02

232 19 6
                                    

Pagi telah menunjukkan sinarnya, sinar cahaya yang menusuk masuk membuatkan Haikal membuka matanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pagi telah menunjukkan sinarnya, sinar cahaya yang menusuk masuk membuatkan Haikal membuka matanya. Haikal terus bangun dari baringnya dan bergegas mandi dan memakai uniformnya. Sekarang hari Isnin, ia harus cepat-cepat ke sekolah jika tidak ingin terlambat.

Haikal bercermin dan memperhatikan bekas tamparan ayahnya semalam. Berbekas Namun tidak terlalu terlihat.

Haikal keluar dari bilik, mendapati keluarganya sedang bersarapan. Ia terus bergerak munuju ke meja makan untuk ikut bergabung dengan keluarganya. Seperti biasa, yang selalu diperhatikan hanya Hayden, Hayden dan Hayden. Seolah-olah anak mereka hanyalah Hayden Zaffril.

"Nak susu tak sayang?" tawar Yuna.

"Nak ma" ucap Haikal, lalu Yuna menatap Haikal sinis.

"Mama tak tanya kamu! Lagipun kalau kamu minum susu pon bodoh jugak!" ucap Yuna sambil mengambilkan susu untuk Hayden. Didalam hati Hayden menjerit gembira bukan kepalang. Entah kenapa perasaannya menjadi gembira melihat Haikal tersiksa.

Haikal tersenyum kecil, baiklah tidak apa-apa. Haikal mencuba menyabarkan diri. Bagaimanapun dia juga seorang anak yang rapuh. Untung saja ia tidak memiliki keinginan untuk membunuh diri kerana tidak kuat dengan ujian ini.

Kerana bagi Haikal, tak ada keluarga yang sempurna.

Di setiap keluarga, pasti memiliki kekurangannya masing-masing. Sedekat apapun kamu dengan keluargamu, baik kamu, maupun mereka, pasti memiliki rahsia yang ditutup rapat.

Beberapa orang memendamnya dengan cara mereka sendiri.

Beberapa yang lain, mencuba mencari untuk melempiaskannya.

Baginya, orang jahat, tak selamanya jahat kerana kemauan mereka.

Beberapa orang melakukannya dengan terpaksa.

Dan itulah salah satu cara mereka melempiaskan apa yang mereka pendam selama ini.

Kerana orang jahat juga perlu kasih sayang...

Agar mereka tahu, sejahat apapun mereka, mereka juga salah satu anggota keluarga yang sangat berharga.


Agar mereka tahu, sejahat apapun mereka, mereka juga salah satu anggota keluarga yang sangat berharga

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

※votement

HAIKAL DAN SEMESTANYA [✔️]Where stories live. Discover now