuk. Membawa ke alam mimpi.

Bunga Raya dari 1943Donde viven las historias. Descúbrelo ahora